#19 AWKWARD

959 41 0
                                    

Jika Auliya tiada di rumah, Luke akan membantu mengemas apa yang perlu. Duduk di rumah tanpa buat apa-apa sangatlah membosankan, kerana dirinya bukanlah seorang yang suka duduk tanpa berbuat apa. Paling cikai pon dia akan keluar ber-jogging. Tapi dengan keadaan dia seperti ini, tidak memungkinkan untuk dia keluar ber-jogging.

Dan itu juga terapi untuk dirinya supaya segera sembuh. Hari itu hari cuti, dia tidak perlu ke kem untuk menjalani rawatan. Sedikit bosan. Jika ke kem, ada juga kawan-kawannya disana yang boleh diajak berbual. Dia duduk mengadap balkoni dan memandang ke langit biru. Cuaca cerah hari ini, bisik hatinya.
Dia termenung di situ. Diatas wheelchair. Membayangkan jika dia dan Auliya adalah pasangan yang bercinta. Pasti situasinya berbeza.

Zoning out
(v.) I'm either having a therapy session with myself in my head or playing out imaginary fantasies about my life that I know never happen.

Event buku di SACC Mall itu tamat pada pukul 4 petang. Selepas dia mengemaskan segala barang-barangnya, dia menggalas beg. Ingin window shopping dulu sebelum pulang ke rumah. Dia terhenti di sebuah kiosk menjual cookies. Betul-betul di sebelah eskelator parking sebelah bawah. Dia memilih dark chocolate cookies. Selepas membayar dia segera berjalan-jalan lagi. Dia berhenti di sebuah kedai yang menjual pakaian. Dia memasuki kedai itu dan dia berhenti di hadapan sehelai kemeja lelaki. Sesuai untuk Luke, barangkali. Dia tidak mengetahui saiz sebenar Luke tapi hanya mengagaknya sahaja. Entahlah, dia teringin ingin membeli sesuatu untuk Luke. Auliya juga sempat menapau makanan untuk dibawa pulang.

Auliya memasuki rumah, dia melihat Luke sedang tidur di atas sofa. Dia meletakkan plastik berisi makanan itu di atas meja makan. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia meletakkan beg galas di atas kerusi meja menulisnya. Dia melepaskan kepenatan dengan berbaring di atas katil. Dan ketiduran kepenatan.

Home
(n.) Where you trust the toilet seat.

Auliya membuka matanya perlahan-lahan. Lama sudah dia tidak tidur petang seperti ini. Terasa badannya sangat penat sekali dengan jadual yang semakin hectic.

Dia kemudiannya mengangkat pergelangan tangan kirinya untuk melihat jam. Sudah pukul 6.30 petang! Dia bingkas bangun kerana belum menunaikan solat asar lagi. Janjinya kepada diri sendiri, dia ingin penuhi solat 5 waktu kerana sebelum-sebelum ini dia banyak alpa tentang solat.

Dia kemudiannya bangun dari katil, mencapai tuala lalu menuju ke pintu bilik. Kelihatannya Luke baru keluar dari bilik air, dia baru selepas membersihkan wajahnya. Kerana kakinya yang masih berbalut, dia tidak dapat mandi dengan sempurna. Semasa dia warded, itulah kali terakahir dia dibersihkan badannya sekali dengan luka di kakinya. Sebenarnya dia tidak selesa dengan keadaan itu, namun terpaksa bertahan untuk sementara waktu.

Auliya terkejut melihat Luke.

"You mandi ke?." Soal Auliya walaupun dia tahu dengan keadaan Luke itu tidak memungkinkan Luke untuk mandi.

"Tak, I bersihkan muka je." Balas Luke sambil membetulkan tongkat ketiak itu. Kelihatannya wajah Luke yang basah.

"Oh." Auliya tersenyum. Lalu dia menghilang di sebalik pintu bilik air.

Luke kembali ke sofa. Sambil mengelap mukanya dengan tuala. Dia bersandar di sofa. Tak lama kemudian kedengaran bunyi pintu bilik dibuka. Dan pintu bilik Auliya ditutup. Selepas kejadian malam itu, Luke tidak pernah lagi masuk ke bilik Auliya itu.

Auliya keluar dengan memakai baju tidur cotton. Dia memandang ke arah Luke yang sedang duduk sambil bermain handphone.

"You tak makan lagi ke?." Tanya Auliya. Kerana dia melihat plastik makanan itu masih disitu.

"Belum, I tunggu you". Tak sampai hati nak makan sendiri tanpa menunggu Auliya. Dia bukanlah lelaki atau jenis orang yang seperti itu.

"Hmm kalau macam tu, kita makan sekalilah." Ajak Auliya tanpa berbasi-basi.

Luke mengangguk tersenyum. Auliya mengambil pinggan. Dia sempat menapau nasi putih, tomyam ayam, dan sayur kailan ikan masin. Dia menuang lauk-lauk itu kedalam mangkuk. Luke bangun sambil bertongkat, walaupun payah tapi kuatkan jua.

Mereka duduk di atas kerusi di meja makan. Sepi suasana ketika itu. Awkward rasanya, tidak sama persis ketika mereka berjauhan, selalu call dan video call berbagi cerita.

"So, buku you dapat sambutan tak?." Tanya Luke memulakan perbualan. Dia memancing perbualan itu dengan mangajukan soalan tentang buku kerana dia tahu Auliya takkan menolak untuk bercakap tentangnya, at least.

Dan seperti disangka, Auliya tersenyum sambil tangannya mencedok kuah tomyam. Dia tahu dia sudah lama tidak memberitahu Luke tentang aktiviti atau tentang penjalanan karier baru sebagai penulis.

"Well, not bad. Actually sangat memberangsangkan sambutan buku I. Bukan nak berlagak tapi I'm telling the truth. Banyak positive feedbacks tapi tak kurang juga I terima yang negatif.

"Sorry kalau I dah jarang bersembang dengan you tentang buku I. Seriously my schedules now is very full. Kadang-kadang I tak sempat nak makan pon." Jawab Auliya sambil ketawa kecil.

"Bukan tentang buku je yang you dah jarang nak share dengan I tapi tentang hidup you juga". Balas Luke perlahan tapi Auliya masih dapat mendengarnya.

Mereka berpandangan.

Mereka tak menafikan, itulah kenyataannya. Sebelum ini mereka selalu share tentang hidup mereka namun sekarang ini tidak lagi. Bagaikan dua insan yang tak pernah mengenali diri masing-masing.

Lama mereka mendiamkan diri. Selepas makan, Luke membantu Auliya mengemas meja makan. Dia taknak duduk sahaja bagaikan orang yang tak membantu apa-apa langsung. Auliya senang melihat Luke membantunya.

"Thanks." Ucap Auliya ringkas.

Brain
(n.) A wondrous organ that works 24/7 and 365, unless you're taking an exam.

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now