Aku tersedar dari tidur setelah bermimpikan benda yang sama. Tubuh ku menegak secara automatik. Berpeluh. Ku pegang dada ku yang terasa laju paluan dada ku itu. Aku melihat sekeliling ku. Kosong. Hanyalah dia di situ. Mana mereka pergi?
Jaket entah milik siapa ku letak ke sisi. Aku bangun dari sofa itu. Sempat aku mengikat rambutku yang terburai itu, diikat satu. Aku melangkah keluar daripada kem itu. Sunyi dan sepi. Tapi motor Zawwel dan Zammel masih terpakir di situ. Orangnya pula tidak tahu kemana. Aku mengeluh. Argh! Nanti pandai juga diorang cari aku. Perut ku mula lapar. Dia harus mencari kantin dekat sini.
Aku beredar dari tempat itu. Nanti pandai juga abangnya itu cari dia. Dia tentera. Tiada yang mustahil bagi abang dia untuk mengesan jejaknya.
"Saya nak popia ayam tu boleh?" aku menunjuk popia ayam yang terhidang panas itu.
"Boleh, nak berapa puan?" tanaya penjual itu.
"4 ringgit je." balas ku bersama senyuman. Cepat penjual itu membuat kerjanya. 8 biji popia dimasukkan ke dalam bungkusan kertas lalu dihulurkan kepada ku. Sebagai gantinya, duit Rm 4 ku berikan kepada penjual itu.
"Terima kasih."
"Sesama..." jawab ku. Aku mengambil tempat duduk betul-betul hampir dengan kantin itu. Doa sebelum makan ku baca sebelum aku menjamah makanan popia ku itu. Sedap juga popia dekat sini ni. Sedang aku menikmati makanan ku, tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki duduk dihadapan ku itu. Hampir tersembur makanan daripada mulut ku. Siapa yang tak reti bertanya ni?
Ku dongak ke hadapan. Siapa dia ni? Berkerut muka ku. "Maaf, awak siapa?" tanya ku.
Tajam mata lelaki itu memandang ku. "Jangan dekat dengan Hunter... Sebab dia orang yang paling banyak musuh." kata lelaki itu. Seusai dia berkata, lelaki itu pergi begitu sahaja.
Terpinga-pinga aku memandang lelaki itu. Datang tak di undang, pergi blah macam takde dosa pula. hairan betul aku lelaki zaman sekarang ni. Kejap dia ada sebut nama Hunter kan? Jadi... Maksud dia... Hunter, lelaki yang melamar dirinya sebagai isteri kan? Apa maksud dia mamat tu paling musuh?
"Argh, malas lah aku nak fikir panjang. Baik aku habiskan makanan aku." ujar ku tanpa fikir panjang. Malas nak fikirkan! Buang masa sahaja. Lagipun dia masih dalam plan dia sendiri.
Seusai sahaja aku makan di kantin, aku berjalan meronda kawasan perkhemahan itu sambil itu menikmati suasana alam. Aku menghirup udara segar itu. Tenang rasanya. Terlihat sebuah bangku terletak elok tidak berjauhan dengannya. Laju sahaja aku ku hayunkan langkah ku mengambil tempat bangku itu. Punggung ku dilabuhkan pada bangku.
"Macam manalah along tak rindu tempat macam ni?" ujar ku sendirian. Terlihat beberapa anggota tentera sedang berkawad itu mencuri tumpuan perhatian ku. Sudah lama dia tidak melihat tentera berkawad, sejak-sejak arwah papanya dan mamanya meninggal dunia. Dulu hampir setiap hari dia melihat papanya melatih anak-anak muridnya berkawad sebelum dia bersara. Naik takutlah juga bila papa dia naik garang dengan anak buahnya itu.
"Assalamualaikum,"
Aku kembali ke alam realiti. Telinga ku mendengar seseorang menyapa ku. Perlahan ku berpaling ke sisi. Terlihat seorang lelaki tersenyum menyapa pandangan ku. Mata ku melirik melihat nama yang terletak elok di sisi kanan dada lelaki itu. Ilhan.
"Waalaikumussalam, ada apa ya encik?" soal ku dengan bersahaja. Tanda tidak berminat.
"Maaf, saya tak pernah nampak cik sebelum ni. Cik pekerja baru dekat sini ke?" tanya lelaki itu. Namun pertanyaannya dibawa oleh angin yang berlalu.
"Maaf, lupa nak kenalkan diri. Saya Leftenan Ilhan Madany. Cik?" masih berusaha untuk mengajak wanita itu berbual. Sepanjang hidup dia, tidak pernah lagi dia bertemu bidadari secantik perempuan ini. Macam model.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...