Arief Mulhim....Rumah arwah bapa mentuaku direnung lama. Mungkin aku sudah tidak akan ke sini lagi selepas ini. Semua ahli rumah ini sudah tiada melainkan Arumi. Tetapi....
Aku menundukkan kepala. Arumi pun telah memilih untuk pergi meninggalkan rumah ini. Aku faham bahawa lukanya tidak akan pernah hilang. Dia kehilangan segalanya dalam hidup.
'saya nak cerai.'
Hanya permintaan itu yang terngiang-ngiang di dalam mindaku saat ini. Aku meraup mukaku. Mungkin dia betul. Semuanya akan jadi lebih baik jika kami membawa haluan masing-masing....
"Along!" Laung Muslim dari dalam kereta. Aku laju memandangnya.
"Bila nak gerak ni? Esok kena kerja pulak. Balik jom." Muslim mengajakku balik. Ibu dan yang lain sudah balik terlebih dahulu pagi tadi. Aku menganggukkan kepala lalu masuk ke dalam kereta.
"Agak-agak... Kau balik sini lagi tak?" Dia bertanya. Aku menghela nafas berat sebelum membalas,
"Tak tahu.."
Suasana bertukar menjadi hening dan aku mula memandu keluar dari kawasan rumah arwah bapa mentuaku. Awan mendung menemani perjalanan pulang kami. Masing-masing hanya membatukan diri tanpa sebarang perbualan sehinggalah telefon pintar milik Muslim berdering.
"Asal ayah Kusyairi call aku ni?" Tanya Muslim kebingungan lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum pakcik..." Dia memulakan perbualan dengan si pemanggil.
"Ya, pakcik. Sayalah tu. Kenapa ye pakcik?"
"......."
"Ya Allah... Allahu Akbar... Kawan aku."
Aku dah mula memandang Muslim cemas. Apehal pulak ni?
"Okey pakcik. Alang-alang saya dengan Mulhim ni. Kami pergi sekarang. Pakcik send location hospital."
"......."
"Takpe pakcik. Tak menyusahkan pun... Waalaikumussalam.."
Panggilan dimatikan. Dari riak muka Muslim, aku dapat mengagak sesuatu yang buruk telah berlaku. Namun, aku cuba menyedapkan hati bahawa ini semua hanyalah mainan perasaan.
"Apekes weh? Serious je nampak?" Aku cuba bertanya.
"Kita pergi Hospital ni sekarang. Kusyairi dah nazak. Dia nak jumpa kita buat kali terakhir..." Balas Muslim cuba menahan sebak sambil menunjukkan location hospital berkenaan kepadaku.
"Dia sakit ape weh?! Kau biar betul?? Selama ni dia sihat je kot." Aku bertanya dengan nada terkejut.
"Ayah dia cakap dia ade kanser leukemia. Baru dua bulan lepas doktor diagnosed tapi dah stage teruk.", Terang Muslim. Aku menggelengkan kepala. Terkejut dengan berita yang disampaikan.
Setelah hampir satu jam perjalanan, kami sampai di hospital yang dimaksudkan. Aku dan Muslim bergegas ke wad yang menempatkan Kusyairi. Kedatangan kami disambut baik oleh ayahnya dan kami dibawa berjumpa Kusyairi yang terlantar sedang di atas katil.
"Bro.." aku menegurnya lembut. Tubuhnya semakin melidi dan mukanya cengkung. Kusyairi membukakan matanya lalu memandang kami berdua.
"Mulhim... Muslim...", Kusyairi memanggil kami lemah. Aku menggenggam tangannya.
"Yow, kitorang ni. Lama tak borak dengan kau weh.." Muslim membalas, cuba meneutralkam suasana kelam yang semakin menyelubungi. Mata Kusyairi mulai bergenang air mata.
"Aku mintak maaf.... Selama ni... Aku yang jadi punca keluarga kau semua terseksa...." Dia bersuara.
Terbeliak kami berdua mendengarnya. Aku dan Muslim saling berpandangan.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...