Arumi Syauqina...
Petang yang redup dimeriahkan dengan kedatangan Meen ke rumah milik Bella. Gelak tawa mereka sedikit banyak mengalih perhatianku daripada terus memikirkan tentang sakit yang dialami. Meen yang kini seorang pensyarah di sebuah universiti terkemuka di Malaysia mengambil peluang untuk menghabiskan hujung minggu bersama kami disini. Manakala, Syuha tidak dapat menghadirkan diri kerana sedang menjalani final exam.
Aku merenung wajah dua orang insan ini silih berganti. Dua orang sahabat sejak sekolah ini telah banyak berkorban untuk melihat aku tersenyum. Mereka telah mencuba sehabis baik untuk menyokongku dari pelbagai aspek. Baik kewangan, emosi mahupun kebajikanku, semua mereka bantu tanpa soal.
Tetapi aku telah menyerah kepada takdirku. Lambat atau cepat kanser ini tetap akan membunuhku. Maafkan aku Meen,Bella dan Syuha... Gerakan bayi dalam kandungan jelas aku rasa. Aku mengusap perutku perlahan.Maafkan ibu, sayang...
"Assalamualaikum", suara seorang lelaki memberi salam dari luar kedengaran.
"Eh? Siapa pulak tu? Kau ada order Foodpanda ke Meen?" Tanyaku hairan. Aku sangat kenal kawan-kawanku ini. Mereka tidak pernah membawa lelaki yang bukan mahram masuk ke rumah.
Riak wajah Meen jelas menunjukkan perasaan serba salah setelah aku mengajukan soalan tersebut. Dia memandang Bella lama.
"Hah, takpe. Meen, pergi bukak pintu. Biar aku explain dekat Arumi." Ujar Bella. Meen akur lalu bangun dari sofa menuju ke pintu rumah. Aku memandang Bella meminta penjelasan.
"Arumi... Aku nak mintak maaf sangat-sangat... Aku dan Meen dah berbincang pasal benda ni since kau dah nak melahirkan... Kami beritahu Mulhim kau dekat sini. Aku mintak maaf Arumi... Andai betul apa yang doktor jangka tu betul, biarlah Mulhim disisi kau. Andai betul umur kau dah tak panjang macam kau cakap tu, biarlah Mulhim yang jadi saksi." Jelas Bella panjang lebar.
Berkaca mataku saat bella menyebut nama tersebut. Perlahan-lahan aku memandang ke arah sosok tubuh lelaki yang sudah berdiri di hadapanku.
Arief Mulhim....
Dia turut memandangku dengan mata yang berkaca. Kakinya mulai melangkah mendekatiku.
"Jangan dekat." Ringkas sahaja amaran yang keluar dari mulutku. Dia berhenti serta merta,barangkali terkejut dengan tindakanku.
"Sayang... Abang tahu abang banyak salah dengan sayang.... Please, bagi abang jaga sayang. Kalau betul apa yang sayang cakap. Kalau betul kanser sayang dah stage 4. Please,bagi abang ada disisi sayang sampai akhir nafas sayang." Mulhim cuba memujuk. Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu bagaimana lagi harus kubalas saat ini.
"Abang sanggup lakukan apa sahaja asalkan sayang terima abang balik. Tolonglah, sayang. Abang rindu Arumi abang. Abang rindu sangat-sangat... Tolonglah..." Mulhim masih cuba memujuk. Air mata mulai membasahi pipinya.
"Boleh,tapi dengan dua syarat..." Aku akhirnya mempunyai keberanian untuk bersuara.
"Apa syaratnya,sayang? Abang terima walaupun berat. Abang terima." Tanya Mulhim.
"Syarat pertama,abang kena kahwin dengan Syasya walau apapun yang terjadi. Syarat kedua, tolong lupakan saya lepas saya mati. Cintakan Syasya sepenuh hati,jangan sakitkan dia macam mana abang sakitkan saya. Oh,by the way jangan risau. Hak jagaan anak kita akan totally dapat dekat awak." Ujarku tenang.
Mulhim kelihatan terkejut mendengar permintaanku. Bahkan Bella dan Meen juga turut memandangku dengan riak wajah yang sama. Aku hanya tersenyum lembut.
"Sejak doktor bagitau yang saya dah takde harapan untuk sembuh, saya dah tak letak harapan untuk apapun dalam hidup saya. Even pasal perkahwinan kita pun, saya dah tak letak harapan untuk abang terima saya dan kita hidup bahagia macam dulu balik. Saya dah buang semua mimpi tu jauh-jauh. Cuma,saya minta tolong sangat-sangat... abang jaga anak kita,ya?". Aku menghabiskan ayat-ayatku.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...