BAB 15

14 1 0
                                    

Aku cuba fokus untuk melukis potret pada kertas A3 ku namun gagal. Fikirannya terganggu dengan kata Eusoff sebentar tadi. Dah kenapa aku masih terfikirkan mamat tu? Aku mengeluh. Come on, Nuur Zawerra! Dia pun dah nak kahwin. Kenapa pula kau terhegeh nak fikirkan pasal mamat tu? Aku geleng kecil.

"Adik..." panggil abang sulongnya itu. Aku menoleh ke belakang seketika dan kembali fokus pada lukisan ku.

"Ye, nak apa?" balas ku. Mata ku fokus memotret lukisan ku. Selalunya aku melukis mengikut apa yang ada di dalam minda ku.

"Adik kenapa tak tidur lagi ni?" soal Zawwel. Terkejut kerana adik perempuannya itu masih belum tidur. Jam segini budak ni belum nak lelapkan mata? Dia mendekati adiknya itu. Kerusi ditarik dan punggungnya selamat duduk disitu.

"Tak lalu nak tidur." jawab ku.

"Tak lalu nak tidur ke... Tak lalu nak fikirkan kawan abang tu." sindir Zawwel.

Secara automatik tangan ku berhenti. "A--Apa maksud along ni?" kemudian menyambung kembali melukis. Cuba menghindar dari kenyataan. Tujuh petala langit sekali pun, aku tak kan fikirkan mamat tu. Sia-sia!

Zawwel tersenyum senget. Daripada senyuman itu, ada lesung pipit kanan yang dalam. "Buat-buat tak tahu pula. Kalau sudah terang lagi bersuluh, kenapa nak sembunyikan lagi?"

Kejap - Apa yang makin merepek abang ku ni? Kalau aku hempuk dengan stand lukisan aku ni rasa-rasanya biul tak? "Kalau dah terang, tutup jelah lampu tu." selamba saja aku membalasnya.

Zawwel tergelak. Pandai juga adiknya ini berlawak. "Adik dah tahukan Eusoff dah nak kahwin?"

Pertanyaan Zawwel buatkan ku berhenti dengan kegiatan ku. Hujung bibir ku cuba digigit. Kenapa abang dia perlu bangkitkan isu ni? "Tahu..." jawab ku dengan perlahan yang mampu didengari oleh ku sendiri sahaja.

Zawwel menyandarkan tubuhnya pada kerusi itu. Tangannya menyilang tubuh sasa dia. "Dan along tahu adik sengaja jadikan Eusoff as a bait untuk along percaya korang berdua as a fake couple." ujar Zawwel.

"Can you explain it, Nuur Zawerra..." walaupun nampak lembut Zawwel berkata begitu dengannya. Tapi terasa aura tegas di situ. Zawwel memandang tajam adik perempuannya itu. Menunggu jawapan yang bakal didengarinya. Walaupun dia mengetahui hal sebenar daripada sahabatnya sendiri, namun dia mahukan penjelasan itu daripada mulut adiknya sendiri.

Mampus!

Perlahan aku menoleh melihat wajah Zawwel yang sekarang ini memandang ku bagai nak telan mangsanya! Tak terteguk air liur ku. Nafas ku di ambil sedalam mungkin. Fuuu...

"So tell me why?" soal Zawwel lagi.

"Okay... Werra memang plan semua ni. Jadikan kawan abang jadi pasangan palsu. Supaya along batalkan lamaran mamat tu." terang ku.

"Dan adik langsung tak rasa bersalah dengan apa yang adik dah buat?"

Aku menundukkan kepala sambil hujung bibir digigit. Sedar itu adalah kesilapan dia. Boleh tak sekarang ni aku nak jadi semut? Terasa kerdil dirinya bila plannya yang disusun dengan rapi, terbongkar.

"Answer me, Nuur Zawerra..."

"I'm sorry..." kata ku. Mata ku masih melekat pada lantai. Entah apa dekat lantai ni aku sendiri pun tak tahu. Kalau boleh nak tembus juga sampaikan boleh nampak pembiakan kuman-kuman tak kasat mata di lantai ni. Okay Zawerra, dalam keadaan serius boleh lagi kau melawak eh?

"Bukan itu yang along nak dengar. Along nak dengar kenapa adik berusaha untuk get rid along tolak lamaran Hunter?" paksa Zawwel terus menerus pada Zawerra.

BE MY SAVIOUR Where stories live. Discover now