"Boleh tak kau jelaskan apa sebenarnya dah jadi, Soff?" Zawwel memandang Eusoff sambil berpeluk tubuh yang sedang duduk dihadapannya itu. Dia menunggu penjelasan daripada satu-satu sahabtnya itu. Perkara tadi buatkan seluruh orang terkejut. Ingatkan pasangan Zawerra bukan orang yang dia kenali. Dan ternyata... Eusoff.
"Macam mana korang boleh sangkut ni?" pelik Zammel. Dia sendiri masih tidak percaya. Kakak dia boleh pula sangkut dengan mamat ni. Paling tak boleh terima adalah, sejak bila kakak dia berubah taste ni?
"You buat apa dengan Werra?" soal Ebrahim.
"Korang boleh tak bagi aku bernafas dulu? Dah macam soal siasat pula aku ni." Eusoff membaringkan badannya pada kerusi santai itu. Tidak habis-habis dirinya jad persoalan mereka. Seperti wartawan tengah interview artis dia.
"Itu sebab mulut kau tersangat masin, Zaw. Kalau kau tak sebut masa tu, takde maknanya aku tersangkut plan adik kau ni." keluh Eusoff.
"Tapi, kau tahu tak sekarang ni kau tu pasangan fake dia? Kenapa kau nak jadi pasangan fake dia sedangkan akan datang kau tu pun jadi bakal suami dia? Kalau dia tahu Hunter tu kau macam mana?" kata Zawwel. Sudah lah adiknya nak kahwin dengan sahabatnya itu. Boleh pula dia ikut rancangan adiknya itu. Ini kalau Zawerra tahu lelaki yang dikahwinnya itu adalah Eusoff... Huish! Lebih baik adiknya itu tidak mengetahuinya.
"Kau tak perlu risau pasal tu. Pandailah aku nak buat tipu sunat nanti. Mungkin ini juga peluang aku untuk kenal lebih dalam siapa Nuur Zawerra. Yela, sebelum kahwin kenalah kenal sedikit dahulu pada peribadi, latar belakang adik kau kan? Peluang dah ada. Takkan aku nak tolak." balas Eusoff.
"Tapi kenapalah mesti engkau orang tu, Eusoff... mati-mati aku fikir lelaki entah dari mana. Rupanya engkau." kata Zawwel. Kadang dia tertanya, kenapa Zawerra sesenang ABC rapat dengan sahabatnya ini. Lagi satu, kalau adiknya itu anti-kacak, tapi mengapa dia memilih Eusoff?
"Jap, I sepertinya ada ketinggalan sesuatu. You bakal suami Zawerra? Bila? Kenapa I tak tahu pasal ni?" curiga Ebrahim memandang abangnya itu. Kejutan apakah abang dia nak buat ini?
"Zam... ada ketinggalan berapa stesen ke?" Zammel memandang abangnya dengan Eusoff bersilih ganti. "Abang Eusoff? Bakal suami akak Werra? Am I misheard or anything?" cuba memastikan adanya betul atau tidak apa yang dia dengari.
"Betul, aku serius lamar kakak Zam sebagai isteri abang." balas Eusoff dengan yakin.
"What?" kejut Ebrahim. Melopong besar mulutnya. Hantu apakah yang merasuk tubuh Eusoff Ka'el abang itu? Eusoff yang dia kenal tidak membuat keputusan terburu-buru dan juara menolak segala lamaran dan pinangan. Tiba-tiba terasa dejavu pula dia bila dengar pengakuan yakin dari lelaki itu.
"Senekad itu ke abang Eusoff?" soal Zammel masih tidak percaya yang baru dia dengari dari pengakuan lelaki itu sebentar tadi.
"Senekad itu. Keputusan aku dah bulat. Aku nak jaga Werra macam mana korang jaga dia. Kalau Werra adalah nyawa korang, begitu juga aku. Dia penyeri hidup korang, maka begitu juga aku. Mungkin Allah dah tetapkan dia adalah jodoh yang aku tunggu. Dan aku rasa tak salah aku mengambil dia sebagai isteri aku sebab aku yakin jika aku dan dia boleh melengkapi satu sama lain." tulus Eusoff. Terharu pula Zawwel dan Zammel mendengarnya. Power juga ayat Eusoff ini.
"Wow, I am speechless right now. Tak pernah lagi abang I bagi paw-paw ayat dia ni. You ada tertelan berapa kilo gula kat rumah tadi? 100 Kilo ke? Lain macam sweetnya." kata Ebrahim dan berbaur jenaka di dalamnya. Sempat juga dia mengucap syukur ke Illahi kerana doanya sudah terkabul agar abang dia mendapat jodoh dengan cepat.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...