BAB 39

6 1 0
                                    

"You okey Werra? Keruh semacam je muka you. You must be happy to be a famous model. Don't ruin your pretty face. Senyumlah sedikit. Jangan risau. I’ll look after you until the event’s over."

Ebrahim melihat Zawerra kegelisahan cuba diberi ketenangan sedaya upaya. Maklumlah, orang kali pertama jadi model jumpa wartawan bahkan artis-artis terkenal siapa saja tidak gementar kan? Jika dirinya sendiri atau Nuh Zammel sendiri mereka sudah terbiasa dengan suasana macam tu. Namanya pereka fesyen dan model terkenal, tidak akan lari daripada selaut manusia mahu menangkap gambar mereka.

Dia beralih menentang abang sulong dia daripada tadi mendiamkan diri sambil merenung Ipad Mi Pro dia. Entah apa dia sedang buat, dia pun tak tahu. Biasalah, orang workaholic. Setiap masa dan setiap tempat nak kerja. Kemudian beralih lagi ke arah Nuh Zammel. Ebrahim menjulingkan mata dia ke atas. Daripada tadi tak habis habis scroll instagram di telefon dia. Tak cukup menatap telefon, dia menyisir rambut kehitaman dia ke belakang.

"Kau kenapa pandang aku?"

Terus tersentak menyembah bumi Ebrahim setelah Zammel menegur ketelanjuran dia tenung anak teruna orang. Ebrahim berdehem lalu memandang wajah Zammel.

"Saja. Salah ke I tenung model tak berapa terkenal macam you ni." bidas Ebrahim.

Zammel menolak lidahnya dalam ke dinding pipi dia. Tercabar sungguh dengan lelaki dihadapannya ini. Kalau saja dia tidak ingat lelaki ini bos kepada kakak dia, sudah lama dia humban keluar daripada limousine pinjaman si Tengku ini. Dia merendah-rendahkan kita pula mamat sekong ni. Terus hilang mood dia. Kolar kot hijau dia diperbetulkan.

"Aku malaslah nak bertekak dengan kau ni. Tak menghasilkan faedah untuk aku." ujar Zammel.

"Zam," panggil ku setelah beberapa jam mendiamkan diri. Wajah lelaki itu aku pandang.

Untuk pertama kalinya aku dapat lihat Zammel sebagai seorang model. Aura dia betul-betul terserla. Sudahlah macam artis. Walaupun lelaki itu tidak memerlukan makeup pada wajahnnya, tetap sahaja dia nampak tampan.

"Kenapa akak?" soal Zammel.

"Tak nervous ke?"

Terhambur juga tawa Zammel. Apa punya soalan kakak dia ini?

"Sepatutnya soalan tu ditujukan pada akak. Bukan kat Zam. Zam dah biasa dah. Akak tu, baru first time." tergeleng-geleng kepala Zammel.

"Nak tips dari Zam tak?" cadang Zammel. Kening kanannya terjongket-jongket sudah. Aku mengangguk perlahan. Manalah tahu ilmu daripada adik ku ini sangat berguna untuk aku.

"Tips dia... Senyum."

Eusoff mendengarnya mengangkat kepalanya terus memandang ke arah Zammel. Senyum? Berkerut terus dahi lelaki itu.

"Betullah tu apa Zam cakap. Tips dia adalah senyum. Itu menunjuk how professional you are." sokong Ebrahim.

"Senyum macam ni ke?" aku cuba tarik senyuman ku sehingga nampak gigi dan lesung pipit ku. Kali ini Zammel dan Ebrahim turut tergelak melihat penampilan ku sekarang. Suami ku juga turut mengemam mulut dia meskipun mata lelaki itu pura-pura menatap skrin Ipad dia. Apa? Ada salah ke dengan senyuman aku?

"Akak kalau senyum macam tu, mahu lari lintang pukang orang dibuatnya. Akak senyum dah macam orang criminal tahu." kata Zammel. Tergeleng-geleng kepala lelaki itu. Tahulah muka lawa, tapi kalau senyum macam orang psycho mahu bunuh mangsa takut pula jadinya.

"Just chill... Relax... Not need to worry so much about this." tenang Eusoff baru sahaja menutup Ipad dia kemudian tangan Zawerra dibawa kedalam genggaman dia. Lelaki itu menghadiahkan senyuman dia.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now