BAB 8

25 1 0
                                    

Eusoff membuka peti sejuk melihat apa sahaja yang ada di dalam itu. Dia ambil botol air mineral sajuk dan menutup kembali pintu peti sejuk itu. Air mineral sejuk dituang ke arah gelas kaca. Dia membawa gelasnya itu keluar daripada dapur kemudian duduk di ruang tamu mereka. Dia ambil surat akhbar terkini dan membacanya sambil meminum air yang telah dituang tadi. Satu persatu tajuk dia baca sehinggalah satu tajuk buatkan matanya tertumpu pada tajuk itu.

"Penderaan seorang ayah terhadap anaknya." baca Eusoff. Dia baca dengan teliti. Tergeleng-geleng kepala dia membacanya. Semakin hari, semakin banyak kes penderaan berleluasa di negara ini. Baik yang orang tua mahupun muda dan juga kanak-kanak kecil menjadi mangsa penderaan mereka yang tidak berhati perut. Belum lagi kes penderaan yang melibatkan nyawa. Sugguh dirinya agak terkesan bila mengenai penderaan. Lagi-lagi budak kecil. Budak kecil. Mereka tidak tahu apa-apa namun didera oleh serakah manusia yang bertopengkan syaitan. Jika suami isteri itu mungkin dia boleh diterima tetapi jika mangsanya kanak-kanak? Dia tidak boleh.

"Chut, chut, chut... kesiannya..." tegur seperti bunyi cicak dari arah belakangnya membuatkan dia hampir terloncat dari tempatnya. Dia memandang siapa yang menegurnya itu. Ternyata adiknya.

Ebrahim. Eusoff menjeling Ebrahim yang berdiri lembik dihadapannya itu. Kejap lagi dia libas kaki adiknya itu, lumpuh terus jadinya. Eusoff menyimpan kembali surat akhbar itu pada meja bulat kaca semula.

"Eh, tak baca habis ke?" Ebrahim memandang abangnya menyimpan surat akhbar itu kembali. Dia baca main scan ke? Hebatnya...

"Tak lalu aku baca kalau kau ada. Nanti tak pasal-pasal aku baca tajuk tu Penderaan seorang abang terhadap adiknya mamat sotong pula." sinis Eusoff dan berlalu meninggalkan adiknya tercengat di situ. Jika adiknya tiba-tiba menegurnya begitu, bermakna ada 'sesuatu' yang adiknya inginkan. Jadi lebih baik dia mengelak. Namun sangkaannya meleset setelah adiknya mengekori dirinya pergi masuk ke dapur.

"Kenapa cuci gelas tu. Kan Mak Far ada..." tegur Ebrahim. Eusoff menjulingkan matanya ke atas. Dia mengeluh. Tubuhnya di pusing mengahadap adik lelakinya itu.

"Kau nak bawa pergi mana kali ni?" Eusoff mengangkat kening kanannya tinggi sambil memeluk tubuh sasanya. Melihat sahaja adiknya tersengih. Eusoff tersenyum sinis. Tepat sekali dugaannya. Mesti budak ni nakkan sesuatu.

"Hehehe... Boleh pula abang kite tebak. Kassie ni nak mintak abang temankan Kassie pergi beli barang dapur. Yelah kalau abang tengok barang-barang kita dah nak habis. Itu yang ayah suruh beli hari ini." ujar Ebrahim dengan lenggeng lenggok bengkang bengkok percakapan dia dengan Eusoff. Geli pula Eusoff mendengarnya. Menyampah pun ada. Kassie... Kassie... Kejap lagi dia cucuk mata adiknya ini jadi Kassiem Selamat terus.

"Kenapa tak keluar kelmarin? Kenapa mesti tunggu aku baru nak keluar?"

"Kelmarin Kassie busy. Itu yang hari ini je Kassie nak beli belah. Mestilah Kassie nak jalan dengan abang Kassie yang segak kuat hot and spicy ni, sebab nak suruh abang angkat barang-barang yang berat macam gunung tu. Nanti sakitlah tangan Kassie." jawab Ebrahim.

Membutang mata Eusoff mendengarnya. Ewah... "Gunung hotak engkau! Kau ingat aku ni kuli batak kau nak angkat barang kau? Kau ni memang jantan tak berfungsi langsung. Sia-sia badan kau sado tapi lembik! Takde-takde! Kau angkat barang tu. Belajar untuk berdikari." sedas Eusoff. Dia pula dijadikan kuli angkat barang. Dasar adik tak berfungsi.

"Tapi... Tapi kalau tangan Kassie patah macam mana."

"Ya Allah... Kau titpkanlah kesabaran ku menghadap manusia tidak betul dihadapan ku ini..." Eusoff meraup mukanya berkali-kali. Entah berapa kali dia mendengus pun dia tidak tahu. Sungguh tercabar kesabaran dia dengan makhluk dihadapannya ini.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now