"Assalamualaikum warahmatullah..." kepala dia memandang bahu kanan.
"Assalamualaikum warahmatullah..." kemudian memandang pada sebelah bahu dia.
Tangan ku bersatu menadah doa yang ku panjati pada maha Esa. Setiap kali Eusoff membacanya ku aamin kan doa itu. Selesai sahaja membaca doa, tubuh lelaki dihadapan ku itu menghadap ke arah ku. Huluran salam daripada lelaki itu ku sambut lalu bibir pink ku berlabuh belakang ditelapak tangan suami ku. Sementara lelaki itu membalas kucupan di dahi ku.
Kali ini kami melaksanakan solat subuh bersama. Alhamdulillah. Tidak ku sangka Eusoff bukan sahaja mempunyai suara merdu ketika menyanyi tetapi dia juga mempunyai suara merdu ketika melantunkan ayat suci al-quran ketika dia membacanya. Allahu akhbar!
"P.bear kalau Werra nak tanya p.bear satu soalan boleh?" mata ku merenung wajah tampan suami ku itu.
"Apa tu?"
"Werra tengok p.bear khusyuk sangat baca doa tadi tu. Erm... p.bear doa apa?" jari jemari ku dimainkan pada telekung ku dipegang oleh lelaki itu. Senyuman sentiasa menghiasi wajah lelaki itu tidak sama sekali jemu ku pandang.
"Abang doakan untuk isteri dan keluarga p.bear, little bunny... Nak dengar tak apa doa dia?"
Aku mengangguk laju.
"Ya Allah, hapuskanlah kesedihan isteriku, sembuhkanlah penyakit dia, ringankanlah beban dia dan lapangkanlah rezeki dia... Disaat aku tiada disisi isteri dan keluargaku, jagalah mereka unukku. Jauhkan mereka dari situasi merbahaya. Lindungilah isteri dan keluarga ku sebaik mungkin kerana berkat doa mereka membawa rezeki kepada ku. Tenangkan hati isteri ku menerima kadar kemampuanku dalam memberi nafkah kepadanya. Limpahkan ampunanMu kepada isteriku tidak kira ia kesilapan yang masa lalu mahupun akan datang. Jadikanlah kami sebuah keluarga yang sentiasa bersyukur di atas apa yang Engkau kurniakan. Sinarilah rumahtangga kami dengan kebahagiaan."
Berlinang airmata ku mendengar doa yang suami panjatkan pada Maha Esa. Allahu... Sebak, gembira dan sedih bercampur baur perasaan ku. Aku memeluk erat tubuh suami ku.
"Terima kasih."
Tangan kasar dia menyeka airmata ku.
"Kenapa little bunny menangis, hm?" soal Eusoff sambil kedua belah pipi ku dipegang.
"Terharu. Werra tak terbayang pun Werra dapat hadiah dari Allah seorang suami yang tersangat baik untuk Werra."
Bibir Eusoff tersenyum mendengarnya lalu dibawa tubuh genit kecil ku masuk ke dalam dakapan dia.
"Dan p.bear pun tak terbayang hadiah terbesar dari Allah p.bear dapat adalah seorang isteri yang kuat dan begitu tabah menempuhi setiap ujian-Nya. Dia adalah wanita hebat bagi p.bear."
"Cenggeng isteri p.bear ni." kata Eusoff tidak jemu menatap wajah ku yang basah dengan airmata ku.
Aku melepaskan tawa kecil ku. "Mesti hodoh kan?"
"Even when you cry, you're still beautiful little bunny."
Aw! Kenapa manis sangat ni?
"Dah, pergi bersiap. Kejap lagi kita dah nak pergi airport. Nanti Eb tunggu kita." kepala ku digosok lembut.
"Nak p.bear ikatkan rambut kita boleh?" mata ku senghaja dibulatkan. Tangan ku bercantum satu.
"Boleh, little bunny... Buat rambut ala Dragon Ball pun boleh."
"P.bear!"
Eusoff tergelak saat Zawerra menarik wajah cemberutnya. Sehari tidak menyakat isterinya boleh jadi gila dibuatnya.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...