Eusoff mematikan enjin kereta Maserati GranTurismo dan segera menapak keluar daripada parking itu. Dia membuka lapisan jaket jeansnya dan diletak pada lengannya. Panas! Sempat dia memperbetulkan baju turle neck hitamnya. Dia bergerak menuju ke pintu masuk utama rumah mereka. KCAK! pintu terbuka dan dia masuk. Keadaan rumah mereka masa itu, sangatlah gelap gelita.
"Bang, you pergi mana tadi?"
Eusoff baru sahaja ingin meletak kunci pada mangkuk kaca berdesain emas itu, terkejut apabila ada suara menyapa dari arah sisinya. "Astaghfirullah!" buat dia lebih terkejut lagi apabila adik lelakinya itu memakai bedak putih yang ditempekkan pada wajah lelaki itu. Ini silap hari bulan, ada yang di dianogsis penyakit jantung. Dah kenapa pula adik dia macam hantu ini? Kejap ini adik dia ke? Atau...
"Au' zubillahi minashh syaitonnirrojim..."
"Agak-agak laa you ni nak ruqyah I, You ingat I ni hantu ke apa?" Ebrahim menjeling sang abang yang selalu sahaja tidak kurang untuk menyindirnya. Dia berjaga kerana dia tahu abang dia sering balik lewat. Selalunya abang dia balik lewat hanya kerna urusan kerja dia. Tidak pun, baru habis melepak dengan kawan-kawan dia.
Eusoff membuka tali kasutnya dan membukanya dengan teliti. Untuk pengetahuan semua, Eusoff seorang yang sangat teliti dalam semua keadaan. Mahupun luar atau di dalam. Smart. Clean. Itu adalah yang terpaling penting untuk dia. Semasa Eusoff hendak memasukkan kasutnya ke dalam almari kasut, tiba-tiba lampu rumah mereka terbuka sehingga menerangi semua sudut di dalam rumah mereka.
"Akhirnya... korang tak tidur lagi ke?" satu suara menyapa di sisi telinga Ebrahim.
"Ahhhhhhh, hantuuu!!!" apalagi menjerit Ebrahim setelah terkejut sapaan suara itu sehingga dia melompat ke depan memeluk Eusoff yang sedang tertunduk itu.
"Lepaslah gila!" Eusoff berusaha untuk menurunkan tubuh adiknya itu. Sudahlah berat adiknya seperti lima guni beras! Eusoff berjaya mencengkam lengan baju adiknya dan dengan cekap dan pantas dia menterbalikkan tubuh adik lelakinya itu. BUK!!! Sia-sia hidup Ebrahim yang menjaga wajahnya, kini wajah mencium pintu rumah mereka. Ebrahim mengadu sakit, manakala Eusoff pula stretching badan dia lurus akibat sengal! Dia sempat melihat siapakah gerangan yang mengejutkan adiknya itu. Ternyata Haji Eiman.
"Sampai hati abang kat Kassie!"
"Memang sampai hati. Kau tahu tak kau tu berat? Apa masalah kau ni, suka hati kau je naik badan aku. Itu lebih baik kena dekat pintu, kalau ikutkan hati, nak saja aku masukkan kau dalam tong sampah luar sana!" geram Eusoff. Ada adik langsung tidak boleh dipakai. Eusoff menyapu debu-debu bedak yang melekat pada pakaiannya.
"Eusoff..." tegur Haji Eiman.
"I hate you! Kassie benci abang! Tak nak kawan dengan abang!" Ebrahim berdiri dan berlari meninggalkan mereka disitu. Tidak kurang, sambil dia berlari, sambil itu juga dia menutup wajahnya. Tidak kalah seperti cerita hindustan. Eusoff menjeling ke atas. Tidak sah kalau adiknya buat drama kasihan depan ayah dia.
"Eloklah! Tak payah kawan dengan aku. Aku pun tak hinginlah nak berkawan dengan orang separuh tak siap macam kau tu! I hate you too!" balas Eusoff. Malas dia nak layan perangai tak siap adiknya itu. Elok dia layan, dengan dia-dia sekali terus jadi tak siap. Eusoff bergerak menuju ke sofa besar mereka seusai dia menyalami tangan Haji Eiman. Punggung Eusoff selamat mendarat pada sofa empuk itu, kepalanya dilentangkan pada kepala sofa. Seluruh tubuhnya mulai letih. Dia memejamkan matanya buat seketika untuk menghilangkan rasa penat.
"Kamu ni Eusoff, cubalah cakap elok-elok dengan Ebrahim. Janganlah asyik nak marahkan adik kamu tu." nasihat Haji Eiman padanya. Bukan dia tidak tahu Eusoff dan Ebrahim tidak pernah nak serasi meskipun mereka berdua adalah sedarah sedaging. Mereka bak anjing dan kucing. Setiap kali bertemu, pasti ada sahaja yang tidak kena. Betullah peribahasa itu. Si anjing, abang dia, Eusoff Ka'el. Manakala si kucing pula adik dia, Ebrahim Kasy. Eusoff tidak pernah nak berlembut dengan adik lelakinya itu. Semua dia nak berkasar. Tetapi, Ebrahim pula, kalau orang dah rimas, dia tambah lagi untuk menyakat. Mana tidaknya buatkan Eusoff Ka'el semakin berang dan semakin kasar.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...