"Welcome to America, everyone..."
Mulut ku melongo luas apabila memandang sebuah bangunan tinggi dihadapan ku itu. Bukan kerana terkejut akan kemewahan bangunan itu malah yang bermain diminda ku adalah, ini kalau aku naik pakai tangga boleh kurus cekiding aku dibuatnya. Ada lift ke? Sekilas aku memandang dua orang bellboy mendekati kami. Lihat dari penampilan mereka, nampak sangat elegan lah pula. Tanpa diarah, kedua orang itu pergi ke arah kereta yang ditumpangi Ebrahim dan Zadz untuk mengambil bagasi mereka.
"Satu bangunan ni you punya ke?" Ebrahim menurunkan kaca mata hitam dia memandang Zammel.
"Let's say, I don't own this whole building but I own an exclusive penthouse here." tutur Zammel.
"Good morning. I would like to welcome you to our S.I Hotel. I hope you are comfortable and like it." sambut perempuan itu sudah semestinya dia adalah penyambut tetamu di hotel megah ini. Aku menunduk kepala ku tanda hormat lalu melemparkan senyuman mesra kepada gadis itu.
"Jom kita naik. Banyak benda lagi Zam nak tunjukkan dekat korang." bahu Eusoff dan Zawerra dipaut erat dan menolak tubuh mereka berjalan menuju ke if.
Sampai sahaja di depan pintu lif. Eusoff mengerut dahinya. Antara banyak-banyak lif yang dia lintas, lif ini je unik. Siap warna pintu lif ini warna keemasan lagi. Pintu lif terbuka luas dan kaki mereka masuk menapak ke dalam lif itu. Sekeliling lif diperhatikan. Keadaan dalam lif tidak menyesakkan malah sebaliknya lif itu terlebih luas yang boleh memuatkan 20 orang di dalamnya. Eusoff sempat memandang sekilas Zammel menekan butang nombor 54 di sisi pintu itu dan juga mengekseskan imbasan kad berwarna hitam milik Nuh Zammel.
Fulamak! Canggih betul!
Tidak sampai 15 minit, kini mereka berada di aras paling teratas. Aras 54 kau cakap tak tinggi, aku rasa lebih baik kau cuba terjun bebas tanpa parachute. Pintu lif terbuka luas dan apa lebih mengejutkan kami berempat adalah hallway menuju ke penthouse Zammel dihiasi dengan pelbagai lukisan di sudut dinding kiri dan kanan mereka.
"Sejak bila Zam minat potret lukisan ni?" soal ku pada Zammel manakala mataku tertarik untuk melihat kesemua lukisan di dinding itu. Tiba mata ku spontan terancap pada sebuah lukisan elok tergantung di sisi kiri ku. Macam kenal je lukisan ni...
Eh?
Ini bukan ke...
"Yours." pendek Zammel dengan perlahan. Posture tubuhnya juga direndahkan menyamai paras telinga ku untuk berbisik.
Aku pandang Zammel dengan wajah sukar untuk percaya. Bukan ke dia kata dia dah buang lukisan aku ni? Aku sentuh lukisan hasil dari air tangan ku sehinggalah menyentuh nama disudut hujung lukisan ku itu.
'Little Bunny'
"Zam tak jadi buang lukisan ni sebab lukisan ni banyak makna dalam hidup kita semua. Ini adalah hasil pertama lukisan akak dengan arwah papa dan mama."
"Beautiful." ringkas Eusoff turut terpaku dengan hasil lukisan pertama isteri dia. Isteri dia memang mempunyai bakat melukis semula jadi. Jadi dia tidak menafikan kesemua lukisan air tangan isteri dia akan membuahkan hasil untuk memukau pencinta lukisan diluar sana.
"Korang semua dah ready ke nak tengok rumah Zam?" tanya lelaki itu sambil memasukkan kata laluan pintu dia. Siap imbas muka lagi.
"Apa password dia Zam?" soal ku. Wajib aku tahu kata laluan dia nanti kalau aku keluar dating ke makan luar taklah aku perlu bantuan adik aku seorang ini. Lagipun bukan aku tak tahu Zammel jarang sekali pulang ke rumahnya itu. Busy man katakan.
"Zam the handsome man."
Muka ku yang penuh harapan berubah seketika masam mencuka mendengar kata laluan dia. Manakala Ebrahim dan Zadz menayangkan wajah geli mendengarnya. Sementara Eusoff diam tak berkutik dan menayangkan wajah tenang dia.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...