Bab 19

751 76 7
                                    

Seorang perempuan merenung ke luar jendela rumahnya. Bandar Kuala Lumpur yang diterangi lampu pada waktu malam menghiasi pandangan perempuan itu.

"Emy, aku dah buat macam kau suruh."

Suara Karl menghentikan lamunannya. Dia mengangkat kening lalu bertanya,

"Mampus tak orang tua tu?"

"Bakal mati tak lama lagi..." Jawab pembunuh upahannya itu.

Segaris senyuman jahat terukir dibibirnya. Rancangannya mula membuahkan hasil. Arumi dan Mulhim dah duduk berasingan, keluarga si Arumi pun bakal lenyap sepenuhnya tak lama lagi. Dah tiba masanya kau rasa apa yang aku rasa Arumi.

"Bagus! Nanti aku bank in upah kau. Tapi ingat! Kalau perbuatan ni terbongkar, kau takkan selamat." Kata Emy kepada lelaki dihadapannya itu.

Lelaki itu hanya senyum sinis lalu keluar dari rumah tersebut. Dia memandu kereta untuk ke satu tempat. Sepanjang perjalanan, fikirannya hanya memikirkan kesudahan kisah ini. Sampai bila dia nak buat kerja macam ni...? Menyeksa manusia lain semata2 untuk kepentingan diri dia sendiri.... Keluhan berat dilepaskan.

Maafkan aku... Arumi dan Mulhim...

*****************

Arief Mulhim...

Seperti kebiasaannya, hari2 yang berlalu diteruskan lagi dengan rasa bersalah yang semakin menebal dalam diri, rasa rindu yang mencengkam hati tetapi pada masa yang sama, rasa takut yang tidak pernah berlalu pergi.

Aku pasti,Arumi Syauqina tidak pergi jauh. Hatiku kuat mengatakan bahawa dia masih berada di Malaysia. Takkan la dah fly pergi London. Ehem, hero dengan heroin dalam novel ni beshe2 je, bukan anak tengku yang asal mengajuk je fly pergi overseas. Haaa gitchuwww!

Sedang asyik aku mengelamun, Yaya datang kepadaku dalam keadaan termengah2. Aku memandangnya pelik.

"Along, ayah kak Nana accident, masuk ICU." Yaya memaklumkan berita itu dengan nada cemas. Terbeliak mataku mendengar kata2nya. Jantung bagaikan disentap kuat.

"Mak dengan yang lain kena pergi sana sekarang. Kitorang pergi tengok dulu. Along dengan angah stay je sini, okay? Angah,jaga along." Mak mencelah entah dari mana.

"Baik mak" sahut Muslim menurut perintah. Aku hanya terdiam seribu bahasa. Nak pergi, tapi aku sedar keadaan aku tak mengizinkan.

Mak dan Yaya segera berlalu pergi untuk ke sana. Aku pandang Muslim.

"Kau rasa Arumi kat sana jugak ke??" Aku bertanya. Muslim menganggukkan kepala.

"Aku yakin dia kat sana. Dan aku yakin ayah mentua kau dah tahu pasal ni." Balas Muslim.

Aku tertunduk dan terdiam seribu bahasa.

"Kenapa kau nampak cemas ni???" Tanya Muslim setelah lama aku berdiam diri. Aku menghela nafas berat.

"Arumi dah kehilangan adik dia dan ibu... Aku tak rasa dia dah cukup kuat nak hadapi kehilangan ayah pulak..." Luahku risau.

"Berdoalah... Semoga Allah selamatkan satu2nya ayah yang dia ada...." Hanya itu yang mampu Muslim ungkapkan. Aku menganggukkan kepala perlahan.



*******************

Arumi Syauqina....


Aku menunggu kedatangan keluarga mentuaku ditemani oleh Syuha. Syukur ayah dapat diselamatkan tetapi perlu sepenuhnya bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan tidak sedarkan diri.

Mengenangkan keadaan hidup aku yang sedang berada dalam keadaan genting dan penuh dugaan, aku termenung jauh dan terasa sukar untuk menerima perkara ini.

"Syuha" panggilku perlahan. Syuha laju memandangku.

"Tolong rahsiakan pasal ni daripada pengetahuan sesiapa pun..." Ujarku lemah.

"Kau pasti ke, Arumi...? Tapi sampai bila..?" Tanya syuha ragu2. Air mata mulai bergenang. Aku memandang tepat ke arah anak mata syuha.

"Aku merayu , Syuha..."

Syuha menghela nafas berat dan menganggukkan kepalanya.



*****************

Imbas kembali...

Seorang gadis berusia 15 tahun menunggu kepulangan ayahnya yang tidak balik dari kerja sedari tadi. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Sepatutnya sudah lama papanya pulang ke rumah.

Matanya melilau melihat keadaan rumah banglo dua tingkat itu. Rumah mewah yang besar itu mulai suram setelah ibunya meninggal dunia akibat penyakit kanser. Kematian itu sedikit banyak meninggalkan kesan kepada diri gadis itu.

Pintu rumah diketuk dan suara memberi salam kedengaran. Gadis itu melangkah ke arah pintu dengan teruja kerana menyangkakan itu ialah ayahnya. Namun, dia dikejutkan dengan kehadiran tiga orang pihak polis pada malam itu.

"Ayah adik meninggal dunia dalam kemalangan pukul 9 malam tadi."

Meraung gadis itu apabila mendengar berita tersebut. Sekelip mata, dia menjadi yatim piatu.

Hari demi hari berlalu, gadis itu hidup dalam kemurungan. Dia merasakan hidup bagaikan tiada makna untuk diteruskan. Tiada tempat untuk mengadu, tiada orang yang sudi untuk mengasihi. Hanya dia seorang diri di dalam banglo sunyi itu.

Satu hari, gadis itu mendapat berita tentang perkahwinan pasangan remaja. Dilihatnya gambar2 perkahwinan mereka di laman sosial instagram. Indah dan bahagia, mereka lengkap serba serbi tanpa ada cacat cela.

Mata gadis itu tertancap pada senyuman pasangan pengantin tersebut. Senyuman yang bahagia tetapi cukup merobekkan lagi hatinya.

Hari itu, gadis itu berazam... Bahawa senyuman bahagia pasangan itu akan berakhir tidak lama lagi. Hatinya hanya memikirkan cara untuk memecahbelahkan kebahagiaan yang dimiliki oleh Arief Mulhim dan Arumi Syauqina...

_______________________________________

Bosan kan?  Hahahahahahah entah ape2 je novel aku ni

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now