BAB 28

27 1 0
                                    

Aku memandang langit berhiasi bintang itu. Rambut ku maroon-hitam-kecoklatan ku selitkan ke belakang telinga. Perlahan bibir ku mengukir senyuman manis. Mata ku kembali jatuh fokus pada potret lukisan yang baru sahaja ku siap kan. Kalau tengah malam macam ni baru ada idea fresh nak melukis.

"Little bunny p.bear ni tengah buat apa?"

Aku kenal suara garau itu. Kepala ku diusing menghadap ke belakang. Terlihat Eusoff berdiri sambil memegang gitar disebelah tangan kanan dia. Manakala tangan kirinya pula memegang cawan Ikea. Nampak ada asap halus daripada cawan itu. Penampialan lelaki itu  terlihat segak dengan baju tee hitam bersama seluar jogger grey dia.

Suami siapa tu?

Suami kita la! Ahaks!

"Dah habis tenung ke?" tegur Eusoff menyentakkan aku kembali ke alam realiti. Kali ini pipi ku terasa membahang merah. Aku tenung sebab laki kite hensem sangat!

"Siapa suruh hensem sangat... Kan Werra delulu..."

Terangkat kedua kening Eusoff mendengarnya. Pula dah dia disalahkan.

Eusoff mendekati sang isteri. Dihulur cawan Ikea kepada isterinya itu. Rupanya dalam cawan itu berisi air susu panas. Aku memandang Eusoff. Untuk dia ke?

"Untuk Werra?"

"Taklah, untuk jiran sebelah."

Eusoff tergelak pabila Zawerra menarik muka cemberut. "Untuk Little Bunny laa... Dah takde orang pun dekat sini lagi." tetap saja tangan Eusoff setia menghulurkan cawan itu kepada Zawerra.

Dalam keadaan muka cemberut, tetap saja aku menyambut cawan itu. Tanpa meniup air susu yang panas itu. Aku teguk. Al-hasil wajah ku mimik menahan kepanasan air mengalir di tekak ku. Panas siot air ni!

"Little bunny okey tak ni?" Eusoff cepat saja menangkap riak wajah ku itu. Cawan yang ku pegang lantas beralih dipegang olehnya sebelum diletakkan di atas meja kaca kecil dihadapan ku. Gitar dia diletak sisi sofa rotan. Dia duduk mencangkung di hadapan ku.

"Panas..." itulah jawapan ku. Kali ini Eusoff tergelak lagi.

"Kenapa gelakkan kite?"

"Itulah... Gelojoh sangat nak teguk minum. Lidah tu lidah titanium ke?"

"P.bear ni..." sebal hati aku nak bercakap dengan suami aku ni. Ada sahaja modal lelaki itu nak kenakan aku balik.

"Little Bunny Nuur Zawerra P.bear ni... Tak nak kongsi ke apa jalan cerita Werra lukis tu?" Eusoff duduk di sisi Zawerra. Tangan lelaki itu tidak pernah sesekali walau sesaat pun takkan terlepas genggaman dia daripada tangan ku. Melekat bak gam Kangaroo.

Eusoff sangat tertarik dengan segala hal tentang lukisan Zawerra. Daripada hujung lagi dia mengintai Zawerra tersangat khusyuk melukis potret dia. Zawwel pernah bagitahu padanya, bahawa setiap hasil lukisan Zawerra mempunyai kisah tersendiri. Zawwel lah orang yang 'paling' setia untuk mendengar semua kisah itu.

Kini tibalah giliran dia mengambil alih di tempat Noah Zawwel yang siap sedia mendengar 'kisah' dibalik lukisan itu.

"Cantik tak lukisan Werra?" tanya ku. Potret kertas A1 ku diambil. Ku pegang ala-ala show off  hasil kerja ku pada suami ku.

"Cantik. Cantik macam pelukis dia." puji Eusoff dengan jujur dari lubuk hatinya.

Aw! Janganlah macam tu encik suami!

Aku kontrol sehabis mungkin wajah ku agar tetap tidak segan dengan puji daripada Eusoff. Sabar... Jangan kembang dulu...

"Sebelum Werra nak cerita dekat p.bear, Werra nak p.bear tengok lukisan ni dulu. Apa yang p.bear nampak dalam lukisan ni?"

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now