"Tempat apa ni?" sekeliling bilik itu aku pandang dengan perasaan penuh dengan tanda tanya. Kata Basement kan? Basement sepatutnya tempat letak kereta macam dalam cerita hollywood. Tapi keadaan basement masa ini adalah sebuah bilik yang penuh dengan hitam dan keemasan dibilik itu. Terdapat sebuah gelanggang besar elok terletak disisi mereka dan beberapa alat 'melatih' diri didirikan disitu.
Ini tempat apa ni?
"Qash, kau ni dah gila ke apa?" soalan Hadif dibiarkan sahaja. Sebaliknya Qashaff menyuruhnya berganjak ke tepi untuk menekan satu punat seperti loceng di sisi Hadif. Dinding yang berlambangkan AQ itu perlahan-lahan melungsur ke kanan secara automatik.
Kali ini mulut ku terlopong luas. Bukan setakat mulut je, kalau boleh biji mata dia tergolek diatas lantai marble milik Qashaff ini. Percaya ataupun tidak sekarang yang terpampang dihadapan mata dia adalah pelbagai jenis senjata tergantung pada dinding itu. Kau nak senjata yang macam mana? Dari kecil hinggalah yang besar. Ringan hinggalah yang berat. Semua ada. Pisau pun ada. Berlesen ke mamat ni?
"Aku nak test kau." kata Qashaff. Diambil salah satu pistol dari dinding itu lalu disuakan kepada Zawerra.
"Kau tahu jenama pistol ni?"
Aku mengerut dahi. Datang sini semata-mata nak beritahu jenis pistol ke? Aku berdehem. "Itu Glock 19 kan?" dengan yakin ku menjawab.
Qashaff tersenyum senget dan matanya seakan memberi isyarat kepada Hadif yang terkejut dengan jawapan Zawerra. Setahu Hadif tak ramai wanita tahu jenis senjata. Apa yang mereka tahu adalah menembak sahaja. Apa yang Qashaff cuba nak sampaikan pada dia ni?
"Dif, pisahkan semua badan Glock 19 ni." arah Qashaff buatkan Hadif dalam keadaan terbengang namun tubuhnya refleksi mengikut arahan Qashaff.
"Kenapa?" soal Zadz. Pelik. Mengapa Qashaff menyuruh Hadif pisahkan kesemua badan Glock 19 itu. Reti ke minah ni nak pasang balik?
"Dah." selesai Hadif membuka kesemua badan Glock 19, dia di arah untuk berdiri ke belakang dan memberi ruang untuk Zawerra tampil ke hadapan untuk berdiri di meja yang berselerak dengan badan Glock 19.
"Aku nak kau pasang semula glock 19 ni dalam masa 20 minit."
"Huh???" kejut Hadif dan Zadz dengan serentak.
Zadz rasa Qashaff ini memeng terancat akal sekarang. Boleh pula dibuatnya isteri Eusoff ini seperti rekrut. Tahulah abang dia dengan suami tentera. Ini perempuan kot! Innocent dowh adik Zawwel ini!
"Okay." setuju ku. Tanpa berlengah, aku memasang recoil dan barrel terlebih dahulu. Selepas itu aku memasang kembali slide digesel ke belakang ke frame lalu ditolak slide 3/16 dan gerakkan blok slide ke atas di kedua sisi.
Setelah itu ditarik slide dan diperiksa terlebih dahulu. Trigger di tarik dan mengeluarkan bunyi angin daripada glock 19 itu. Kemudian dia mengisi butiran peluru masuk ke tempat pengisi peluru atau lebih dikenali sebagai magazine. Untuk Glock 19 hanya memerlukan 15 butir peluru lalu magazine itu dimasukkan ke tempat reload peluru glock 19.
"Done!" kata ku sambil mengangkat tangan keatas tanda dia sudah siap memasang kesemua badan glock 19 itu. Tepat pada masa itu Qashaff menghentikan masa dia. Qashaff mengangguk bangga. 10 minit lagi nak habis minah ni boleh siapkan. Ini adalah hasil dari latihan Tuan Nazree Zamree yang diterapkan sejak mereka kecil lagi. Terlalu berminat untuk mencuba, itu yang terus Tuan Nazree ajarkan kepada anak-anak dia.
Hadif dan Zadz mampu melopongkan mulut mereka. Tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh isteri Eusoff itu. Zadz mengambil tangan Hadif menampar pipi dia untuk sedar dari semua ini bukanlah hanya sekadar mimpi! Seriuslah wei?!
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...