Bang! Bang!
"Adik! Stay dekat sini!"
Suara Tuan Nazree menampar gegendang telinga ku menyuruh ku untuk bersembunyi di balik tong-tong biru itu. Bunyi suara tembakan musuh bergema di kilang kosong itu. Aku yang duduk sambil memeluk kedua lutut ku gementar melihat Tuan Nazree bertungkus lumus berlawan dengan musuh-musuh yang ramai itu.
Hajat Tuan Zamree yang mahu memeriksa kilang kosong setelah melihat beberapa kereta hitam yang terparkir diluar, bertukar menjadi pertumpahan darah. Mungkin salah ku kerana menegur pada kilang itu. Jika saja aku tidak menegur, sudah pasti mereka tidak berada didalam bahaya sekarang ini.
Bang!
Bang!
Telinga ku ditutup sebaik mendengar bunyi tembakan kuat. Air mata ku tidak berhenti mengalir. Tubuh ku mengeletar hebat. Mereka di dalam situasi bahaya! Ku cuba menoleh sekeliling ku, hanya ada satu pintu tempat mereka keluar. Pintu utama! Ya, dia harus pergi dari sini.
Bak! Terkejut diri ku disaat mahu bangun ada mayat seorang lelaki tepat jatuh dihadapan ku. Aku menutup mulut ku dengan terketar-ketar. Nak jerit sepertinya suara ku tersekat di anak tekak dan hilang. Ku menoleh di tangan lelaki itu ada sepucuk pistol, aku meneguk air liur. Tangan ku terketar-ketar mengambil pistol itu.
Klak!
Picu pistol ditarik. Dalam situasi begini, dia tidak perlu memikirkan bagaimana harus menggunakan pistol kerana dirinya sudah beberapa kali memegang dan berlatih menembak bersama Tuan Nazree di lapangan menembak. Aku menarik nafas dalam sebelum berpaling dan bersembunyi dibalik bekas tong-tong biru itu. Mata ku yang masih berair tajam memerhatikan gerak geri musuh yang menyerang Tuan Nazree.
"Well, well, well, there was an uninvited guest sneaking into my place.." muncul suara garau dari arah kanan Tuan Nazree sambil bertepuk tangan kearahnya. Aku ingin melihat wajah itu tetapi didalam keadaan gelap dan hanya diterangi dengan cahaya bulan menebusi celah dinding-dinding kilang itu menyukarkan aku untuk melihatnya lebih jelas.
"Firoze..." itulah nama yang disebut oleh Tuan Nazree. Dia bahkan kenal daripada suara garau itu. Suara yang dicari-cari dan sering menjadi buruan polis dan mereka semua bahkan juga buruan negara lain. Tajam mata Tuan Nazree memandang kelibat dibalik gelap itu.
"Oh, Me conoces? (Oh, you know me?)" tanya lelaki itu dengan nada kejut yang dibuat-buat berbahasakan spanish.
Aku yang masih bersembunyi itu masih terkaku. Firoze... Lelaki yang papa dia pernah ceritakan pada mereka semasa dia dan Zawwel ikut berada didalam bilik mesyuarat masa itu. Firoze adalah ketua mafia yang dikehendaki pada beberapa negara. Amerika, Spain dan juga termasuk Malaysia. Dia bukan sebarang orang yang boleh dibawa tanding dengan mafia-mafia lain. Teringat akan kata-kata Tuan Nazree tempoh hari itu. Firoze is a drug dealer and he is very dangerous person. Dia kejam. Dia dingin dan tidak berperikemanusiaan pada sesiapa pun. Paling digeruni oleh pihak lawan.
Lelaki itu gelak secara tiba-tiba. "Well, what brings you here messing up with my kids... Mejar Jeneral Nazree Zamree..." lelaki itu bertanya dan mula menapak ke hadapan. Wajah itu menayangkan wajah tersenyum sinis memandang Tuan Nazree yang berdiri kaku dihadapannya itu.
Kini barulah wajah lelaki itu terserla sepenuhnya. "Or should I just call you Black?" sinis lelaki itu.
Aku tergamam melihat sosok tubuh tinggi lampai dan tegap berbaju kemeja putih itu berdiri megah dihadapan Tuan Nazree. Lengan kemeja lelaki itu dilipat sehingga paras siku dan menampakkan segala urat dari lengan lelaki itu. Aku juga melirik pada tatu yang menghiasi lengan kanan lelaki itu. Wajah tampan lelaki itu mencarikkan senyuman sinis dan dingin.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...