Luke memandang sekeliling. Menjadi seorang anggota Pasukan Tentera Udara (PASKAU) bukanlah sesuatu hal yang mudah. Berada jauh dari orang tersayang, merisikokan nyawa sendiri demi keamanan negara. Kalau dulu dia masuk tentera untuk membuatkan ayahnya bangga tapi sekarang barulah dia sedar, dia buat untuk dirinya sendiri.
Dia dah cukup menyusahkan keluarganya dengan masalah-masalah yang dia buat sebelum ini, kini dia mahu menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab, terutamanya untuk dirinya sendiri.
Penat? Semua orang akan kata penat dengan tugas masing-masing, termasuklah dirinya. Namun dia ingin bangkit menjadi lelaki yang matang dan bertanggungjawab. Seperti janjinya kepada arwah mamanya, Puan Sofea.
Terlalu banyak kesalahan yang dia lakukan semasa muda. Dan dia takkan melakukan kesilapan itu lagi. Cukuplah dengan semua salah yang dia lakukan ketika itu sehinggakan hubungan dia dan Tuan Bakti menjadi renggang. Kerana itulah, ayahnya lebih menyayangi abangnya dan lebih bergantung harap kepada abangnya berbanding dirinya.
Ketika arwah mamanya meninggal, dia merasakan dunia seakan berhenti. Separuh jiwanya ikut pergi bersama mamanya.
Hanya mamanya yang selalu mengambil berat akan dirinya tanpa alasan, tanpa compared to abangnya. Tak seperti ayahnya, sikit-sikit Khairi, sikit-sikit Khairi. Jiwa mudanya memberontak, tidak suka apabila dibandingkan dengan orang lain walaupun abang kandungnya sendiri!
Ketika itu, dia masih muda. Jiwa penuh dengan emosi. Memberontak. Salah pilih kawan. Mudah terikut. Selalu merasakan dirinya betul. Tidak suka di -control macam anak kecil. Selalu merasakan bahawa ayahnya hanya sayangkan Khairi sahaja.
Dan kini dia mengerti semuanya. Mengapa dan kenapa ayahnya seperti itu. Bertegas dengannya. Tapi dia malu dan ego untuk mengaku segalanya. Kerana itulah dia masuk PASKAU, untuk membuatkan ayahnya bangga akan dirinya dan agar diri dia tidak dibayangi oleh abangnya, Khairi.
Dia buat untuk ayahnya, dan dirinya. Untuk menebus kembali setiap silap yang dia lakukan dulu dan memperbetulkan keadaan dengan caranya sendiri.
Dia mengaku dia bukanlah seorang yang berani. Tapi dia ingin mencuba untuk menjadi berani. Anak lelaki perlu menjadi berani, dalam apa jua keadaan kerana lelaki adalah pelindung. At least sebelum dia mati, dia sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik. Walaupun dia mati, kematiannya tidak sia-sia, dan ayahnya akan berbangga dengan dirinya sebagai pahlawan negara. Itulah hadiah kebanggaan buat ayahnya dan juga untuk maruah dirinya.
Kerana orang lain pernah berkata jika dia takkan ada masa depan yang cerah. Dia mahu buktikan kepada mereka-mereka yang suka memandang rendah akan dirinya yang dia mampu berjaya juga, walaupun lambat. Better late than never.
"Untuk mama disana, Luke rindukan mama. Luke rindukan suara bebelan mama bila Luke balik lepak lewat malam, suara mama kejutkan Luke pagi-pagi. Masakan mama. I miss everything, ma.
Hidup ni lain sangat bila mama pergi. Rasa sunyi dan suram.
Maafkan Luke kerana belum cukup menjadi anak mama yang terbaik, but I'm trying. I'm trying to make you and ayah proud. I'm trying. And I will always try."
YOU ARE READING
LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)
Storie d'amoreLuke Iskandar dan Iman Auliya berjumpa secara tak sengaja. Dek kerana terpaksa, mereka akhirnya menikah. Hanya Luke untuk Auliya. Note : Secara jujurnya, penulisan ini Inspired daripada movie Purple Heart tetapi jalan ceritanya diolah sedikit sebany...