BAB 2

25 1 0
                                    

"YUHUUU ABANG KESAYANGAN AQKUUHH!..." jeritan seseorang buatkan Eusoff merasa rimas sekali. Suara yang sudah pasti dia kenali. Dengar suara pun dia dah tahu siapa gerangannya. Ingin sahaja dia nak larikan diri, namun pantas sahaja ada tangan yang menyambar bahu sehingga dia ingin terjatuh. Bala dah datang! Eusoff mengetap bibirnya, mencari jalan agar tidak bersama orang ini!

"Hai abang aqkuh, kau nak lari kemana hah?" ya, Itu dia! Ebrahim Kasy adik lelakinya yang separuh tak siap. Ebrahim memeluknya dengan erat manakala dirinya cuba untuk meleraikan pelukan sang adiknya. Geli dia dengan perangai separuh tak siap adiknya itu. Ini kalau orang fikir lain, memang orang kata dia ini GAY pula. Oh tidak! Dia straight okay!

"Lepas laaa!" Eusoff berjaya meleraikan pelukan Ebrahim dengan hanya sekali tolakan kasarnya. Pandangan maut diberikan kepada adiknya. Jika bukan ditempat awam, sudah pasti dia akan tembak adiknya ini. Nasib engkau lah Eusoff ada adik encik sotong ini. Eusoff memperbetulkan jaketnya dan menyapu sedikit habuk yang ada melekat pada badannya. Habis baju dia tercemar dengan mamat sotong ni!

"Mana ayah?" soal Eusoff sambil matanya mencari kelibat sang ayah.

"Penat-penat aje I datang sini jemput abang I. Ayah juga abang I cari, heh!" Ebrahim mencebir bibirnya kerana tidak puas hati dengan Eusoff. Punyalah dia bersusah payah menyuruh ayahnya berehat sahaja dirumah dan izinkan dia untuk ambil abang sulungnya ini tapi tak dipandang pula. Sedih kalau gini!

Semakin berbulu telinga Eusoff mendengar ucapan Ebrahim. Semakin betah dia di sini, takut pula dia termuntah hijau dekat sini. Haih... Baik dia pergi restauran untuk mengisi perutnya yang kosong yang sudah mendendangkan lagu sejak tadi. Nak di layan Si Ebrahim ini, memang sampai ke subuh ke esok pun tak habis.

"Kau balik laa dulu. Aku nak isi perut. Dengar engkau yang separuh tak siap ni, takut pula aku cincang daging kau terus makan!" Eusoff malas nak layan perangai adiknya. Laju langkah meninggalkan Ebrahim di situ.

"You! Tunggu la!"





"So... macam mana dengan kerja abang?" soal Ebrahim ingin memecah kesunyian mereka semasa menjamu selera makanan mereka. Ebrahim Kasy bukan seorang yang pendiam. Kalau boleh 24 jam dia nak bercakap... aje macam betih jagung. Kalau letak burung murai pun tepi dia ini? Rasanya burung murai pun surrender dan pergi tinggalkan dia. Ebrahim Kasy seorang pemegang butik terkenal yang sering menerima tempahan daripada para artis-artis atau lebih tepat orang ternama. Kegigihan dia dalam mencapai cita-citanya adalah atas susah payahnya untuk mendirikan karernya. Tapi entah mengapa, tersangkut lah pula perangai 'mamat sotong'. Lembut bak perempuan. Harap muka aje letak dekat majalah model tapi, perangai pula alah mat sotong.

"Okay, ayah macam mana?"

Ebrahim mengeluh perlahan. "Masa abang pergi bertempur, ayah ada masuk hopital, kali ini ayah terkena serangan jantung." ujar Ebrahim. Sedih bila dibangkitkan tentang keadaan ayah mereka. Sudahlah mereka ditinggalkan oleh ibu mereka. Sekarang hanya ayah mereka satu-satunya orang tua yang masih ada untuk mereka. Kali ini, keluhan halus juga diberikan daripada Eusoff. Dia faham akan kerisauan abang dia. Lagi-lagi pekerjaan dia yang sekarang ini mengharuskan dia berjauhan dengan keluarga dia. Pasti sangat berat bagi dia.

"Bila laa ayah nak berhenti dari pekerjaan dia tu." Eusoff mengeluh lagi sekali. Bukan dia tak beri ayahnya pekerjaan. Sudah berkali-kali dia menyuruh ayahnya untuk berehat tapi tetap tidak didengarkan dan tidak diendah langsung arahannya. Dia cuma risau akan kesihatan ayah dia. Ayahnya sudahlah berusia lanjut, ada faktor kesihatan pula. Kadang-kadang dia rasa nak aje berhenti pekerjaan dia tapi ayahnya tidak mengizinkannya. Nak harapkan Ebrahim, lelaki ini pula jarang sekali nak balik ke rumah mereka kerana pekerjaan dia mempunyai 'Outstation'.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now