BAB 13

20 1 0
                                    

VEEROMM... VERROMM...

Okay! kita restart lagi.

VROOM! VROOM!

Semua mata-mata pasukan tentera yang melintas dia pekarangan khemah mereka melihat siapakah pemilik ketiga-tiga motor berkuasa tinggi itu. Seorang pegawai pengawal Kem keluar bagi membuat pemeriksaan.

"Boleh lihat kad identiti kamu?" soal pegawai pengawal itu. Zawwel hanya membuka cermin helmetnya. Melihatkan lirik tajam kepada pegawai pengawal itu. Tak tertelan rasanya air liur Si pegawai itu. Tajam sungguh! Sepertinya dia mengenali lirikan mata tajam itu. Zawwel mengeluarkan kad identitas nya.

Bagai petir menyambar pegawai itu. Betul tekaan dia. Terus dia memberikan tabikan hormat kepada Zawwel dan mengarah mereka untuk masuk. Hampir dirinya tidak mengecam lelaki itu. Ya! Lelaki itulah yang digeruni di dalam markas ini selain Eusoff Ka'el. Dia adalah Wolverine!

Syaz yang sibuk dengan pekerjaan tidak fokus setelah mendengar enjin motor yang kuat itu. Syaz keluar melihat siapa yang berani sekali buat masalah itu. Tidak tahukan ini adalah kawasan terlarang untuk bising? Hud dan Luth juga ikut tidak tenteram.

"Siapa yang tak reti hormat ni?!" marah Syaz. Terlihat tiga buah motor jenama Ninja Kawasaki terparkir betul-betul dihadapan khemah mereka. Serentak pula mereka menutup enjin. Kali ini Syaz tercabar dengan mereka. Syaz berjalan mendekati salah seorang riders itu.

Syaz mengetuk helmet kemudian dia berpeluk tubuh. "Kau prebetkan?"

Helmet yang diketuknya itu turun daripada motornya. Dia berdiri betul-betul dihadapan Syaz sebelum helmetnya dibuka.

"Kot ya pun marah, janganlah main ketuk-ketuk helmet aku, Syazlee Izwandy..." terserla la wajah Zawwel disebalik helmet itu.

"Zawwel?!" kejut Syaz. Kelam-kabut Hud dan Luth memberikan tabikan hormat kepada lelaki itu.

Sejak bila pula Zawwel ini lepas masuk ke kem mereka? Dia meihat dua riders itu. Mereka masing-masing membuka helmet mereka. Kalau tadi jantung bagai terkeluar, sekarang jantung dia hilang terus. Kenapa Zawwel membawa pendatang asing ke perkhemahan mereka?!

"Oh, hai!" tegur ku. Aku yang tak melambai, Luth pula girang melambai ke arah ku. Aku tergelak kecil. Sempat pula Luth mengenyitkan mata kanannya ke arah ku. Huish! Lain macam gatal mamat ni.

Zawwel perasan tindakan Luth sahabatnya itu. Dia bergerak mendekati lelaki itu. "Kalau masih sayang mata, baik berhenti kenyit-kenyit mata dekat adik aku. Aku takut esok kau jadi kassim selamat oleh aku Luth." amaran Zawwel buatkan Luth tersengih.

Hud menjengilkan matanya kepada Luth. Berani betul mamat ni macam-macam dengan lelaki dihadapannya ini. Ini kalau dia meletop, hilang pupus terus markas ini olehnya. Jangan bermain dengan Noah Zawwel lah. Sebab dia adalah klon Eusoff Ka'el. Nasib sahaja Eusoff Ka'el tiada di sini.

"Ka-Kau buat apa dekat sini?" soal Syaz. Macam tidak percaya pula dia lelaki yang berdiri di hadapannya ini adalah Lieutenant Kolonel Noah Zawwel. Sahabat lamanya terdahulu.

"Ai? Bukan Hud yang panggil aku ke sini ke?"

Aku dan Zammel memandang sesama sendiri. Dah kenapa pula?

"Oh ya, betul juga tu. Terlupa pula aku." Hud menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terlupa pula. Padahal dia yang menyuruh Zawwel datang ke Kem setelah dirinya tahu lelaki itu pulang ke Malaysia. Itupun Eusoff yang memberitahunya.

"Doom... Perangai kau memang tak berubah." Zawwel mengeluh.

Luth, Hud, Syaz, Eusoff dan dia adalah satu kumpulan dahulu. Mereka adalah jatuh dan bangun Zawwel diwaktu peperangan. Mereka berlima dahulu tidak boleh berpisah. Namun selepas operasi Somalia, dirinya pula terpisah atas arahan majikannya.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now