Remember, you are human with feelings. You can be excited, and still feel tired. You can be strong and still cry when things go wrong. It's okay. You're doing great.
Handphone Auliya berbunyi. Dia menoleh lalu bangun menuju ke katil, dan menunduk untuk mengambil handphone yang berada di atas katil. Dia tersenyum melihat nama yang tertera di skrin handphone.
"Auli!." Kedengaran suara wanita menjerit namanya.
"Waalaikumussalam!."
"Eh. Hehe. Maaf. Waalaikumussalam."
"Ye makcik, nak apa?." Soal Auliya lalu berbaring di atas katil sambil memintal-mintal rambut ikalnya.
"Aku nak jumpa. Immediately!." Auliya pelik. Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba kawannya itu mengajak dia berjumpa.
"Kenapa tu, Aira?."
"Aku dapat offer kerja di Edinburgh. Aku nak lari p duk sana!." Auliya kemudiannya terus bangun kerana terkejut. Bila masa pula budak ni apply kerja di sana. Edinburgh?
"Kenapa jauh sangat?!."
"I'm tired. And I'm give up. Nantilah aku cerita, kalau aku cerita semua dekat dalam handphone ni, baik aku tak payah ajak kau jumpa." Kedengaran bunyi Aira mengeluh di hujung talian. Itu bererti kawannya berada dalam keadaan yang tidak stabil.
"So, give me the address, and I will see you there. Tapi sekarang ke?."
"Sekaranglah makcik! Now. Nanti aku send location. Bye!."
Auliya memandang skrin handphone dengan pandangan pelik. Masalah apa pula kali ni si Aira Sofea ni. Dia hanya menyalin pakaiannya sahaja.
Beep!
Beep!
Beep!Dia membuka application WhatsApp itu dan menekan link shared location yang diberikan oleh Aira. Dia mengambil beg galasnya dan kemudian menuju ke pintu bilik.
Dia mencari keberadaan Luke. Ternyata Luke sedang workout di ruang tamu. Mata Auliya terpana melihat akan otot-otot Luke, tanpa dia sedar Luke sedang memandangnya. Gagahnya! Dengan hanya memakai boxer dan singlet bewarna hitam, LUKE SANGAT MENAWAN! Astaghfirullahalazim Auliya!
"Astaghfirullahalazim!." Kata Auliya lalu mengelengkan kepalanya.
Luke kemudiannya bangun dan berjalan ke arah Auliya yang masih kaku itu. Luke tersengih nakal.
"You nak kemana? Ada kelas ke?." Tanya Luke sambil memeluk tubuhnya.
Auliya tersengih.
"Tak, I nak jumpa kawan I. Dia nak jumpa kat kedai mamak kat sini aje."
"Dia duk Shah Alam juga ke?."
"Tak. Dia duk Johor."
"Dari Johor datang ke Shah Alam?." Tiba-tiba otaknya memproses sesuatu. Haahlah, Aira dari Johor!
"Haahlah you, dia dari Johor. Erm I pon tak tanya. Tapi dia nak jumpa I, before she fly to Edinburgh."
"Eh kenapa I tak tanya dia eh tadi? Dia dari Johor ke?." Auliya memandang Luke dengan pandangan yang blur, comelnya dia ni! Ngomel Luke.
"Nanti I call tanya dia." Usik Luke. Satu cubitan singgah di lengan Luke. Masih terasa air peluh Luke yang tiba-tiba melekat di jari Auliya. Auliya mengambil tisu dan mengesat jarinya. Tiba-tiba Luke mengelap air peluh itu di lengan Auliya menyebabkan Auliya terkejut dan menjerit.
"Luke!. Nanti baulah badan I!."
"Biarlah, biar orang tak ganggu you. I dah sapu minyak pengasih kat you." Usik Luke tersengih.
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...