Manuskrip yang ditulis selama hampir 6 bulan lamanya akhirnya siap juga. Auliya tersenyum memandang manuskrip di hadapannya itu. Tak mudah ingin menyiapkan sebuah manuskrip ini, ini adalah langkah yang paling mencabar dalam proses menerbitkan buku sendiri.
Madam Liana dan Auliya berjalan bergandingan memasuki ruang pejabat penerbitan itu, untuk berjumpa dengan Puan Marlia, kawan kepada Madam Liana.
Puan Marlia menyambut baik ketibaan mereka berdua. Puan Marlia dan Madam Liana berpelukan seketika, katanya mereka sudah lama tidak bertemu.
Seketika manuskrip Auliya dibelek dan diteliti oleh Puan Marlia, dan akhirnya di letakkan di atas meja pejabatnya untuk proses yang selanjutnya. Dia sebagai editor perlu meneliti terlebih dahulu, risau jika ada yang salah dari segi ejaan. Jika ada, perlu dibetulkan semula dan seterusnya barulah dicetak menjadi sebuah buku.
Nasib baik dia juga sudah mempunyai reka bentuk kulit buku, jadi tak perlu susah-susah untuk mengupah pereka lain untuk membuatnya. Yang dia perlu buat sekarang ini adalah memohon International Standard Book Number (SBN) daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
SBN merujuk kepada nombor dan barkod yang biasanya diletakkan pada bahagian belakang buku. Pengkatalogan Dalam Penerbitan (PDP) pula boleh dilihat pada halaman hak cipta sesebuah buku. Memohon PDP tidak diwajibkan tetapi digalakkan.
Setelah itu, barulah proses untuk mencetak buku pula. Nasib baiklah Auliya memang menabung duit untuk menerbitkan bukunya sendiri.
Semoga urusannya dipermudahkan! Dan semoga ada restu Tuhan di setiap langkahnya ini.
Bibliophilia
(n.) the love of books
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
RomanceLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...