"Sejak bila bunny ada martial art ni?" soal Eusoff. Kedua belah tangan dia diletak atas pinggang. Matanya pula merenung wajah si isteri yang dirinduinya sambil itu dia menantikan jawapan jujur daripada isteri dia.
Ini kali pertama dia menyaksikan sendiri Zawerra berlawan di atas gelangang bersama orang yang bukan calang-calang lawanannya. Tengku Tristine Daniela adalah orang lawanan isteri dia. Setiap pukulan dan tendangan dilihat seperti seorang yang sudah mahir dalam seni pertahanan. Zawwel pun tidak pernah mengatakan hal ini kepadanya.
Dilihat Tengku Tristine Daniela duduk dihujung tirai gelangang akibat keletihan. Ditemani kedua abang kembar dia sedang mengipas adik perempuan mereka.
"Hehehe... Cikeret... " aku menayangkan gigi ku tersusun cantik kepada Eusoff. Muka ku dibuat habis comel.
Terangkat kedua belah kening Eusoff ke atas. "Asal buat muka macam tu? Hm?" pipi tebam ku jadi sasaran cubit Eusoff. Nak marah pun tak jadi. Eusoff mengambil tempat duduk di sisi Zawerra.
"Sakitlah!" adu ku.
"Kitorang saja test bini kau ni. Tak tahu pula dia ada skill boleh tahan lawan Tris." Qashaff menepuk selamba bahu Eusoff. Akhirnya terungkai juga siapa Zawerra yang sebenar. Kalau bukan pasal Tengku Laith Hyder, sudah pasti Zawerra tidak mahu tunjuk skill dia.
"Kau okey ke Tris?" soal Zadz kepada Tengku Tristine Daniela dan perempuan itu memandang tajam bila Zadz ingin mendekatinya.
Zadz berundur setapak. Niat dia hanya mahu memeriksa keadaan Tengku Tristine Daniela, sekali dapat pandangan mematikan baik dia hapuskan niat dia. Bukan sekadar perempuan itu je, abang long dia pun pandang dia rasa nak bunuh dia je.
"I'm okay." matanya beralih memandang Zawerra. "You're too strong Zawerra. I happy bila you dapat overcome your own weakness." ujar Tengku Tristine Daniela. Ini kali pertama dia menayangkan senyuman sehingga lesung pipit kiri dan kanan dia nampak. Hua... Comel gila minah ni!
"Nak saya panggil Rainha ma ke Tris?" lupa pula aku nak tanya nama gelaran dia. Tak garang juga rupanya minah ni. Ingatkan muka masam 24 jam, tahu pula nak senyum.
"Call me Tris." bila masa Tengku Tristine Daniela berdiri dihadapan kami pun aku tak tahu. Wanita berwajah kacukan itu menghulurkan tangan ke arah ku. Dengan hati penuh kegirangan, aku sambut juga huluran tangan Tengku Tristine Daniela.
"Bubu... Tepi papa, nak peluk bubu. Shiuh..." selamba sahaja tubuh Qashaff yang besar dan tegap itu ditolak ke tepi oleh Qhalish. Qashaff bercekak pinggang memandang anak sulong dia itu. Macam itu je dia halau aku? Amboi... Bukan main kaw team lagi kau eh dengan Baba dan bubu kau.
"Qhal..."
Nama Qhalish diseru. Qhalish berpaling dan menayangkan muka toya ke arah Qashaff.
"Hua... Qhalish mendurhakakan bapa dia lah..." kata Zadz dengan suara pura-pura terkejut. Senghaja dia menutup mulut dia dengan tangan kanan dia bagi memantapkan lakonan terkejut dia. Hadif di sisinya menjeling ke atas. Over betul mamat ni!
"Excuse me? I tersesat ke apa sekarang ni?"
Semua mata yang ada disana menumpukkan perhatian kepada Ebrahim yang dari tadi berdiri seperti patung cendana di situ. Mereka terlupa kewujudan dia agaknya. Ebrahim memjauhkan dirinya dari sandaran dinding dan berdiri tegak. Satu persatu wajah dipandang. Paling menarik perhatian dia adalah si kacukan mata kehijauan itu.
"Eh? Kau bukan ke..." tegur Tengku Luke Hayden sambil jari telunjuk dia mengetuk mulutnya kelihatan dia mengingati sesuatu. Dia seakan pernah nampak wajah seiras lelaki itu.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...