Bab 28

117 8 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

    Arumi menatap lama skrin telefon pintar miliknya. Harapan untuk cuba menjejak kembali suaminya seakan-akan sudah pudar. Ditambah lagi dengan tahap kesihatan yang semakin merosot akibat kanser yang semakin mengganas, Arumi bagaikan hilang arah memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah ini. Namun, Arumi tetap tidak berhenti berdoa agar dia dan Mulhim akan bertemu kembali sekurang-kurangnya untuk kali terakhir...

   Lamunannya terhenti apabila dia merasakan pergerakan bayi di dalam kandungannya. Arumi mengusap perutnya perlahan. Air matanya mulai gugur satu persatu. Andai sahaja apa yang dikatakan oleh doktor itu menjadi kenyataan... Bagaimanakah nasib anaknya nanti?

Arumi mengesat air matanya apabila mendengar pintu bilik dibuka.

"Arumi..." Panggil Bella. Arumi melihat ke arah sahabatnya itu.

"Aku dah jumpa rumah Mulhim...", Bella menyambung kata-katanya.

   Terbeliak mata Arumi mendengarnya. Tubuh badannya bagaikan kaku. Adakah betul apa yang telah didengarinya ini??? Adakah ini membawa maksud penantiannya telah berakhir???

"Dekat mana?" Tanya Arumi tidak sabar. Air matanya sudah bertakung kembali.

"Camellia Residence , Bandar Sungai long Kajang, Cheras,Selangor"

***************

Arumi Syauqina...

     Aku melihat kembali alamat yang diberikan Bella. Firasat hatiku kuat mengatakan inilah rumah yang diduduki Mulhim sekarang. Aku cuba menekan loceng rumah tersebut. Aku hanya mencuba nasib... Jika benar ini rumahnya, semuanya akan selesai hari ini dan aku boleh berehat selepas ini...

    Tanpa menunggu lama, pintu rumah dibuka oleh seorang lelaki. Air mukanya terus berubah apabila melihatku. Tidak dapat aku teka jika itu adalah reaksi yang tidak senang atau sebaliknya. Tapi,jujur... Aku rindu.. aku rindu lelaki di hadapanku saat ini...

     Suasana sepi buat seketika. Hanya pandangan mata yang berbicara. Aku cuba memulakan perbualan, namun suaraku bagaikan tersekat di kerongkong. Mahu sahaja aku terus memeluk si dia dan menangis semahu-mahunya. Aku rindu....

"Kau buat apa dekat sini?" Tanya Mulhim dengan nada menahan marah. Aku terkedu. Adakah begini caranya dia melepaskan rindunya kepada si isteri yang sudah lama tidak bertemu dengannya?

"Aku tanya, kau buat apa dekat sini?! Siapa bagitahu kau aku tinggal kat sini?! Hah?!" Tengking Mulhim.

"Abang, saya..."

"Abang? Suami kau dah lama mati! Aku bukan suami kau lagi!", Tempelak Mulhim sebelum sempat aku menghabiskan ayatku.

"Abang, jangan macam ni. Saya datang cuma nak abang tahu yang..."

"Aku dah taknak tahu apa-apa pasal kau! Even pasal anak kau sekalipun,aku dah taknak ambik tahu! mana kau time aku sakit??? Mana kau time aku hampir mati haritu??? Aku call kau tak jawab! Lepas  berapa bulan baru kau reti cari aku??? Untuk apa?? Mintak duit aku ke??? Kau boleh pergi mampus!" Mulhim memotong kata-kataku lagi.

    Aku sudah terdiam seribu bahasa. Niatku cuma ingin sampaikan apa yang dia perlu tahu.... Namun, melihatnya begitu marah kepadaku, aku hanya mampu menelan kembali semuanya.

"Kau tahu tak, hari tu aku hampir mati sebab artificial heart aku tiba-tiba problem! Aku call kau dengan harapan kau orang first yang tahu dan tolong bawakan aku ke hospital! Tapi mana kau??? Aku call kau berkali-kali,Arumi! haram jadah kau nak angkat! Kau tahu siapa yang bawa aku ke hospital??? Siapa yang setia jaga aku sepanjang aku warded sampai aku sihat???" Tanya Mulhim dengan nada suara yang naik beroktaf-oktaf.

"Siapa..?" Aku cuba bertanya.

"Syasya Afiqa!" Jeritnya.

"Jadi abang dah jatuh cinta kat dia balik?" Tanyaku lagi.

"Sumpah demi Allah, Arumi... Kalau ikutkan hati aku, aku nak kahwin dengan dia sekarang jugak. Biar dia rawat hati aku yang terluka ni. Aku lebih baik bersama dia daripada bersama dengan kau!"

      Aku tersentak. Aku sememangnya menebak jawapan yang menyakitkan daripada Mulhim. Tetapi, aku tak sangka sesakit ini. Mahu sahaja aku menjerit sekuat hati dan menangis sekarang tapi aku memaksa diriku untuk berlagak tenang.

"Okay, kalau macam tu, abang kahwin la dengan dia. Saya izinkan." ucapku dingin.

Mulhim terkejut mendengar kata-kataku.

"Okay! Aku akan buat kalau tu yang kau nak! Jangan menyesal,Arumi. Kau akan terseksa sebab kata-kata kau sendiri!" Balas Mulhim.

"Saya dah cukup terseksa selama ni. Tapi,abang jangan risau... Saya takkan ganggu kebahagiaan abang dengan syasya. Saya sendiri yang akan pergi." Ujarku tenang.

"Tak payah nak acah sedih la!" Bidas Mulhim. Aku tersenyum lalu membalas,

"Saya tak sedih, saya gembira dapat jumpa abang hari ni. Dah lama saya cari abang... By the way, saya datang sini just untuk sampaikan apa yang abang perlu tahu. First, Anak kita dah nak masuk 8 bulan dan doktor kata kemungkinan baby girl. Second... I have a cancer... Pancreas cancer... Stage 4.", Aku menguatkan semangat untuk memberitahu Mulhim apa yang terpendam selama ini. Mulhim terdiam seribu bahasa.

"Saya rasa itu sahaja daripada saya. Saya mintak diri dulu. Maaf sebab mengganggu. Assalamualaikum."

Aku terus berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi...

    Sudah tiada apa yang perlu dijelaskan. Semuanya terang lagi bersuluh, tempat aku bukan lagi dihati Mulhim sekarang. Ruang kosong itu telah diisi oleh seseorang... Aku terlambat...

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now