"Soff..."
Seruan nama dia membuatkan lelaki itu berpaling menghadap Zawwel yang berjalan santai ke arahnya. Tampak lelaki itu masih risau akan keadaan adik dia. Ini datang dekat dia mesti tanya pasal kes semalam.
"How's Werra?"
Dah agak dah. Eusoff masukkan kedua tangannya ke dalam poket.
"She's fine..." jawab Eusoff buatkan Zawwel melepaskan keluhan berat. Eusoff dapat mengagak perasaan Zawwel ketika itu.
"Kau tak perlu risau. Takde sebab dia akan benci dan dendam dengan korang. Dia pun cukup besar dan mature untuk terima takdir dia sekarang ni." ulas Eusoff. Wajah tenang Eusoff dipandang Zawwel.
"Thanks, dah pujuk adik aku."
"My pleasure." balas Eusoff.
"Dia ada bagitahu aku semalam yang dia dah ingat siapa lelaki yang langgar kereta arwah Tuan Nazree dengan arwah Puan Nuwara masa tu." Eusoff membuka cerita kepada Zawwel. Lelaki disisinya itu ralit memandang keluasan garden bekalang rumah Zawwel itu. Tenang dan dingin.
"Firoze."
Berubah wajah Zawwel setelah mendengar sebari nama yang baru saja Eusoff menyebut. "Are you seriously? Firoze?" kalau tadi dia pandang garden dia, sekarang tubuhnya berpaling menghadap Eusoff.
Firoze yang jadi tawanan 3 buah negara tu? Si tatu spade berlingkaran ular tu?
Eusoff angguk kecil. "Firoze. Ketua Mafia yang aim aku untuk dibunuh. Musuh kita." jelas Eusoff.
"Pendrive. Pendrive tu ada pada siapa masa tu?" tanya Eusoff dan baru teringat pasal pendrive yang dimaksudkan oleh isterinya di malam. Berkemungkinan pendrive itu menjadi buruan ketua mafia itu. Tapi ada apa di dalam pendrive itu?
"Ada kat aku." Zawwel mengeluarkan pendrive daripada poket seluar dia dan memberikannya kepada Eusoff. Dia sendiri pun tak tahu apa isi kandungan dalam pendrive tu. Semasa dia dapat tahu adik dia terlibat dalam kemalangan, tanpa berfikir panjang dia terus menuju ke hospital. Sebaik saja dia sampai, seorang doktor memberikan sebuah pendrive hitam keemasan kepada dia.
Eusoff ambil pendrive di tangan Zawwel. "Aku rasa mesti ada benda penting yang tersimpan dalam pendrive ni."
"Along, ada tetamu nak jumpa." Zammel muncul memanggil sang abang dipandang mereka. Disebalik tubuh itu, kelihatan tiga orang jejaka tinggi lampai berdiri tegak dan stylish. Dua daripadanya tersenyum manis dan salah seorang daripada mereka beriak beku dan dingin. Hanya dua pasang mata hazel merenung kosong pada mereka berdua.
Zawwel menoleh sekilas Eusoff. Dia tahu ketiga-tiga orang itu datang untuk bertemu dengan Eusoff.
✨️-------------------------------------------------✨
"Masya Allah... Apa ni raju..." suara Zadz memecah kesunyian mereka. Kesemua pasangan mata fokus merenung skrin laptop milik Hadif. Zadz buat muka ngeri dan geli disaat menonton video yang dimainkan oleh Hadif itu. Mahu saja dia muntah dekat situ.
Kesemua mata menyaksikan video aksi kekejaman ketua mafia yang meragut nyawa-nyawa orang tidak bersalah. Dalam video itu memaparkan adegan tembak menembak, tawanan dan beberapa perempuan yang dijadikan hamba seks. Terpaling kejam bila hamba-hamba seks itu terdiri daripada kanak-kanak.
Zammel yang menonton mampu mengetap rahang dia dengan kuat. Matanya dipejam tidak sanggup melihat lebih lanjut. Terseksa jiwa dia tengok. Kenapa wujudnya lelaki seperti itu terlahir di bumi yang kian musnah ni? Sudahlah kejam nak mampus. Sekarang baru dia faham akan kesulitan para polis dan tentera bahkan ejen pembunuh sekalipun sukar untuk menumpaskan lelaki berdarah dingin seperti Firoze ini. Tengok sajalah keganasan yang dia buat.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...