"Terima kasih encik." ramah pemuda lelaki itu mengambil kepingan duit daripada Eusoff. Baru hendak memulangkan balik bagi lebih duit itu, Eusoff menolaknya. Tercengang pemuda itu.
"Yang lebih tu saya sedekah je." kata Eusoff. Kantung plastik berisi dua air mineral itu diangkat dari meja cashier itu.
"Tapi encik... Banyak sangat ni baki dia." dihulur kembali baki duit milik lelaki itu.
"Takpe, bagitahu je bos kau, aku sedekah okay? Aku nak kena gerak cepat, bini aku tunggu kat luar berapa lama entah. Assalamualaikum..." Eusoff pamit dari kedai itu meninggalkan pemuda itu terdiam seribu bahasa. Duit berada dalam genggaman ditenung. Lelaki itu baru sahaja menyedekahi Rm 50. Ini baru kali pertama mendengar orang sedekah duit dengan nilai besar dekat kedai mereka. Jika Rm 1 atau bersen itu tidaklah menjadi hal. Tetapi nilai duit yang satu ini boleh melopong mulut orang dibuatnya.
Eusoff bergegas ke arah isteri dia namun sampai saja di sana, sosok isterinya sudah hilang. Jantung Eusoff spontan berdetak laju. Dilihat sekeliling jika ternampak figura isterinya dan hampa sekali tiada. Ya Allah... Kemana isteri aku. Eusoff sedaya upaya menenangkan diri dan cuba berfikir secara rasional. Zawerra kaki shopping, jadi dia mesti ada dalam kawasan ini. Think Eusoff! Terdetik hatinya untuk membuka 'Find My Friend' location pada Zawerra.
Dunia sekarang pun dah moden sangat. Mujur Zawerra dan dia ada telefon canggih boleh track lokasi.
Esuoff membuka aplikasi 'Find My friend' terus nama kontek 'My little bunny' dicari. Setelah itu, dia menekan lambang 'find' dan terus aplikasi itu mencari keberadaan si isterinya. Luas mata dia apabila melihat lokasi Zawerra telahpun berada diluar kawasan bangunan shopping mall. What the!
Eusoff mula bergegas mengikuti lokasi Zawerra. Macam mana isteri dia ada diluar ni?!
Tenaga ku kian habis akibat semuanya ku kerah ketika aku berlari. Jadi juara marathon pun dah pacit sudahnya aku kahwin ni. Ah! Werra! Think of it! Aku melihat sekeliling ku di lorong itu. Mungkin ada tempat boleh dia bersembunyi. Ku lihat ada lorong kecil disebelah kiri ku dan dipenuhi dengan... Kotak.
"Where are you running off to?!" pekik lelaki.
Aku pusing ke belakang, agaknya lelaki itu hampir menjumpai dirinya. Mahu tak mahu, aku mengambil arah lorong kecil itu. Cepat-cepat aku bersembunyi dibalik kotak-kotak yang disusun meninggi itu.
"Wow, I'm stunned, you can run faster than me." omel lelaki berhoodie itu. Bergema suara dia dilorong itu. Lelaki itu membawa sebilah pisau.
Aku menuntup mulut ku agar tidak melakukan sebarang bunyi yang boleh saja musuh dia tahu keberadaan dia. Mata ku dipejam kejap. Ya Allah... Bantuilah hambamu ini... Dalam hati ku tidak berhenti memanjat doa pertolongan dari Maha Esa.
"I came here to have a discussion with you, my sweatheart..." Pak! Tong sampah tidak bersalah ditendang kuat oleh lelaki hoodie itu. Terhinjut bahu ku apabila detuman tong sampah mengenai dinding. Statik airmata ku meluncur laju menuruni pipi ku. Dia tahu nyawa dia dalam bahaya sekarang ini. Terdetik soalan di fikiran dia. Siapakah lelaki ini? Mengapa dia mengejari ku?
"You don't want to ask me who I am?" soal lelaki itu dengan lantang.
Kau gila nak aku soal mamat ni? Elok aku bersuara, kepala aku terpisah dengan badan oleh mamat ini. Soalan perangkap maut betul!
"I'm Firoze's man. I've come here to claim back the things you stole that day. And you know exactly what I mean by that. The Pendrive." lantang lelaki itu. Aku masih diam di situ. Melihat gerak geri lelaki di sipi-sipi kotak itu. Lelaki itu baru sahaja berdiri di lorong tempat ku bersembunyi. Terlihat gerun bila mata ku tertancap pisau rambo ada pada ditangan kanan lelaki itu. Bila-bila masa pisau itu mengambil nyawa dia.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...