BAB 40

13 0 0
                                    

"Kau betul-betul ejen ke, Dee?" soal Zadz tanpa memandang ke sisi ke arah Syahdee sedang khusyuk memerhatikan setiap gerak geri manusia di bawah itu. Kenapa mereka berada di atas? Kerana itu lebih memudahkan mereka untuk mengesan musuh jika ada sebarang pergerakan yang mencurigakan. Hak elah, padu betul ayat aku siak! Apa-apapun dia agak curiga juga dengan identiti sepupu Zawerra ini. Muka alim semacam mamat ni... Boleh percaya ke dia ni ejen? Ejen ni banyak ejen. Manalah tahu mamat ni ejen hartanah.

"Curiousity can killed the cat." balas Syahdee. Sekilas dia memandang ke sisi menentang wajah Zadz.

"But at least the cat died knowing." bidas Zadz selamba badak.

"Werra dengan adik beradik dia tak tahu lah ni kau sebenarnya ejen kan? Kenapa perlu sembunyikan identiti kau Dee sedangkan suatu hari orang bakal tahu juga siapa kau sebenar."

"Sebab aku cuba untuk lindungi orang terdekat. Kau rasa jadi seorang ejen ni seronok ke?"

"Lepas tu, kau ingat jadi inspektor tu seronok lah?" pulang buah paku Zadz. Apa dia ingat dia seorang je ke seronok nak jadi pengintip ni?

"Musuh kau boleh dikatakan belum bahaya lagi. Tapi untuk aku ni, aku dah ditahap bahaya, Zadz. Kalau polis pun takkan mudah percaya dengan aku. Jangan kan polis, ejen aku sendiri pun kadang susah nak percaya dengan aku." kata Syahdee setenang mungkin nada dia.

"Apa maksud kau?" semakin keliru Zadz dibuatnya dengan lelaki ini. Syahdee ni tengah main teka teki dengan dia ke apa? Dahlah dia penat sekarang ni. Otak pun tengah jammed .

"Ada apa-apela laporan Firoze?" Tengku Thaqeif Deyren bersama adik lelakinya muncul menyapa mereka berdua.

"Null. Tiada yang curiga." jawab Syahdee.

"Perhatikan setiap sudut. Jangan sampai terlepas pandang anak buah Firozey tu." arah Tengku Thaqeif Deyren kepada dua orang itu. Dia turut berdiri menyaksikan persembahan fesyen itu daripada atas.

"Next, we have the models from the E'kasy boutique!" umum pengacara fesyen itu lalu diikuti dengan tepukan gemuruh dari para-para pereka bahkan orang-orang yang ada dalam bangunan itu.

Keempat-empat mereka sudah terpaku dengan penampilan Zawerra, Zammel bahkan Eusoff. Zawerra diantara mereka berdua mengenakan gaun lengan panjang direka oleh Ebrahim lebih menarik perhatian mereka semua. Lenggokkan berjalan malah reaksi wajah mereka serupa model professional. Syahdee tersenyum bangga menonton sepupu dia menjadi model itu. Eusoff tidak kalah juga menarik mata-mta para hawa disana kerana lelaki itu nampak lain daripada lain.

"Fuyoo... Segak gila Hunter kita genk!" puji Zadz sambil menepuk riang kedua belah tangan dia. Terlebih excitedlah pula. Belum pernah lagi dia dapat tengok Eusoff versi model. Dia mengeluarkan telefon dia dan ambil beberapa gambar tiga orang itu. Gambar rare tu!

"Eh, Dee aku nak ke tandas dulu. Nak pecah weh pundi kencing aku! Nah tangkap gambar Eusoff untuk aku." telefon mahal Zadz dibaling ke Syahdee sebelum berdesup meninggalkan mereka mencari tandas. Sepantas kilat Syahdee menyambutnya. Gila agaknya mamat ni, tak sayang telefon langsung! Nasib baik dia sambut kalau tak menangis tak berlagu telefon mahal dia jatuh ke bawah.

Syahdee kembali menyaksikan sepupu dia dan Eusoff diatas pentas itu.

"Aku bangga dengan kau, Nuur Zawerra..." desis kecil Syahdee dan senyuman dia tidak pernah lekang dari bibir dia.


"Sejak bila p.bear pandai jadi modelling ni?" soal ku dengan riak pelik. Selama ini aku fikirkan dia tak tahu pasal modelling ni. Tapi lepas tadi, terkejutlah juga aku siap betul lagi cara dia jalan atas pentas tu. Eusoff sibuk dengan penukaran baju dia dipandang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now