Arumi Syauqina...Sisa malam terakhir di Jepun dihabiskan sebaik mungkin. Aku berdiri di balkoni bilik hotel dan langit malam kupandang lama. Pengalaman yang begitu berharga buat aku dan Mulhim. Spending our time together. No more study. No more duduk berjauhan kerana menyambung pengajian. Just the two of us, for this time...
Aku melihat Mulhim yang sedang menghirup kopi di sebelahku. Senyumanku semakin melebar. Even sudah banyak luangkan masa dengan dia, rindu dihati masih belum menunjukkan tanda mahu berlalu pergi. Tetap disudut hati, rindu yang sukar ditafsirkan.
"Abang..." Panggilku. Mulhim menyahut seraya memandangku. Kami berbalas senyuman.
"To be honest... Saya masih rasakan semua ini macam mimpi... Dapat hidup bersama orang yang betul2 saya cinta just like you... Is one of the best moment I'd ever had in my life... Kita dikahwinkan selepas kematian arwah Yani.... Tapi kita tak dapat hidup sebenar2nya as wife and husband sebab kita masih terlalu mentah, masih bergelar pelajar masa tu..." Aku mula meluahkan segala yang terbuku di hatiku... Mulhim meletakkan mug kopinya di meja berdekatan dan kembali kepadaku. Kedua2 belah tanganku digenggamnya.
"Teruskan. Jangan berhenti... Luahkan segala apa yang sayang pendam selama ni... Abang sedia mendengar..." kata Mulhim. Aku tergelak kecil lalu menyambung,
"You know what, husband... Dua tahun kita berjauhan sebab saya sambung belajar di Mesir dan tu merupakan momen paling perit pernah saya lalui. Saya berjauhan dari keluarga saya... Saya berjauhan dari abang.. Dan setelah saya balik ke Malaysia... Saya sekali lagi diuji.. Arwah ibu kembali kepadaNya sebelum sempat saya melepaskan rindu sepuas-puasnya... Tetapi Allah Maha Penyayang... Dia sekali lagi tunjuk kepada saya yang saya masih ada dua orang lelaki terbaik dalam hidup saya walaupun saya dah kehilangan permaisuri dan adik saya... Itulah ayah saya dan suami saya..."
Aku berhenti berkata2 dan menundukkan kepalaku. Air mata bertakung di tubir mata. Jari jemari Mulhim mengesat air mata yang mulai berguguran. Mata kami saling bertemu.
"Terima kasih... Sebab jadi suami yang paling memahami... Yang sudi terima kekurangan saya seadanya... Saya tahu saya bukan wanita pilihan abang... Tetapi, saya hanya ada satu hati... Yang sangat2 cintakan seorang lelaki bernama Arief Mulhim bin Abdullah... Beri saya ruang dan peluang... Untuk saya jadi isteri terbaik yang pernah abang ada... Walaupun saya tak seperti yang abang impikan.. Kita mula bina kehidupan keluarga kita sendiri dari bawah semula..." aku tetap menyambung kata2ku.
Kulihat air muka suamiku berubah muram setelah aku menghabiskan kata2ku dan langsung dia melutut di hadapanku. Aku mulai pelik melihat gelagatnya. Mulhim hanya akan jadi begini jika ada perkara yang betul2 meresahkan hatinya sahaja.
"Sayang.... Tolong maafkan abang... Abang banyak lukakan hati sayang selama ni.... Dan... Abang terpaksa lukakan hati sayang lagi... Malam ni..." Ucap Mulhim. Aku mengerutkan dahiku. Laju aku duduk menghadapnya.
"Maksud abang...?" tanyaku dalam keadaan berdebar2. Terpaksa lukakan hati aku lagi... Malam ni??? Dia kahwin lain ke??!!!
"Sayang, jujur abang cakap... I really do love kids. But... We can't have our own kids... We can't build our own family..." Balas Mulhim dengan nada sebak. Aku terkejut mendengar pengakuannya.
"Tapi kenapa...?" tanyaku lagi... Ada firasat yang kurang enak dirasakan...
"Sayang... Abang mintak maaf... Tapi,sayang sebenarnya tak boleh mengandung... Kesan dari kemalangan motor masa kita form 4 dan kes Khalida tikam sayang masa kita form 5..." Mulhim mengakui keadaan yang sebenarnya...
ZASSS!!!!
Terasa bagai hati aku disentap kuat. Aku cuba menenangkan diri dan menganggap bahawa semua ini hanyalah salah faham.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...