Make me go
La, la, la, la, la, la, la, la
La, la, la, la, la, la
Everyday, everyday
La, la, la, la, la, la, la, la
La, la, la, la, la, la
Everyday, everydayDengan khusyuk Ebrahim menyanyikan lagu Everyday yang dinyanyikan Ariana Grande sambil itu juga dia menggubah baju busana pengantin untuk sang abangnya itu. Siapa yang tak gembira kalau satu-satu abangnya bakal milik orang? Eusoff Ka'el kot. Lelaki idaman wanita. Ini kalau keluar dekat majalah mahu menangis tak berdarah para wanita luar sana. Merana kerana sang pujangga nak kahwin. Macam berita Chris Evan melamar Alba Baptista. Gempar terus! Keluar dalam media sosial, semua perempuan meraung.
"Pagi-pagi lagi kau dah memekak..."
Mati mood nyanyian Ebrahim. Ditoleh ke belakang melihat siapakah yang berani potong stim moodnya itu. "Abang???" bukan main kejut lagi Ebrahim. Macam mana boleh abang dia masuk dalam kedai dia ni? Siap duduk sofa kesayangan dia pula tu!
Eusoff tersenyum senget. "Yela aku? Asal kejut macam tengah nampak superman jatuh longkang?" disilang tubuh sasanya itu.
"Macam mana you boleh masuk kedai Kassie senyap-senyap ni?"
"Nobita bagi aku pintu ajaib doreamon tadi." selamba badak Eusoff menjawabnya. Naik menyampah Ebrahim mendengarnya. Mana taknya dia sedar. Kalau nyanyi pun dah tak ingat dunia adiknya itu.
"Buat apa dalam butik Kassie ni?" tanya Ebrahim.
"Nak tengok perkembangan baju aku." balas Eusoff. Hajat dia datang ke butik megah E'Kasy itu, hanya semata-mata untuk melihat perkembangan jauh baju pengantinnya. Kedua, dah lama dia tidak masuk butik itu.
Ebrahim menyengetkan kepalanya sambil memandang abang dia. Dia beralih sedikit untuk menunjukkan baju yang tersarung pada patung mannequin itu. Eusoff berdiri mendekati patung itu. Baju kot putih terlihat elegan itu disentuh.
"You should proud that your wedding dress is special edition. Your wedding dress, takkan pernah ada desain macam ni dekat luar negara. Satu-satunya desain dari air tangan Ebrahim Kasy." sempat lagi Ebrahim memuji dirinya sendiri. Betullah apa yang dia cakap tu. Desain busana baju pengantin khusus abangnya itu tersangat limited edition. Bukan untuk dijual lagi. Jadi kenalah abang dia rasa beruntung sedikit. Air tangan adik dia kot!
"Erm," sepatah Eusoff menjawab. Nak dipuji, takut adiknya ini terlebih perasaan lah juga.
"I nak tanya,"
"Erm," Eusoff kemudian kembali duduk di sofa. Tubuhnya disandarkan. Mata coklatan tajam merenung sosok adiknya itu.
"Abang, betul-betul bulat dah ke nak kahwin dengan dia?"
Terangkat kedua belah kening Eusoff mendengarnya. "Soalan cerdik mana kau petik ni, Eb?"
"Cerdik eh?"
"Cerdik bodoh kau." Nah, sekali Eusoff membalas, menangis hati mendengar. Eusoff menjeling adik dia. "Kalau dah suruh kau buat baju pengantin sampai pelamin kau rasa bulat tak keputusan aku?"
"Iya tak ya juga." Ebrahim tersengih.
"Akhirnya dapat juga I makan nasi minyak abang sendiri. Kalau tak, sampai ke tua I tengok you ni serupa bujang senja!" melantak Ebrahim gelakkan abang sulongnya itu.
"Kassie,"
Terus Ebrahim berhenti gelak. Wajahnya tadi bukan main ceria berubah serius. Eusoff melihat perubahan wajah adiknya itu turut tersenyum sinis. Itulah perangai Ebrahim. See? Dia tahu Ebrahim bukan sepenuhnya mamat sotong.
"You nak apa?" soal Ebrahim dengan serius pada pembantu asistannya itu.
"Eh! I tak tahu pun you ada tetamu sekarang ni." kata perempuan itu. Perempuan itu adalah salah sorang model dia dan juga pembantu kanan dia. Clarissa Raina. Wanita itu tidak berkedip melihat seorang lelaki tepat duduk dihadapannya. Seolah-olah terpegun ketampanan lelaki itu. Siapakah lelaki itu? Adakah dia model baru majikannya itu. Tidak pernah dia melihat lelaki itu.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...