Enjin motorsikal kuasa tinggi milik Ebrahim dimatikan dan helmet dibuka diletakkan atas motorsikal itu. Rambut dia serabai akibat helmet dipakaianya dirapikan sebelum melangkah masuk ke rumah agam Haji Eiman. Fikiran dia sepanjang tadi hanya memaparkan imej isteri dia. Aghh! Baru berapa minit dia dah rindu. Parah lah kalau gini. Tombol pintu ditolak dan pintu besar itu terkuak luas.
Baru saja dia tunduk hendak membuka kasutnya. Telinga dia menangkap jejak kaki seperti orang berlari. Statik kepala dia mendongak melihat hadapannya. Zawerra berlari ke arahnya dan tanpa sebarang amaran melompat ke tubuhnya. Eusoff jadi panik, sepantas kilat dia menyambut tubuh Zawerra seperti mendukung budak kecil. Diperkemaskan lagi dukungan dia agar Zawerra selamat daripada terjatuh.
Nasib baiklah isteri dia ni ringan.
"Werra dah kenapa ni?" soal Eusoff agak kepelikan memandang isterinya seperti dikejar dengan hantu.
"Kak rose marah!" jawab ku.
Dia mengerut dahi. Kak rose? Kak rose mana lagi ni?
"ZAWERRAA!!!"
Eusoff mengalihkan bebola mata dia ke arah lelaki yang sedang menuruni anak tangga itu. Baru kini dia faham mengapa Zawerra berlari lintang pukang ke arahnya. Zawerra lekas-lekas menyuruh dia menuruni tubuh dari di dukung dan laju bersembunyi di sebalik tubuh tinggi lampai suaminya.
"Cantik muka bro." puji Eusoff berbaur perli.
"You diam! Zawerra what did you do to my face?!" geram Ebrahim. Tangan dia dibawa ke sisi pinggang.
Siapa tak marah kalau bangun-bangun dari tidur muka dia dihisai dengan dekorasi gincu! Tidak lain tidak bukan kalau Zawerra adalah dibalik dalang semua ini! Habis muka kacak dia. Tajam mata kecoklatan Ebrahim merenung Zawerra dibalik tubuh Eusoff. Dah salah tahu nak lari!
"Itu punishment Eb sebab tak bagi Werra main tab tu!" balas ku tidak mahu mengalah.
"This naughty girl... Meh sini! I geram sangat dengan wife you ni! Sini Werra!"
"Tak nak!!!"
"Sini!!!" Ebrahim mendekati Zawerra.
Pap!
"Aduh! Sakitlah Lahanat!" kepala Ebrahim digosok perit sebab Eusoff baru sahaja melibas kepalanya. Suka hati dia je libas kepala dia!
"Dekat lagi memang aku tak teragak-agak campak kau dalam laut." kasut terpasang dikakinya dibuka lalu disimpan rapi ke rak kasut di sebelah kiri nya. Zawerra pula masih berada dibelakang tubuhnya sambil memegang hujung baju dia.
"Apa bising-bising ni? Eb? Werra? Soff?" muncul Haji Eiman entah dari mana menyapa mereka bertiga. Sekali terpandang wajah Ebrahim, Haji Eiman melepaskan tawanya.
"Ayah..." rungut Ebrahim tahu Haji Eiman sedang mengelakkan dirinya tak ubah seperti badut sarkus. Ini semua budak kenit Zawerra lah ni! Ebrahim memuncungkan bibir dia.
"Maaf. Ya Allah... Siapa yang conteng muka kamu ni, Eb? Kreatif betul orangnya." ujar Haji Eiman masih ada lagi dengan sisi ketawa dia. Terhibur hati tua dia. Hailaa... Bila masa entah anaknya ini berubah jadi badut ni?
"Kreatif lah sangat. Wife Eusoff nilah decorate muka I! Sepatutnya conteng atas kertas ini tak! Habis muka I diconteng." omel Ebrahim.
Pap!
"EUSOFF KA'EL!" marah Ebrahim setelah Eusoff melekap kasar tuala kecil ke wajahnya. Entah dari mana datangnya tuala kecil itu dia sendiri pun tak tahu. Magik. Sudahlah sakit!
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...