"Aku terima nikahnya Nuur Zawenna Binti Mohd Nazree Zamree dengan mas kawin RM 55,000 ringgit, tunai."
"Sah?"
"Sah!" laung seluruh ruang dewan menjadi saksi lafaz pernikahan kakak ku. Dengan ini, rasmilah kedua pengantin menjadi suami dan isteri yang sah di sisi ugama. Aku mengucap syukur ke hadrat Illahi. Airmata ku juga jatuh membasahi pipi ku. Turut merasa bahagia disamping kakak ku tersayang. Aku menjadi pengapit kakak tersayang. Dan... Tidak ketinggalan Eusoff yang menjadi pengapit pengantin lelaki. Macam berjanjilah pula kami berdua memakai pakaian warna yang sama. Eusoff berdiri sambil tersenyum ku pandang. Terlihat segak lelaki itu dengan cara melayu itu.
"Assalamualaikum, Zawenna," jawab lelaki yang bernama Zaiden iaitu suami kakak ku. Aku tersenyum disaat Zaiden mengucup lembut dahi dan tangan kakak ku sebelum menyarung cincin ke jari manis kakak ku. Agh... Kenapa tiba-tiba aku terasa single pula. Huhuhuhu....
"Adik, Eusoff, korang pergilah makan dahulu. Kakak dengan abang Zaiden pergi tangkap gambar dahulu." tegur Zawenna sambil menepuk lengan ku itu. Aku memandang senyum pada wanita yang bersolek cantik itu lalu mengangguk kecil. Mata ku sempat memberi isyarat kepada Eusoff untuk turun dari pentas itu. Lelaki itu seperti tahu. Sempat dia berbisik kepada pengantin lelaki itu kemudian dia bergerak meninggalkan pasanagn pengantin itu.
Sesampai dekat tangga, aku memandang anak tangga yang banyak itu. Kemudian aku melihat pula kasut heels ku yang tinggi itu. Er... Macam mana nak turun ni? Sudahlah tidak ada pemegang tangga. Ini kalau aku jatuh, memang satu dunia heboh ses! Tiba-tiba ada tangan dihulur ke arah aku. Aku mendongak. Ternyata Eusoff.
"Pegang lengan aku, kalau Werra tak nak jatuh," arah Eusoff. Terdetik juga hatinya ingin menolong wanita itu. Mesti susah Zawerra nak turun tangga dengan heels dia.
Tanpa ragu, aku memegang lengan Eusoff. Perlahan lelaki itu mendamping diri ku turun daripada tangga itu. Alahai... Ini majlis dia ke majlis kakak dia? Sampai di penghabisan, cepat-cepat aku menarik tangan ku daripada lengan lelaki itu. Rambut ku di susun rapi.
"Werra pergilah makan. Isi perut tu, nanti gastrik susah hati pula Zawwel. Aku nak pergi cari adik aku." Arah Eusoff lagi. Aku memandang lelaki itu sehingga hilang dari pandang ku.
"Beb!" Tubuh ku terdorong sedikit akibat seseorang memeluk bahu ku. Aku menoleh ke sisi. Ternyata Jessica. Teman dia. Apalagi dengan gembiranya aku memeluk tubuh sahabat yang di rinduinya itu. Jessica Lim adalah sahabat dia dari kecil hingga sekarang. Sejak pandemik, dia sendiri susah untuk berjumpa dengan sahabatnya itu kerana sahabatnya berada di luar negeri.
"Jess, I miss you so much!" ucap ku.
"I miss you too, darling. You look so damn gorgeous, beb! Hots!" puji Jessica membuatkan aku tersipu malu. Jessica kalau sudah bab memuji... boleh kembang kempis hidung aku dibuatnya.
"You too Jess, you damn hot and spicy! Pergh!" kemudian kami berdua tergelak sama. Tipulah kalau Jessica tidak cantik. Kalau muka mix Chinese-Germany macam dia ini tidak cantik? Tipulah! Sudahlah cantik. Pintar pula. Apa kata orang putih? Beauty with brain? Jessica juga bekerja sebagai seorang model, pengusaha parfum dan seorang pensyarah di sebuah universiti terkenal di luar negeri.
"So, what are we waiting for? Let's eat! I'm so dying hungry beb." ujar Jessica kepada ku lalu menarik lengan ku untuk pergi ke tempat duduk untuk menghidang makanan mereka.
"Beb, dari tadi I tengok you pergi tenung makanan tu... kenyang ke?" Jessica menyuap beberapa sudu makanan ke dalam mulutnya. Hampir 15 minit mereka disitu. Dia sudah mengaut lebih 2 kali pinggan manakala temannya itu masih 1 pinggan dan itu pun hanya separuh saja bergerak. Hairan juga bila sahabatnya itu tidak banyak makanan seperti yang dia kenal.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...