Pemandangan waktu senja di atas bukit sedikit banyak menenangkan fikiran kusut seorang wanita yang sedang mengelamun disitu. Dia sedang menunggu kehadiran lelaki upahannya untuk mengetahui perkembangan semasa seperti kebiasaannya.
"Maaf, Emy. Aku lambat sampai. Just nak pastikan kawasan ni betul-betul clear supaya rahsia kita tak terbongkar." satu suara lelaki kedengaran.
"Bagaimana dengan rancangan kita? Ada perkembangan?" Tanya wanita itu sambil menghembuskan asap rokok ke udara. Lelaki di hadapannya itu tersenyum lebar lalu menganggukkan kepala.
"Seperti yang dirancang. Kau tak perlu risau. Aku dah settlekan semuanya." Jawab lelaki tersebut. Wanita itu hanya menganggukkan kepala sambil terus melihat pemandangan yang terbentang luas di hadapan matanya.
"Pastikan jangan sampai bomoh tu pergi bunuh mereka. Sebab aku sendiri yang akan pastikan riwayat mereka perlu diteruskan atau diakhiri dengan kematian tragis...." Pesannya kepada lelaki tersebut."Ni lagi satu, Emy. Aku tak faham la macam mana cara kau berfikir! Orang kalau dah hantar setan suruh ganggu tu, biar la sampai bunuh selalu. Kan senang! Takde la kau nak susah hati sangat macam sekarang ni! Ke... Kau nak jadi madu isteri pertama si Mulhim tu???" sindir lelaki itu sambil ketawa. Wanita itu mengukir senyuman sinis.
BUKK!!!
Lelaki itu rebah ke tanah setelah diberi tumbukan padu dimuka. Wanita itu kembali ke tempat asalnya dan berlagak selamba seperti sediakala.
"Lain kali sebelum cakap tu fikir. Kalau kau la, kau nak rembat bini orang dalam keadaan dia masih sah jadi isteri kepada suami dia ke??? Mesti la tak nak kan? Macam tu jugak aku. Cuma, kes aku tak nak setan-setan tu bunuh diorang sebab aku dah ada rancangan aku sendiri." Kata wanita itu dengan nada dingin.
"Adedeh... Ye la! Ye la! Aku gurau je kot!" Balas lelaki tersebut sambil berkerut-kerut menahan sakit. Wanita itu hanya membiarkan kata-kata lelaki tadi. Dia tiada masa untuk mendengar lawak bodoh daripada sesiapa kerana... Dia semakin kesuntukan masa.
***************
Arief Mulhim.....
"Abang! Cepat sikit bersiap!" Laung Arumi dari luar bilik air. Aku yang sedang menyikat rambut berhenti seketika.
"Ye ye... Abang tengah sikat rambut ni! Sayang tunggu la kejap!" Balasku sambil seraya memandang cermin semula. Haih la diri sendiri. Biasa bini kau yang siap lambat. Kali ni kau pulak. Takpe, sekali sekala....
Eh jap2... Asal aku rasa lain eh...? Aku pantulan muka aku kat dalam cermin ni macam pelik je.... Kulit aku pucat... Mata aku merah... Dan... Aku tersenyum je. Padahal aku tak senyum pun sekarang ni.
Tangan dilihat. Kulit aku warna normal je... Tak pucat pun... Aku melihat ke arah cermin semula.
"Aaarghhh!!!" Aku menjerit lantaran terlalu terkejut. Pantulan diriku kini sedang merenung tajam ke arahku bersama senyuman yang semakin melebar sehingga ke telinga. Kalah Momo weh!!!
"Abang! Abang, kenapa??? Abang okey tak kat dalam tu???" Tanya Arumi cemas lalu cuba untuk membuka pintu bilik air yang berkunci. Suaraku bagaikan tiada untuk berkata-kata. Mata asyik galak melihat ke arah pantulan tadi. 'Dia' nak keluar dari cermin pulak dahhh!!! Macam movie The Ring tu! Hah sejibik!!! Bezanya hantu dalam cerita tu keluar dari dalam TV. Hantu yang seekor ni keluar dari dalam cermin bilik air! Takde tempat lain ke derr???
"WAATCHAAAA!!!" satu jeritan nyaring kedengaran diiringi bunyi pintu ditendang dari arah luar kedengaran. Pantas aku berpaling ke arah gerangan yang telah menjadi hero penyelamat aku itu.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...