BAB 11

12 1 0
                                    

"Zaw, macam mana dengan keadaan Werra? Okey tak?" hampir sepuluh minit dia mundar mandir di ruang tamu Zawwel. Melihat sahaja Zawwel turun bersama doktor peribadinya itu, laju langkahnya mendekati lelaki itu.

"Alhamdulillah semuanya okey. Cuma mungkin effect traumanya dahulu buatkan dia tidak dapat kawal dan pengsan." jawab si doktor membuatkan Eusoff menarik nafas lega. 'Alhamdulillah.'

"Cuma saya nak beri nasihat sikit. Kalau boleh Puan Zawerra jangan skip pemakanan ubat dia dan jangan beri tekanan pada dia buat masa ini. Dia perlukan masa untuk sembuh dari semua hal. Atas pertolongan dan kerjasama kamu, insya allah. Semuanya akan normal kembali." pesan doktor itu. Mereka berdua mengangguk faham.

"Kalau macam tu, saya pamit dahulu. Assalamualaikum," pamit sang doktor. Tidak lupa juga Zawwel menyuruh Zammel untuk menghantar doktor ke keretanya. Tetamu, kenalah hormat tunjuk jalan dan sebagainya.

Zawwel bergerak menuju ke ruang tamu. Seluruh tubuhnya dilabuhkan pada sofa. Lelah. Sebaik sahaja dia melihat Eusoff mencempung adik perempuannya itu dan mengata telah pengsan, rasa tidak terhinjat lantai bumi ini. Sebaliknya dia berlari mendapatkan adiknya itu. Manakala Zammel yang kalut mendail nombor telefon doktor peribadi mereka. Itupun kadang tertekan salah nombor. Hairan juga keluar-keluar bahasa alien. Sekali tengok dah salah nombor. Kekalutan kerana panik melihat sang kak Zawerranya pengsan sehingga dail salah nombor. Huh...

"Nasib kau ada. Kalau tak... Tak terbayang keadaan adik aku sekarang ni." Zawwel menghembus nafas lega. Jika Eusoff tidak ada bersama adiknya tadi dan jadi penyelemat, mungkin lebih parah keadaan adik perempuannya sekarang ini.

"Zaw, kau bagitahu aku sekarang. Apa yang Werra maksudkan kaki dia ngilu?"

Zawwel tadinya baring terus duduk lurus menghadap sahabat lelakinya itu. "Dia ada cakap macam tu kat kau?"

"Kenapa? Ada sesuatu terjadi lagi ke dengan adik kau?"

Zawwel mengeluh. "Werra pernah kena langgar dengan pemandu tak berhemah masa umur dia 12 tahun."

Luruh jantung Eusoff mendengarnya. Apa? "Kena langgar? Serius lah bro... Kena langgar?" bagai dirinya tidak percaya dikatakan oleh Zawwel sebentar tadi. Melihat Zawwel memberi anggukan kecil dan lemah buatkan jaw dia terbuka luas. Kejut!

"Masa tu adik aku baru selesai kelas tambahan dan pulang ikut mama kerja. Yelah, nak suruh adik aku tinggal kat rumah mama tak berani. Lagi-lagi tiada siapa yang ada dirumah. Wen pula masih menyambung pelajaran dia di Uitm. Zam pula ikut papa ambil aku di hostel. So, no one ada di rumah. Mama memang habit bawa adik bawa dia kerja sekali dengannya. Tepat masa hari kejadian tu, tepat waktu orang-orang sibuk ingin pulang dari kerja." cerita Zawwel mengingati kisah pilu adiknya itu. Manakala Eusoff masih setia mendengar cerita sahabatnya itu.

"Mama cakap hari kejadian tu adik ada tanya dia nak menyeberang ke pejabat mama yang seberang yela. Mama parking kereta pun seberang jalan juga. Awalnya adik cakap dia dengar mama cakap 'ya' yang bermaksud adik boleh nyeberang jalan. Adik aku kau pun tahu kan kalau orang cakap boleh bukan main sakan happy dia. Adik aku cakap masa dia lintas tu kiri dan kanan jalan semuanya selamat... Sehingga dia mulakan untuk menyeberang adik cakap dia hanya ingat bunyi dentuman kuat... dan dia cakap dunia gelap seketika..."

"Astaghfirullah..." ucap Eusoff. Daripada cerita di turut rasa pilunya.

"Werra! Werra bangun! Ra!" Puan Nuwara menampar lembut pipi anak bongsu perempuannya itu agar sedar daripada pengsan. Luruh jantungnya apabila mengetahui anak perempuan bongsu hilang dibelakangnya dan setelah mendengar dentuman kuat semakin hilang arah dirinya. Jantungnya berhenti berdegup apabila melihat anaknya itu tergolek atas kenderaan akibat dilanggar sebuah kereta biru. Makin laju paluan dadanya melihat cermin kereta bahagian belah pemandu pecah dan retak. Laju kaki melangkah menyambut anaknya itu daripada jatuh ke tanah. Airmata keibuan jatuh membasahi pipi.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now