❤ Bab 9 ❤

1K 127 3
                                    

Arief Mulhim...

Aku telah sampai ke bumi Hokkaido, Jepun. Suhu agak sejuk di sini memandangkan pertengahan bulan November adalah pertukaran musim luruh ke musim sejuk. Aku melihat ke luar tingkap hotel. Pemandangan pelbagai warna daun yang indah sedikit banyak menenangkan fikiranku. Pandanganku beralih kepada Arumi yang sedang nyenyak tidur. Hek eleh,penat sangat la tu! Baru naik flight dengan bas,dah kepenatan. Belum lagi jalan-jalan petang nanti.

Bibirku mengukir senyum secara tidak langsung. Mataku masih tertancap pada isteri tercinta. Ternyata, pemandangan ini lebih indah daripada pandangan di luar sana. Haih,sayang....tak sangka,kan? Sudah sembilan tahun usia perkahwinan kita.

Dan.... Itu bermakna... Sudah lapan tahun aku rahsiakan segala luka itu daripada pengetahuankau... Kepalaku tunduk memandang lantai... Senyuman mulai memudar...


Arumi... Maafkan saya....



***************

Arumi Syauqina...

"Arumi..." Panggil seseorang dari belakang. Cepat-cepat aku berpaling memandangnya bersama senyuman manis dibibir kerana aku tahu bahawa suara itu adalah suara suamiku.

Mataku terbeliak secara tiba-tiba. Apa yang menghias pandanganku kini amat mengejutkan. Mulhim berjalan terumbang ambing dalam keadaan berdarah di sana sini. Sebilah belati tajam tertanam di rusuk kirinya.

"Abang.... Abang!" jeritku lalu cuba mendekati dirinya. Dia laju mengundur dan menyuruhku berhenti.

"Ja... Jangan.... Tolong... Jangan dekat...." pinta Mulhim. Aku mulai bingung. Kenapa dengan suami aku ni? Seorang wanita tiba-tiba muncul di belakang Mulhim. Bibirnya menggariskan senyuman sinis kepadaku dan Mulhim dipegangnya.


"Jangan sentuh suami aku! Siapa kau,hah? Berani kau...!"

"Arief Mulhim sayang.... Kita dah kawin kan? I dah jadi isteri you yang sah,kan?" wanita itu bertanya kepada Mulhim dengan suara lantang secara tiba-tiba. Terus terdiam aku mendengarnya. Mulhim hanya menganggukkan kepalanya dengan riak wajahnya yang ketakutan.

"Ab... Abang... Apa semua ni...?" Tanyaku sambil cuba menahan sebak didada. Perlahan-lahan Mulhim memandangku. Berdasarkan pandangan matanya,dia seperti cuba menyatakan sesuatu namun tidak kufahami.


"Arumi... Ini bukan... Kehendak saya... Saya... Terpaksa ceraikan awak... Atau... Saya dibu... "

Sreeettt!


"Abang!!!!!" aku bertempik kuat apabila melihat perempuan tadi mengelar leher Mulhim. Darah merah pekat memancut keluar dan badan Mulhim rebah ke atas lantai. Aku terduduk melihat suamiku diperlakukan sebegitu rupa.

" Heh, itu padahnya bila dia terang-terangan tolak cinta aku dengan alasan begitu mencintaikau, Arumi. Padan muka dia, kan?" Sinis wanita itu berkata-kata. Aku merenung tajam ke arahnya. Bingkas aku bangun kembali dengan riak muka yang bengang.

"What? Kau nak bertumbuk dengan aku pulak? Come on la weh. Dah mampus dah Mulhim kau tu! Chill la." ujar perempuan itu selamba lalu ingin berpaling ke belakang dan ingin melangkah pergi.

"Kau nak apa, hah?!!! Kenapa kau ganggu aku??? Siapa kau sebenarnya???!!! Apa salah Mulhim dekat kau, hah??!!! Dasar perempuan gila!!!" Aku menjerit sekuat hati. Terus langkahnya terhenti. Dia berpaling semula memandangku. Tiada lagi senyuman yang terukir dibibirnya.

"Kau akan tahu aku siapa, Arumi... Dan kau akan tahu kenapa aku buat begini... Aku sudah banyak menderita sebab kau,sial!!!" balasnya geram lalu sekali lagi melemparkan senyuman sinis kepadaku dan terus keluar dari tempat itu. Aku terpana seketika mendengar kata-kata itu.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now