BAB 18

17 1 0
                                    

"Werra..."

Aku terus bangun dari lena ku. Dipegang dada ku yang berdegup pantas 200 kmph tu. Berpeluh-peluh dahi ku. Ku lihat sekeliling. Ternyata aku masih berada ditempat yang selamat. Iaitu di bilik ku. Aku menarik nafas dalam sebelum menghembusnya dengan lega.

Kenapa aku masih mimpikan benda yang sama?

Kenapa tiap kali mimpi tu datang, aku terbangun dan membiarkan cerita mimpi ku tergantung?

Aku ambil Iphone ku dan on skrin. Jam menunjukkan dah nak magrib. Memang patutlah aku dapat mimpi buruk.

Kcak!

Mata ku dilarikan melihat pintu kamar mandi ku terbuka luas. Siapa pula yang buka pintu kamar mandi aku tu? Takkan bilik aku ni dah bela saka? Eh merepek aje!

Mata ku terjengil setelah melihat sosok tubuh dibalik pintu itu. Eusoff Ka'el yang berdiri tidak mengenakan baju dan hanya memakai seluar jogger dihapanannya! Rambut yang berjuntai masih basah dikeringkan. Agaknya baru habis mandi kot. Cliche!

Tak masalahnya macam mana boleh aku lupa yang Si Eusoff ni dah jadi suami aku?

Mata ku tiba-tiba terpandang tubuh pack-pack Eusoff. Gulp! Aku cepat-cepat bersembunyi dibalik selimut. Laju paluan jantung ku.

Aduh! Werra bukan ke kau dah biasa tengok badan macam tu? Eh itu abang dengan adik. Masih halal nak tengok. Tapi... Ini... Eusoff Ka'el! Orang luar!

Eusoff tercengang dengan kelakuan sang isteri. Dah kenapa bini aku sorok-sorok bawah selimut ni?

"Werra..." panggil Eusoff.

Aku belum mahu buka selimut ku.

Tiba-tiba selimut ku ditarik perlahan. Oh shit! Cepat-cepat aku menutup wajah ku dengan tangan kecil ku. Tolonglah aku. Aku tak nak cemarkan mata aku!

"Dah kenapa tutup muka tu Werra?"

"A--awak pakailah baju dulu!" arah ku. Malu siak!

"Laaa... Ingatkan Werra ada nampak saka saya tadi." gurau Eusoff.

Saka hot macam awak!

"Dah buka mata tu, setakat badan saya ni, awak halal je tengok saya. Nak tengok lebih pun boleh. Because you worth it." balas Eusoff. Lucu dan comel saja gelagat isterinya itu.

Uh-huh, see me in the spot like
"Ooh, I love your style"
Uh-huh, show me what you got
Now come and make it worth my while

Give it to me, I'm worth it
Baby, I'm worth it
Uh-huh, I'm worth it
Gimme, gimme, I'm worth it

Haa sudah... Terus ingat lagu Fifth Harmony terus. Dengan hati terpaksa rela, aku membuka kedua tangan ku dari menghalangi wajah ku. Kali ini aku rasa nak pengsan.

Damn hotz!

Eusoff yang mengeringkan rambut yang masih basah. Oh My Gucci! Tak keruan aku macam ni. Gila! Gila! Mintak-mintak lah aku buta sekarang ni.

"Tutup mulut tu. Nanti tercekik dengan lalat. Saya tak sedia nak jadi duda hot lagi ni." tegur Eusoff. Dia menutup mulut ku yang ternganga besar seperti buaya tengah berjemur.

"Sebelum tu, let me introduce myself to you. Sebelum ni kita belum perkenalkan diri in proper way." jelas Eusoff.

Ya tak ya juga. Bukan ke aku suruh mamat ni jelaskan apa yang terjadi sekarang ni? Aku angguk perlahan.

"Saya Mohammad Eusoff Ka'el Bin Tan Sri Haji Eiman. Well known as Liuetenant Kolonel Eusoff Ka'el. Code name, Hunter. Anak sulong daripada dua adik beradik. Saya bekerja seorang tentera dan dalam masa yang sama, saya adalah ejen pengintip khusus yang ditugaskan untuk memburu, mencari, mengakses internet dan mencuri maklumat musuh." terang Eusoff kepada sang isterinya.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now