Buk!
Buk!
Punching beg ditumbuk bertubi-tubi. Melepaskan setiap keluhan bersama perasaan tidak puas hati di setiap tumbukan yang diberikan. Setiap pagi dia akan berlatih di bilik gelangang seorang diri. Kenapa dia memilih di tempat seperti itu? Kerana lebih memudahkan untuk melatih kefokusan dan latihan tubi dia.
Buk!
Ting!
Bak!
Hanya dengan satu tumbukan kuat, punching beg yang tadinya tergantung di siling kini terputus talinya. Eusoff memandang sepi melihat punching beg itu jatuh ke lantai. Nafas dia yang termegah-megah diatur kembali. Mungkin sudah cukup dia tibai punching beg yang tidak bersalah itu. Dia menngalas punching beg itu kebahunya.
"Tuan."
Eusoff berpaling ke arah suara itu. Luth berdiri tercegat di situ diberi pandangan dengan kening kanan dia terangkat tinggi. Sebagai tanda 'apa dia?'
Luth diam sejenak dahulu. Dilihat bahu lelaki itu menggalas punching beg seberat 60kg itu. Macam dia tak tahu lelaki itu telah menyebabkan tali punching beg itu terputus dari siling mereka. Ini kali ke-15 tukar ganti punching beg mereka.
Tidak dinafikan kekuatan Eusoff Ka'el bukan calang-calang. Kalau dia tumbuk sampaikan punching beg mereka ini pun terputus talinya, apatah lagi kalau dengan musuh? Sayonara lah musuh. Konfirm kebas satu tahun satu badan.
"Ada apa, Luth?" tanya Eusoff. Dia bergerak ke tepi meletakkan punching beg yang digalas olehnya di tepi sudut dinding yang terdapat banyak punching beg rosak itu. Pembalut tinju pada tangannya dibuka.
"Komander Qassim arahkan saya untuk panggil tuan." kata Luth.
"Kenapa?"
Luth mengangkat kedua bahu tidak tahu.
"Yang lain mana?"
"Ada, tengah ajar budak prebet dekat lapangan." jawab Luth. Syaz dan Hud melatih prebet-prebet dilapangan. Jatuh kasihan pula tengok budak-budak baru kena basuh dengan Hud dan Syaz. Tetapi, mereka dikirakan bernasib baik sebab jurulatih mereka adalah Hud dan Syaz.
Kalau Eusoff yang melatih budak-budak tu, rasanya tidak istilah 'belas kasihan' dari pihak lelaki ini. Jangankan budak-budak prebet, mereka yang sekumpulan dengan dia ini pun naik gerun bila dia dalam mode kerja.
"Okay, aku pergi ke bilik Tuan dulu. By the way, tolong ganti baru punching beg tu." Eusoff menepuk dua kali bahu Luth kemudian dia beredar dari bilik tersebut.
"Kau yang putuskan tali dia, aku pula yang kena ganti balik. Dia tak tahu ke punching beg ni berapa Kg agaknya." bebel Luth dengan geram. Dipandang punching beg di dalam stor itu dengan wajah pasrah.
"Enjit, Enjit semut.... Siapa sakit naik atas! Enjit... Enjit semut... Siapa sakit naik atas! Kalau mengalah... Baliklah rumah... Kalau berjuang... Jangan menyerah..."
Sekumpulan prebet yang berlari di lapangan sambil menyanyikan lagu menarik perhatian Eusoff. Sudah mengapa lagu versi kanak-kanak diubah lirik ni?
"Sekali kau ganggu, hidupmu tak tenteram... Kami tentera oi!oi! Tak pernah mengalah! Eh! Enjit... enjit semut..."
"Hebat kan aku cipta lagu?" Hud yang datang dari arah entah mana menyapa disisi lelaki itu. Dia berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis melihat prebet-prebet itu. Dia denda mereka hanya disebabkan kelalaian mereka.
"Rosak lagu childhood aku." bidas Eusoff buatkan Hud tergelak.
"Elah, aku tukar sikit je lirik dia. Kalau aku tukar semua, alamatnya aku dah jadi komposer musik lepas ni." lawak Hud.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...