"Macam mana keadaan adik aku?"
"Adik kau okay. Alhamdulillah sihat. Kau tu? Apa khabar dekat sana? Sejak kebelakang ni jarang betul kau nak call Werra." jawab Eusoff melalui talian jauh. Dia berdiri dihadapan kolam renang Zammel sambil merenung suasana cahaya kota Amerika dimalam yang indah itu. Tangan kiri dia dimasukkan ke dalam poket sementara tangan kanan dia setia memegang telefonnya melekap pada telinga dia.
"Alhamdulillah aku masih hidup lagi dan masih boleh tengok bumi. Maaflah aku tak selalu call korang, sejak kebelakangan ni job aku bertimbun macam gunung. Adik aku merajuk ke? Kalau dia merajuk sebab aku dah tak selalu call dia tolong pujukan dia untuk aku, Soff."
"Elok sangat perangai kau, Zaw."
"Perangai aku memang elok pun. Kau je yang tak tahu."
Jawapan Zawwel benar-benar buatkan diri ingin muntah hijau dekat situ. Bukan Noah Zawwel kalau tak memuji diri sendiri. Tiba-tiba bibir Eusoff menguntum senyuman. Terdetik hati kecil dia merindui lelaki yang sudah dianggap seperti darah dagingnya sendiri. Siapa saja tidak merindui sahabat rapat dia sendiri? Dia rindu lelaki itu.
"Kau diam-diam ni tengah rindukan aku ke?"
Terus mati khayalan Eusoff. Eusoff menjauhkan telefon dia seketika dari telinga dia dan memandang tertera skrin telefon masih menyala nombor talian Zawwel.
"Tahu pula mamat ni apa aku fikirkan." bisik Eusoff perlahan dengan perlahan sebelum telefon itu kembali dilekapkan pada telinga dia. Sempat mata dia memandang sekeliling ditakuti Zawwel memasang spy cam ataupun orang suruhannya memerhatikan gerak geri dia. Sahabat dia seorang ini bukan sebarang orang. Seram pun boleh tahan juga.
Baru sahaja Eusoff ingin menjawab, Zawwel terlebih dahulu mencantas ayat dia.
"Tak perlu kau jawap lah. Yang pastinya aku tahu kau tengah rindu aku sekarang ini. Siapa je tak rindu aku kan?"
Eusoff menjulingkan mata dia ke atas. "Dah habis dah nak jadi perahsantan?"
Terdengar suara lelaki itu tergelak dihujung taliannya. Sungguh menyakitkan hati betul lelaki bernama Noah Zawwel ini. Kalau bukan sebab sayang kawan sudah lama dia end call saja.
"Zam macam mana?"
"Maksud kau macam mana tu macam apa?" hairan Eusoff dengan pertanyaan Zawwel. Otak lag jap.
"Dia okey ke tak?"
"Owh... Dia okey je. Lagipun Dee pun ada sekali dengan dia."
"Syahdee Irdan? Apa pasal mamat tu ada sekali dengan ko... Kejap kau jangan bagitahu aku adik aku beli penthouse dia dari sepupu aku, Soff."
"Lah, kau tak tahu ke?" hairan pun hairan juga Eusoff dibuatnya. Takkanlah Zammel tak bagitahu abang dia pasal sepupu dia ada sekali tinggal dengan dia?
"What the... Aku tak tahu pun selama ni Zam tinggal sekali dengan Dee."
"Kau tahu tak Syahdee kerja apa sebenarnya?" ini soalan perlu dia pastikan adakah Zawwel juga mengetahui identiti sebenar sepupu rapatnya itu.
"Dia bukan ke pengusaha penthouse tu? Kenapa dia ada nampak mecurigakan ke? Macam jual sentaja haram ke menjual dadah ke..."
"Takde maknanya dia suspicious sangat sampai nak buat benda haram cenggitu. Overthinking je kau ni." potong Eusoff. Semakin dibiarkan entah apa-apa kelaut fikiran mamat itu. Ada lebih baiknya dia cantas terlebih dahulu.
"Dah kau buat aku macam suspicious sangat, obviously lah aku overthinking laknat!"
"Dia ejen."
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...