"Hanna!"
"Werra!"
"AAAA!!!!" jerit serentak aku dan Hanna dalam kegirangan sambil berpeluk tubuh. Eusoff dan Qashaff memandang sesama sendiri. Kedua isteri mereka terlihat girang sambil terlompat-lompat kecil. Qashaff menggeleng kecil. Tidak pernah dia melihat isterinya gembira macam itu.
"Jumpa Hanna terus lupa suami." rajuk Eusoff. Luggage kecil berwarna olive green itu diletak pada hujung sofa. Zawerra dipandang tajam. Suami dia nak pergi misi, budak kecil ni dah jumpa Hanna terus dibuatnya dia ni halimunan.
Aku tersengih. Eusoff yang lengkap berpakaian tentera ku toleh sekilas. Aku berlari dan memeluk tubuh lelaki tinggi lampai itu.
"Hadif! Zadz!" Qashaff memanggil lantang nama dua orang anak buahnya itu. Hadif dan Zadz telah pun dilantik olehnya untuk menjadi bodyguard isteri dan anak-anak dia selepas pengawal lama dia berhenti.
"Ah, ada apa?"
Muncul dua makhluk itu berdiri di hadapan Qashaff.
"Ingat pesan aku. Jaga bini aku dan bini Eusoff. Petang nanti jangan lewat nak ambil anak aku. Korang silap je, kepala korang aku pancung dulu. " amaran Qashaff.
"Gila, kau nak badan kami ni terbelah dua ke?" kata Zadz. Sudahlah jaga isteri diorang lepas tu nak kena ambil Qhalish dengan Qhairan lagi. Lain lagi kalau para isteri ni nak women day out diorang. Rasanya tubuh dua orang tak cukup nak buat kerja semua ni.
"No worries, kalau kau ambil anak aku, ada yang support korang. " balas Qashaff buatkan Hadif dan Eusoff mengerutkan dahi mereka. Tukang support kitorang?
"Morning Adryan Qashaff and morning too Hunter."
Suara yang menyapa itu sepantas kilat mereka memandang manusia yang berdiri di hadapan permukaan pintu utama Qashaff. Membutang mata mereka berdua bila terpandang wajah dingin tersangat dikenali itu.
"Tengku Layth Hyder?!"
"Welcome back, King." Qashaff dan lelaki itu berlaga bahu.
"Aku tak tahu pun kau balik Malaysia?" Eusoff juga turut melagakan bahu bersama lelaki itu. Dipandang wajah tampan kacukan Portugese-Germany-Chinese itu. Siapa saja tak kenal mafia bermata kehijauan ini. Sebut saja King of the Dark Crown, polis dan tentera takkan berani sentuh dan lawan ahli-ahli dia. Terpaling ganas terpaling darah dingin sedingin antartika. Mafia? Dia mafia kerja yang baik-baik punya. Cuma, lelaki itu tidak berada di Malaysia buat masa sekarang kerana menguruskan syarikat dia yang tertubuh di Spain. Kekayaan lelaki ini pun bukan calang-calang. Silap-silap dia petik jari dah dapat pulau.
"Semalam. Qash ada call aku mintak tolong jagakan isteri-isteri korang ni." jawab Tengku Layth Hyder. Mata kehijauan dia dilirik kedua orang wanita yang dipercayai isteri Qashaff dan juga isteri Eusoff itu. Dia menundukkan kepala sedikit menandakan hormat.
Aku terkedu. Wajah dingin lelaki berkacukan itu buatkan aku gerun. Seram je aku tengok mamat ni. Aku bersembunyi dibalik tubuh Eusoff sambil memegang erat baju suami ku itu.
Siapa dia? Kenapa muka macam firaun je?
"Kau tengokkan sekali dua beruk ni untuk aku." lurus jari telunjuk Qashaff menunjum ke arah dua orang anak buahnya itu.
Hadif dan Zadz memandang sesama sendiri hanya mampu meneguk payah air liur mereka. Siapa saja tak takut dengan Tengku Layth Hyder ni. Silap hari bulan kepala diorang terpisah dari badan. Seram bukan main seram lagi. King sudah mari ma!
"Ka--kau serius ke nak ambil dia ni, Qash?" Zadz sudah kecut perut.
"Kau ada nampak aku tengah tak serius ke?" soal Qashaff balik lalu diberikan pandangan tajam pada Zadz.
YOU ARE READING
BE MY SAVIOUR
RomanceAku adalah NUUR ZAWERRA si gadis anti kacak dengan para jejak yang ingin mendekati ku. Kacak? Ew! Itu bukan lah taste aku! Aku mempunyai sebab tersendiri mengapa aku harus begini. Aku bukan seorang gadis yang normal seperti diluar sana. Terkadang ak...