VROOMM! VROOM!
Kesemua laluan ku potong seperti seorang professional motor GP berdesup ke ruang kecil. Kecepatan motor pun ku bawa 200km/j ke atas. Kadang aku senghaja perlahankan agar mereka tak terburu-buru mengekori ku. Kadang apabila mereka hampir mengejar ku dari belakang, aku senghaja memulas minyak mempercepatkan kelajuan motor ku.
Adakah itu dikatakan aku tengah membuli diorang?
Ya. Itulah aku.
Percaya ataupun tak sekarang ini pun aku telah membuli dua orang ahli anggota The Dark Crown, mafia digeruni ramai orang. Bukan setakat diorang je. Suami aku sendiri pun aku pergi buli.
"Hunter," talian melalui earbud dipasang oleh Tengku Thaqee Damien.
"Hm," jawab Eusoff pada talian Tengku Thaqee Damien. Mata dia masih fokus kehadapan sekaligus memerhatikan sang isteri sepertinya sudah berada di dunia dia sendiri. Risau juga dia kadang-kadang dengan aksi 'pemanduan cermat' isterinya itu.
"Werra pergi ikut serta motor GP ke? Laju siak dia bawa motor dia." komplen Tengku Thaqee Damien. Bukan dia tak perasan meter kelajuan motor dia sudah lebih dari 200km/j dan juga ini adalah kali pertama dia mengetahui Zawerra boleh menunggang motor. Sudahlah bawa gaya minah rempit.
"Don't ask me. Ask her by yourself." balas Eusoff.
"Tsk!" talian Tengku Thaqeif Deyren bersambung dan hanya membalas sinisan gelak kepada adiknya.
"I wonder If your joke wouldn't fit enough for him, Thaqee Damien." sindir Tengku Thaqeif Deyren. Terdengar Zammel dan Syahdee turut tergelak dalam perbualan mereka.
"Akak aku memang pantang jumpa motor. Kalau dah tunggang tu, memang dia tak ingat sekeliling dah." sambung Zammel.
"Helo!" sergah seseorang telah masuk ke perbualan melalui earbud mereka.
Syahdee tadinya khusyuk boleh terperanjat mendengar suara lantang garau milik Zadz. Hampir sahaja lelaki itu hilang kawalan dan terbabas ke tong sampah.
"Woi! Apa main sergah-sergah ni. Kalau aku terbabas tadi kau nak tanggung ke?" geram Syahdee merenung tajam motor disisinya walaupun kepala dia diselindungi dengan helmet hitamnya. Nasib boleh kawal stereng motor nanti elok masuk surat khabar muka dia sebab terbabas dengan tong sampah.
"Maaf-maaf." ujar Zadz dihujung talian.
"Berapa jauh restauran tu Zam?" soal Eusoff.
"Tak lama pun. Jarak dua bangunan ni terus belok kanan." balas Zammel.
"Awal cakap kan senang. Tak payah lah nak pakai motor bagai. Hish!" rungut Ebrahim menyampuk talian mereka. Kalaulah Zammel cakap awal lagi tak perlulah naik motor. Boleh saja dia berjalan kaki sambil-sambil boleh dia masuk kedai.
"Kau tak tanya pun." sarkastik Zammel buatkan yang lain turut tergelak mendengarnya kecuali Tengku Thaqeif Deyren menyepi pada talian.
Lelaki itu hanya bersuara bila perlu. Nak dengar dia gelak sudah pasti susah. Bak kata orang suara dia itu hanya keluar setahun sekali. Nak senyum apalah lagi. Haram jadah!
✨️-------------------------------------------------✨️
"Are they prince charming?" orang ramai mula berbisik antara satu sama lain apabila kami memarkir tepat dihadapan sebuah restauran mewah. Setelah masing-masing membuka helmet, semua mata memandang ke arah mereka. Ada yang terpegun dengan ketampanan jejaka disekeliling ku. Ada yang berbibisk iri kepada ku. Tapi kesemuannya aku tidak kesah. Nak paparazi? Come with me!
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...