"Kau nak lari kemana!" pekik Eusoff yang masih berusaha untuk mengejar lelaki mask hitam itu. Jaket lelaki itu ditarik pantas, akan tetapi, dia gagal. Lelaki itu lebih cepat mengelak lalu menendang perutnya sehingga dia merasakan senak. Eusoff tidak berhenti. Baginya kesakitan yang dia alami hanyalah sementara. Dia cuba mengejar langkah lelaki itu, sayangnya lelaki itu telah menaiki kenderaan berwarna hitam. Eusoff menyumpah seranah. Sempat juga dia mengingati plat lesen kenderaan yang dikenderai. Eusoff melutut kerana keletihan mengejar.
"EUSOFF!" jerit seseorang. Eusoff menegakkan kembali posture tubuhnya. Dia memandang ke arah suara itu sebelum dia memejam matanya buat seketika. Dia terlupa soal seseorang. Ya! Noah Zawwel. Dipandang lelaki itu mendekati dirinya. Terlihat Zawwel menarik nafas sedalamnya sebelum memulakan bicaranya. Agak kaget lah juga dia dengan stamina lelaki dihadapannya itu. Sepertinya Eusoff tidak berubah dari awal permulaan perkenalan dia.
"Kau dapat tak penyagak tu?" soal Zawwel. Eusoff menggelengkan kepalanya. Kini Zawwel mengerti bahawa mereka gagal menangkap ketua mereka. Namun tidak 100 percen gagal hanya... 80 peratus? Kerana Eusoff pun berjaya perangkap salah seorang kuncunya.
"Bahu kau cedera, bro." tegur Zawwel sambil memuncungkan mulut pada bahu Eusoff. Terlihat kesan darah melekat pada pakaian putihnya. Berkemungkinan kesan kaca pasu atau benda tajam terkena pada bahunya itu.
"Takpe sikit aje." balas Eusoff.
Zawwel membulatkan matanya. "Sikit celah nenek engkau! Dah separah macam itupun kau kata sikit? Kau ni transformer ke apa huh?" hairan dia dengan lelaki ini. Nampak sangat dia tak sayang badan dia itu. Dia menepuk bahu Eusoff yang tercedera itu. Meringis kesakitan lelaki itu.
"Sakit lah! Kau kalau pun sakit hati dengan aku, tunggu laa luka ni sembuh dulu!" geram Eusoff. Noah Zawwel atau dikenali sebagai Liuetenant Kolonel Noah Zawwel aka Wolverine adalah sahabat satu pasukan mereka semasa bertempur di Ukraina. Seorang yang sangat mahir tentang senjata, raja mengawal komunikasi dan hebat dalam pertempuran. Noah Zawwel boleh stand alone jika bertempur dengan musuh yang ramai. Lebih tepat, Zawwel dan dia satu kelas dan team yang terkuat. Bukan itu sahaja, seorang yang digeruni oleh para-para kadet di luar sana. Dah muka mereka berdua macam singa kelaparan, semestinya orang lain pun gerun kan? Itu di dalam pekerjaan. Diluar pekerjaan, mereka adalah sahabat rapat. Kemana sahaja dia berada, maka disitu juga ada Zawwel. Gaya macam jodoh. Tapi itulah hakikatnya. Persahabatan mereka terikat kukuh sehingga maut yang bisa memisahkan mereka. Namun, selepas mereka operasi menyelamat di Ukraina, Zawwel berpindah tempat dimana lelaki itu terpilih sebagai konsultan di Negara Brunei Darussalam. Dan disitu lah bagi dia, pertemuan terakhir mereka.
"ALONGGG!"
Mereka berdua tersentak mendengar jeritan perempuan menyapa mereka. Spontan mereka berpaling ke arah suara itu. Terlilhat seorang perempuan mendekati mereka. Eusoff mengerutkan dahinya. Bukankah ini perempuan dekat receptionist sebentar tadi? Mengapa perempuan ini berada di sini. Along? Siapakah manusia yang di panggil 'along' itu.
"Werra! Kenapa Werra ikut along?" kejut Zawwel. Tidak sangka adiknya dengan berani mengikutinya. Bukankah dia menyuruh adiknya itu untuk segera tunggu di lobi? Takut pula akan keselamatan adiknya. Susah nak jaga adik yang super degil ini. Dicek seluruh tubuh adiknya, memastikan tiada sedikit calar pun di tubuh adik kesayangannya itu. Kemudian dia menarik nafas lega. Alhamdulillah...
Eusoff hanya menonton wayang drama sangat secara percuma. Kali ini dia baru mengetahui bahawa Noah Zawwel bukan sahaja memiliki adik lelaki malah dia juga memiliki adik perempuan yang cantiknya setanding bak model international. Patutlah bila Tuan Qassim menanyakan perihal adik perempuanya, Zawwel tidak pernah sekali nak tunjukkan mahupun memberitahu pada mereka. Rupanya...
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...