#34 DIARI HITAM LUKE

1.1K 46 4
                                    

Luke merasakan seperti dia si pembawa bahaya kepada Auliya dan ibu mertuanya. Dia mengemaskan pakaian dan memasukkannya ke dalam bag galas dengan perlahan-lahan.

Dia memegang buku diari hitam itu, yang selalu dia bawa ke mana-mana dan akan tulis apa sahaja. Luke meletakkan buku diari itu di atas meja berdekatan sofa, dia ingin Auliya membacanya. Jika Auliya ingin mencarinya, dia tahu dimana dia boleh mencarinya. Dan jika Auliya tidak mencarinya, dia akan faham sendiri.

Solat taubat dan tahajjud menjadi ubat penenang untuk mereka berdua, walau dilakukan di tempat yang berlainan, walau tidak bersama-sama, namun mereka tetap mengadap kiblat yang sama.

Luke keluar dari rumah itu seawal sebelum subuh, menuju ke Kem menaiki grab. Di situlah tempat yang boleh dituju untuk masa ini, dia tidak ingin membawa masalah ini ke rumah Tuan Bakti. Masalah diantara dia dan Auliya, biar mereka sahaja yang tahu.

Auliya keluar dari bilik dan mendapati Luke sudah tiada di ruang tamu itu. Dia memandang sepi sofa itu. Dia kemudian masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, dia bersiap-siap untuk ke kelas pula. Kelas pagi ini start pukul 9 pagi. Sempatlah jika dia ingin singgah drive thru, teringin menu sarapan KFC pula walaupun seleranya kurang, tapi tetap kena makan sedikit untuk alas perut.

Sebelah petang tiada kelas pada hari itu, jadi dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibunya.

Be such a beautiful soul that people crave your vibes.

Puan Khadijah duduk disebelah Auliya yang sedang berbaring di sofa. Puan Khadijah menepuk lembut peha Auliya.

"Auli termenung fikirkan apa?". Tanya Puan Khadijah dengan lembut. Instinct seorang ibu dapat merasakan jika anak perempuannya itu sedang mempunyai masalah.

"Bergaduh dengan Luke?." Teka ibunya sambil memandang Auliya. Auliya tunduk mendiamkan diri.

"Inilah ujian dalam perkahwinan. Ada pasang surutnya. Semua hubungan itu ada masalahnya. Selesaikan dengan baik-baik."

"Ibu tak pernah marah atau berdendam dengan ayah?". Tanya Auliya dengan lembut.

Puan Khadijah tersenyum mendengarkan soalan itu. Jarang sekali Auliya ingin berbicara tentang ayahnya.

"Ibu tak marah, ibu tak dendam. Semua orang ada masalahnya yang mungkin tak mampu nak cerita dekat orang. Kalau ibu masih lagi marah dan berdendam, ibu rasa ibu bukan seorang ibu yang baik sebab besarkan anak-anak ibu menjadi seorang yang pendendam."

"Ibu bersyukur dengan ujian itu, ibu jadi kuat. Anak-anak ibu pun jadi anak-anak yang kuat juga."

"Kalau kita pegang dendam tu, kita yang tak bahagia, Auli. Buat apa kita nak musnahkan hidup kita sama macam mereka musnahkan hidup kita."

"Apa yang berlaku, jadikan pengajaran. Pengajaran untuk kamu dan abang kamu supaya kamu berdua mampu menjadi yang lebih baik, dan tak ulangi kesilapan itu lagi."

"Luke tu baik, Auli. Kalau ibu dah move on, kenapa kamu masih nak hidup dalam keadaan trauma lagi? Tak semua lelaki jahat dan akan tinggalkan kamu seperti ayah kamu." Mereka berdua berpelukan seketika.

When you focus on the good, the good will gets better.

Auliya masuk ke dalam rumah. Masih kosong sama seperti pagi tadi. Kosong yang sesungguhnya kosong.

Dia berjalan menuju ke sofa, tempat kegemaran Luke. Dia ternampak sebuah buku. Ini bukan buku dia. Buku Luke? Dia memegang buku berkulit warna hitam itu. Luke bukan sejenis yang pelupa akan barang-barang dia, dan buku ini bukan dia lupa bawa tapi dia memang sengaja tinggalkan disini. Untuk dia baca?

Serba salah dia ingin membuka untuk melihat isi kandungan buku itu. Kot buku itu ada catatan yang penting, siapa tahu, kan. Lantas Auliya mengambil buku itu dan membelek-belek isi kandungan buku itu.

Helaian pertama.
9 August 2022
Detik perkenalan dengan seorang perempuan yang garang. Auliya namanya. Pertama kali lihat dia, terus rasa suka. Maybe sebab dia comel. Tapi garang! Nak hulurkan salam perkenalan tapi itulah, sombong ler. Pertama kali jumpa tapi dah start suka sikit. Tapi sebab sombong sangat, kira cancel jelah hahaha tapi dia comel.

Helaian kedua.
12 August 2022
Kali kedua berjumpa dengan dia. Deal pasal plan nak main kawin-kawin. Memang kerja gila! Sebab dia dan sebab hutang. Serabut kalau fikir.

Auliya tergelak membacanya. Ya, kerja gila. Married to stranger? It's obviously mad. Tapi dalam masa yang sama, dia bersyukur kerana menikah dengan Luke. Bukan kerana benefits yang dia dapat as a wife to air force, tapi Luke memang baik, dia tak nafikan. Cuma tersalah jalan. Sama seperti ayahnya, tersalah jalan pilihan. Tetapi ayahnya tidak pulang bahkan tidak menoleh ke belakang lagi. Jadi, dia jahat kalau dia menyamakan Luke dengan ayahnya, kerana terang-terangan Luke tidak meninggalkan dia.

8 September 2022.
"Aku yakin dia adalah persis wanita yang pernah arwah mama cakapkan, lembut dan yang penting dapat mengubah aku menjadi yang lebih baik. Auliya, abang sayangkan awak."

Mata Auliya terhenti di helaian terakhir penulisan Luke itu. Tulisan itu ditulis pada malam semalam!

26 October 2022.
"Iman Auliya, sekali lafaz akad yang abang lafazkan pada hari abang menikahi sayang, itulah janji abang sampai mati".

Air mata Auliya menitis membasahi pipinya. Luke bukan seperti ayahnya!

LUKE UNTUK AULIYA (COMPLETE)Where stories live. Discover now