"Eh, along dah balik rumah? Dia ada beritahu awak ke dia pulang ke rumah?" sampai sahaja dipekarangan rumah mereka, aku melihat kereta Mercedez G-Class SUV milik abang aku yang elok terpakir didalam garaj rumah mereka. Urgent... Urgent dia sampai balik rumah tidak mahu ambil aku pula. Dasar malaun betul abang aku ini! Eusoff hanya berdiam diri sahaja tanpa mengeluarkan sepatah perkataan. Sebaliknya dia fokus untuk memakir keretanya.
Ini adalah kali pertamanya dia melihat rumah agam milik Noah Zawwel. Pergh! Ini baru dikatakan Sugar Brother! Eusoff memakir kereta tepat disebelah kereta Mercedez AMG E63 S Coupe berwarna hijau itu. Tidak sangka Zawwel ini orang berada. Jika nak buat perbandingan dengan rumah dia, sudah tentu rumah Zawwel lima kali ganda besar daripada rumah mereka. Selama dia berkawan dengan Zawwel tidak pernah lelaki itu mengajak ke rumahnya. Dan juga, lelaki itu pun jika nak mengulangkaji pun, dia lebih selesa di perpustakaan atau di asrama mereka. Mungkin lelaki itu tidak mahu dirinya digelar sebagai orang kaya kot. Lowkey betul budak ini.
"Awak nak jumpa abang saya ke lagi? Kalau ada, saya alu-alukan untuk masuk ke rumah kami. Tapi itupun kalau along beri kebenaran. Selalunya, susah sangat orang asing nak masuk rumah kami." kata ku. Aku membuka seat belt ku. Sempat aku merapikan rambut aku pada cermin hadapan ku sebelum menapak keluar daripada kereta milik Eusoff ini. Eusoff hanya mengikuti langkah Zawerra sehingga perempuan itu betul-betul dihadapan pintu besar utama rumah agam itu. Sebetulnya ada benda dia nak bincangkan bersama Zawwel. Namun ianya hanya sekejap sahaja. Baru sahaja aku membuka pintu rumah itu seluas lautan... over juga itu kalau seluas lautan.
POP!
"Waaaa!" aku terganjak ke belakang akibat terkejut mendengar letupan kecil yang berlaku beberapa detik tadi. Eusoff sempat menangkap tubuh ku yang kurang seimbang yang hendak terjatuh itu. Eusoff membetulkan posisi ku kembali. Dia melihat dengan lebih jelas. Terlihat Zawwel bersama adik perempuannya yang sudah buat kejutan untuk Zawerra. Terlihat juga seorang lelaki betul-betul berdiri di tengah-tengah sambil mendepakan kedua belah lengannya. Gaya boleh masuk The Greatest Showman pula. Takkanlah Hugh Jackman si Zawwel ini bawa pergi jemput datang untuk kejutkan adiknya pula dah.
"Kejut tau Werra!" marah ku.
"Akak, didn't you miss me?" suara garau membuatkan aku baru perasan akan ada kehadiran sesorang di dalam rumah ini. Suara itu. Sudah pasti dia merindui suara itu. Aku perlahan mendongak ke hadapan. Aku punya terkejut sudah tidak mampu untuk berkata. Aku terus berlari memeluk tubuh yang aku rindui itu.
"Zam! Bila balik? Kenapa tak bagitau dekat akak huh?" Aku melepaskan pelukan ku lalu menepuk kasar bahu sasa lelaki dihadapan itu. Lelaki itu adalah Nuh Zammel adik bongsu dia. Sudah beberapa tahun dia menetap di amerika untuk melakukan pekerjaan dia disana. Zammel bertugas sebagai seorang model dan juga seorang usahawan Cafe. Sambilan itu juga dia seorang photographer yang terkenal di amerika. Aku memegang wajah adik ku. Nampaknya adik dia tidak ada perubahan pada wajahnya. Aaaa, jeles aku! Muka dia lebih flawless tau daripada aku! Jika nak dibandingkan umur aku dengan adik aku yang umur dia 27 tahun ini, sepatutnya aku yang lebih glowing!
"Sakitlah! Habis muka kacak aku ni nanti!" Zammel menjauhkan wajahnya dari tangan kakaknya. Sudahlah kuku wanita itu tajam. Masih sayang lagi tahu muka kacak dia ini.
"Eleh, baru sentuh macam tu pun dah over." kata ku. Aku melihat lagi penampilan adik ku itu. Zammel mengenakan baju long sleeve turtle neck besama seluar jeans berwarna hitam. Aku tersenyum sinis. "Bro, negara ni negara panas tau. Sejuk sangat ke Malaysia ni?" sarkastik ku sambil memeluk tubuh ku.
"Along tengok adik along ni. Aku balik bukan nak greet aku, akak boleh pula kutuk baju aku. Hish!" adu Zammel kepada Zawwel.
Eusoff berdiri di situ seperti patung cendana. Jadi inilah adik lelaki yang Zawwel katakan itu. Nuh Zammel. Keluarga diorang ini keluarga visual ke apa? Tidak menyangka Zammel ternyata lebih kacak jika dilihat secara berhadapan berbandingkan jika dilihat dekat google atau di buku majalah. Tubuh yang tegap, visual yang menarik para wanita diluar sana. Sekali pandang sudah seperti seorang pelakon.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...