BAB 3

23 1 0
                                    

"Along, agaknya mana lagi yang cantik? Warna krim coklat ini ke... warna biru langit ni... atau warna kuning custard ni?" aku menyoalkan pendapat pada Zawwel tentang long dress yang menjadi kekeliruan ku.

"Adik, dah hampir sejam tau adik pilih baju-baju ni. Apa kata adik tutup mata aje, lepas tu pilih." Zawwel yang masih setia menemani sang adik untuk berbelanja memeluk tubuh sasanya. Hampir sejam adiknya memilih baju, satu kedai pula tu. Dia punya memilih macam sejuta baju sahaja. Sebenarnya kalau bukan pasal adik dia merajuk, takde maknanya dia temankan adiknya bershopping. Tengok lah, shopping satu kedai pun macam shopping satu mall. Lepas tu keluar dari kedai, satu aje dibelinya. Pelik betullah perempuan ni. Tak macam lelaki. Kami tak payah nak cek qualiti bagai, cantik tak padan tak. Kitorang hanya tutup mata dan bayar. Perempuan... Kalau dah jumpa kedai, sampai setahun pun belum habis dia pilih!

Zawerra muncungkan mulutnya sedepa. Zawwel mengeluh. Kalau dah begitu, terpaksalah dia akur. "Fine..." Betul kata orang. Zawerra adalah kelemahan terbesar dia. Nak tegas pun tak jadi tegas. Zawerra... bila lah engkau grow up. Zawwel mengambil tiga helai baju itu kemudian dia menilai bersama adiknya.

"Kalau krim coklat, warna dia seperti memberi kepercayaan serta keyakinan diri. Nampak elegan dan cantik padan untuk adik. Kalau biru langit ni pun okay cuma ianya tak padan sangat untuk adik. Adik pendek dan tidak sesuai sangat lah dengan warna ni. Kuning mustard? Bagi along warna ni dah excluded dah. Terlalu cerah. Satu. Kedua, nampak menjolok mata pakaian ini. Nope. Along tak nak adik along pakai pakaian ini. So... Bagi along, krim coklat sangat sesuai untuk adik." seperti juri fesyen alongnya berkata sebegitu. Aku pula hanya menilai dan menunggu yang manakah sesuai untuk diri ku. Ternyata tepat juga pilihan abangnya itu. Krim Coklat menjadi pilihan Zawwel. Pilihan abang dia selalunya kena dengan piawaan dia. Tak pernah mengecewakan. Aku mengambil gaun krim coklat dan meletaknya dikaunter untuk pembayaran.

"Berapa semuanya?" soal Zawwel.

"Semuanya RM3,000." jawab cashier itu.

Hampir terkeluar jantung Zawwel mendengarnya. Biar betik adik dia ni berbelanja sampai macam ini harga dia? Zawwel mengeluh lagi. Disebabkan adik kesayangan terpaksalah dia turuti. Jadi sugar brother... black card diberikan kepada cashier. Black card bukan lah orang yang calang-calang memilikinya. Rasa-rasanya hanya segelintir para pengguna black card. Untuk dia, dia jarang mengunakannya kecuali dimasa yang memerlukannya. Selalunya dia membayar dengan cash aje. Tapi kalau dah keluar dengan adik-adik dia, rasanya duit cash pun tidak mengcukupi. Kalau boleh sampai botak dia membayar.

Semasa dia habis pembayaran dikaunter, tiba-tiba ada seorang gadis menghalang jalannya. Seram juga jika dilihat gadis itu. "Erm, cik, boleh tumpang lalu tak? Saya nak kena rushing ni."

"Boleh tak minta nombor telefon awak. Oh ya, saya Zara." gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Zara. Zawwel mendongak tanda tidak berminat. Ini fanatik dia ke apa. Dia mencari kelibat sang adik, sayangnya dia tak jumpa. Gadis itu melihatnya dengan wajah psikopath. Baginya lelaki ini sangat menarik. Dari tadi dia cuba perhatikan lelaki itu dan akhirnya dia ada peluang untuk mendekati lelaki itu. Baginya lelaki itu, ada aura tersendiri. Dari matanya sahaja dia dapat rasa betapa kacaknya lelaki itu walaupun wajah lelaki itu menggunakan mask.

"Sorry, saya takde telefon. Saya hidup dizaman batu. Maaf, tak berminat langsung." kalau begitu, baik tidak dilayan. Dia harus keluar dari perangkap ini. Tak mudah baginya terpikat dengan gadis seperti psikopath ini. Zawwel mahu pergi dari situ, akan tetapi, lengannya dipegang erat oleh gadis itu. Dengan pantas Zawwel merentap kasar lengannya. Pandangan tajam menusuk ke arah mata gadis itu. Dia paling pantang jika orang lain menyentuh anggota tubuhnya. Baru Zawwel hendak berbicara, ada seseorang paras ketinggian diparas bawah dada dia berdiri dihadapannya.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now