"Assalamualai... Astaghfirullah al-a'zeem... Terperanjat aku siak!" Qashaff baru sahaja pulang kerja terkejut apabila ada sosok lelaki tinggi lampai bersandar pada tepi pintu mereka. Qashaff mengurut dadanya agar kembali tenang. Tengku Layth Hyder dipandang tajam.
"Tua-tua pun terperanjat." sinis Tengku Layth Hyder lalu berdiri tegak. Pisau ditangannya dimain. Dilambung tinggi dan pisau itu berpusing sebelum menangkapnya kembali dengan selamat. Permainan dia dimain secara berulang.
"Kau ni, nasib aku masih sihat terhindar dari penyakit jantung! Aku siat 13 mulut kau kejap lagi, tak pasal buruk muka bajet hensem kau ni." Qashaff menjeling menyampah Tengku Layth Hyder. Dia melangkah ke ruang tamu yang seluas kolam renang mereka itu. Malas dia nak layan perangai tak berfaedah daripada kawan baiknya itu. Tubuhnya dihempas pada sofa melepaskan semua rasa lelah dari pekerjaan dia.
Dibuka tiga butang kemeja teratas. Senak! Mata dipejam seketika untuk menghilang kepenatan dia seharian. Siapa cakap jadi CEO tak meletihkan? Baru sehari dia tinggalkan ofis dia, bila masuk je ofis hari ini... Fuh! 2 gunung fail atas meja kerja dia. Nak harapkan adik lelaki dia itu memang takde function langsung. Bukan mahu menolong tapi makin tambah menyusahkan adalah!
Tengku Layth Hyder berdecit. "Too early to have a heart attack."
Qashaff diamkan diri. Pura-pura tidak dengar dengan ayat sindiran yang baru sahaja Tengku Layth Hyder katakan sebentar tadi. Terbiasa sangat dengan mulut tak makan saman lelaki itu. Kata orang tua dulu-dulu. Kalau orang mengata kita, buat bodoh je. Makin kita layan nanti kita yang gila. Biarkan dia sedekahkan pahala dekat kita.
"Kau tak tanya apa dah jadi hari ni?" soal Tengku Layth Hyder.
Terus tercelik kedua belah mata Qashaff. Daripada posisi baringan terus diubah ke posisi duduk. "Tell me," tidak perlu dia berkais, dicuma perlu mendengar apa yang Tengku Layth Hyder mahu sampaikan kepadanya.
Tengku Layth Hyder tersenyum senget. Mata kehijauan milik lelaki itu tajam memandang pisau dia sebelum dimasukkan kembali pada sarung pisau itu yang terletak sisi pinggang dia. Tubuhnya dibawa ke depan, kedua lengan menongkat pada paha dia.
"This evening, ada 'fans' ikut kitorang. I'm pretty sure that gang... Who was hunting for Hunter's wife. Tapi, semua 'fans' tu aku dah clean kan. So, as you can see now. We're safe." jelas Tengku Layth Hyder. Cukup ringkas dan senang sekali Qashaff menangkapnya.
Qashaff mengangguk faham. Dia bukan tak biasa dengan perkara ini. Sebelum ini pun dia pernah hadapi. Jika dengan Tengku Layth Hyder memang lah dia tak kisah sangat sebab lelaki ini dia dah beri kepercayaan sepenuhnya. Mafia kot. Tapi ini dahsyat pula, mafia lawan mafia. Nak disaman si Tengku ini, tak boleh sebab dia ni pun ada jasa baik dengan tentera, polis dan negara.
"Werra."
Qashaff tadi termenung seakan kembali masuk roh dia ke dalam badan dia setelah Tengku Layth Hyder menyebut nama Zawerra isteri kepada Eusoff Ka'el. "Kenapa dengan dia?"
"She looks like she's skilled with a weapon." kata Tengku Layth Hyder lalu menyandarkan tubuh pada sofa.
"Huh?" tercengang Qashaff. Tak mungkinlah isteri Eusoff mahir dalam mengguna senjata? Tidak salah dengarkah dia?
Melihat sahaja kerutan dari wajah Qashaff, Tengku Layth Hyder berdecit halus. Sangat mustahil bagi orang Zawerra yang cantik, comel bak innocent itu boleh jadi seorang yang mahir dalam penggunaan senjata. Depan mata dia sendiri lagi dia tengok bagaimana gadis itu menembak sasaran pada musuh dengan tepat.
"Tak payahlah kau buat muka terkejut beruk sana."
Qashaff buat muka toya. "Habis tu kau nak suruh aku buat muka macam mana? Happy? Tak pun menangis?" sinis Qashaff.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...