#6 "KAMU DAH BESAR DAN KAMU TAHU RISIKONYA, LUKE"

1.1K 49 0
                                    

Mereka akhirnya sampai di kediaman keluarga Luke. Auliya memandang sepi rumah itu, apa pula drama di keluarga Luke ya. Macam mana penerimaan keluarga Luke? Adakah sama seperti penerimaan ibunya? Luke memandang Auliya, dan menyentuh tangan Auliya. Seperti membahagikan rasa nervous itu. Auliya memandang tangan Luke yang menyentuh tangannya lalu dia memandang ke wajah Luke.

"I'm so nervous",

Luke tersenyum. Entah samaada senyuman itu pahit ataupun manis. Dia juga tidak pasti akan penerimaan keluarganya terutama ayahnya. Dah sejauh ini mereka berdua melangkah, takkan nak berhenti pula.

"Jom", ajak Luke dengan lembut.

Auliya mengambil tasnya, lalu membuka pintu keretanya dan menutup pintu kereta itu kembali. Dia menghela nafas yang panjang. Semoga segalanya baik-baik sahaja.

Luke memberi salam. Pintu dibuka dari dalam.

"Pak ngah!",

Tiba-tiba ada anak kecil lelaki berlari ke arahnya lalu Luke mendukungnya. Auliya tersenyum melihat. Anak abangnya mungkin. Kerana menurut Luke, mereka dua beradik sahaja. Sama seperti dirinya.

"Masuklah", ajak seorang wanita yang tersenyum melihatnya.

"Ini kak Mira, wife Abang Khairi", mereka berdua bersalaman dan wanita itu memeluknya gembira. Di belakang wanita itu, ada susuk seorang lelaki yang tersenyum. Mereka berdua bersalaman lalu saling berpelukan.

"Ini Abang Khairi",

"Hai", sapa Auliya tersenyum.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah, tiba-tiba seorang lelaki yang agak berumur menuruni tangga. Inilah Tuan Bakti, ayah Luke.

Lelaki itu berhenti dihadapan Luke dan Auliya. Sambil memandang kearah mereka berdua. Luke menghulurkan tangan dan mereka bersalaman.

"Ini Auliya",

"Apa khabar pakcik?", Sapa Auliya sopan.

"Alhamdulillah baik. Silakan masuk dan duduk",
Ayah Luke berjalan menuju ke sofa. Dia menyilangkan kakinya setelah duduk di sofa empuk itu. Luke berjalan sambil diikuti Auliya dan mereka duduk bersebelahan ayah Luke.

"Kamu takkan balik ke rumah ni kalau takde apa-apa hal kan?", Tanya Tuan Bakti. Straight to the point.

Terdengar keluhan nafas Luke. Ringan.

"Ayah, Luke balik ni nak bagitahu yang Luke nak kahwin",

Ayah Luke terkejut memandang Luke dan kemudiannya memandang gadis disebelahnya. Manakala Kak Mira dan Abang Khairi gembira mendengarkan berita itu. Walaupun mereka agak terkejut, tapi mereka sangat gembira. Akhirnya adik mereka bertemu dengan pilihan hatinya.

"Kamu dah fikir masak-masak ke Luke?!", Tanya Tuan Bakti dengan tegas. Bekas anggota tentera, semestinya tegas.

Luke mengangguk.

"Dia tak memaksa kamu untuk berkahwin dengan dia, kan?", Tuan Bakti menyoal Auliya. Risau gadis itu diugut atau dipaksa.

Auliya mengelengkan kepalanya dengan pantas. Terkejut disoal sebegitu. Unexpected question. No wonder Luke tak sefahaman dengan ayahnya. Ayahnya seorang yang tegas dan Luke seorang yang keras kepala. Macam mana agaknya kalau Tuan Bakti mengetahui hal yang sebenarnya? Otaknya sekarang ni andai boleh di x-tray, pasti nampak urat otak yang berselirat dek keputusan yang meraka ambil sekarang ini. Tanpa dia sedar, dia mengeluh perlahan tapi cukup untuk Luke mendengarnya. Luke memandang Auliya dengan pelik. Auliya membalas pandangan Luke dengan tersenyum. Jauh sangat beza diantara Luke dan ayahnya. Auliya semakin rasa risau.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now