#24 MAMA

927 36 0
                                    

"Tuan Bakti meletakkan jawatan di dalam TUDM after mama jatuh sakit. Kanser payudara. So ayah berhenti kerja demi nak menjaga mama 24 jam." Kedengaran suara Auliya ketawa apabila Luke menyebut ayahnya sebagai Tuan Bakti.

"I was dumb that time." Luke mengetap bibirnya tanda dia sangat menyesali perbuatan lampaunya. Lalu dia menunduk dan menekup mukanya. Auliya yang sedang duduk di kerusi buaian bangun dan menuju ke sofa yang sedang Luke duduk. Dia duduk di sebelah Luke lalu menggosokkan belakang Luke dengan perlahan-lahan, menenangkan Luke yang ketika itu sedang sebak.

"Lelaki tak menangis, kan." Luke berkata dengan perlahan.

"This is the man's problem. Lelaki pon manusia, kan. They should cry. And you too. Tiada masalah pon kalau lelaki menangis, tak jadi pondan pon." usik Auliya ingin menenangkan Luke.

"Lelaki kalau menangis nanti jadi tak handsome."

"Perempuan pon sama." Auliya menepuk belakang Luke beberapa kali sebelum bangun.

Auliya kembali duduk di kerusi buaian semula. Sambil memandang Luke yang kelihatannya sedang termenung itu. Luke kehilangan mamanya disebabkan kematian, sedangkan dirinya, ditinggalkan pergi begitu sahaja. Bukan nak compared siapakah yang paling sakit hati dan mentalnya, tapi mereka berdua ada persamaannya iaitu ditinggalkan. Rasa sakit itu susah nak dilupuskan walaupun sudah bertahun lamanya.

The moon taught me there is beauty in darkness too, that even when I don't feel whole, I am enough.

"So Luke, would you like to tell me about my mother in law? Mesti dia sangat lembut, kan."

Luke merenung ke hadapan. Lalu dia mengangguk dengan senyuman manis.

"Mama seorang mak yang lembut. Suara, perbuatan semuanya penuh dengan kelembutan. Diratukan oleh ayah. Mama suka sangat makan lauk kampung terutamanya macam yang ibu masak, sayur lemak labu. It's remind me of her, sampaikan kalau I nampak lauk tu I mesti akan ambil!." bersungguh Luke menceritakan perihal mamanya.

"She loves you, Luke. Mesti dia taknak tengok you bersedih macam ni." lembut kata-kata Auliya sambil memandang Luke. Luke mengangguk perlahan.

"So, why your name is L.U.K.E? Why not L.U.Q? You ada mix ehhh."

Luke ketawa. Hilang sedikit rasa sedih itu. Pandai isterinya memujuk. Isteri? Dia tersenyum sendiri.

"Erm... my mom masa mengandungkan I dia mengidam nama-nama mat salleh. Itu sebab nama I ejaannya L.U.K.E konon-konon mat salleh sangat."

Auliya ketawa mendengarnya. Comel sungguh perangai arwah mama mertuanya.

Lelaki ini ada kalanya manja, tapi manja yang natural. Jenis yang bukan depending kat orang lain terutamanya mak ayahnya . Dia berusaha sendiri. Sewaktu awal-awal Luke injured dan tinggal di rumahnya, Luke tak pernah sesekali membebani dirinya. Dia paksa dan gagahkan diri untuk buat semua walaupun dengan wheelchair atau bertongkat. Dia akui, dia tak sempat. Apa yang sempat dia tolong, ya dia akan tolong. Dia tak sejahat itu nak membiarkan Luke yang sedang sakit itu seorang menguruskan diri. Cuma kekangan masa sahaja kerana saat itu bukunya baru diterbitkan dan dia perlu mempromosikannya sendiri. Begitulah kalau nak terbitkan buku sendiri. Not an easy process. Bukan sekadar menunggu orang membeli lepas tu dapat duit. Orang takkan tahu kalau kita tak hebahkan, kan. Jadi itulah diantara kerja yang perlu dilakukan oleh penulis itu sendiri.

Dia akui ayah Luke banyak membantu mereka. Ayah Luke sangat memahami dan tak pernah mengatanya yang bukan-bukan kerana tiada masa bersama Luke. Tuan Bakti memahami tugasnya sebagai pelajar dan juga penulis. Dan bekerja di cafe juga. Hectic sungguh kehidupan Iman Auliya ya. Dia bersyukur mempunyai ayah mertua seperti itu, tidak menambah beban di kepalanya itu.

Luke bertuah. Mungkin kerana kesilapan besar Luke ketika remaja yang membuatkan Tuan Bakti menjadi lebih bertegas. Dalam tegas ada sayangnya, kan. Lagi pula mana ada ayah yang tak sayangkan anaknya.

Apa perasaanya ketika ini? Apa yang dia rasakan terhadap Luke? Dia akui dia sayangkan Luke tapi macam ada sesuatu yang menghalang. Disebalik kemesraan dia dan Luke, kadang-kadang dia juga bingung sebenarnya apa yang dia nakkan dari Luke.

Auliya menghela nafas.

I shared with you the parts of me which I never even shared with myself before.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now