Arief Mulhim....Aku melihat keadaan Arumi yang menangis sambil melihat keadaan ibu yang semakin tenat. Disebalik dinding kaca itu,dia melepaskan rasa rindunya terhadap ibu setelah dua tahun tidak bersua muka. Paling menyayat hati,pertemuan kali pertama mereka setelah sekian lama tidak bertemu berlaku dalam keadaan begini.
Aku mengesat air mata yang bertakung. Ibu,bangunlah... Anak ibu dah sampai ni... Ayah menepuk bahu kananku. Perlahan2 aku berpaling ke arahnya.
"Kita ke koridor sekejap. Ada sesuatu yang ayah nak cakap...",ajak ayah perlahan. Aku menganggukkan kepala tanda setuju dan mengikuti langkahnya.
Aku melihat suasana awal pagi yang menenangkan itu. Terbit rasa syukur kerana aku selamat juga sampai disini.
"Along...ayah harap... Along masih rahsiakan perkara ini daripada Nana. Pertama,tentang dia tidak mampu untuk mengandung. Kedua,tentang ibu...",ayah memulakan bicara. Aku menganggukkan kepala.
"Ayah bukan apa,along... Ayah sedang mencari waktu yang paling sesuai untuk cakap berkenaan hal ini kepada Arumi tapi...",kata2 ayah terhenti.
"Tak apa,ayah. Along faham. Ayah jagalah ibu elok2 buat masa ni. Pasal Arumi,ayah jangan risau. Along akan jaga dia sebaik2nya..." ,ujarku lembut. Ayah menganggukkan kepalanya seraya mengesat air mata yang bertakung.
"Macam mana semua ni boleh terjadi,ayah?... Bukan ke sepatutnya sudah tiada ke?..",tanyaku pelik.
"Begitulah,along...ayah pun tak faham... Orang tu siapa dan kenapa dia buat macam tu..
Ayah langsung tak tahu... Bertawakallah kepada Allah... InsyaAllah,ada jalan penyelesaiannya satu hari nanti...",jawab ayah dengan nada yang mulai tenang."Andai kata nyawa ibu terhenti hari ini,ayah reda. Sekurang2nya dia tidak terseksa lagi... Cukuplah setahun ayah tengok penderitaan dia. Ayah dah tak kuat nak hadapi semua ni...",tutur ayah perlahan. Aku hanya berdiam diri. Menjadi pendengar setia untuk luahan hatinya.
"Dua hari lepas,ibu ada kata pada ayah... Dia mimpi dia memakai kalung besar... Dia kata firasat dia kuat mengatakan yang satu2nya anak yang dia ada tengah mengandung. Banyak kali dia cakap macam tu... Seolah2 dia dah lupa yang Arumi tak boleh mengandung... Tapi,kuasa Allah siapa yang tahu kan? Mungkin berkat doanya selama ini...",ayah meneruskan bait bicaranya. Aku tersenyum nipis dan memandang kawasan hospital. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah...
************
Setelah habis waktu melawat,aku membawa Arumi balik ke rumah ibu bapa kami yang agak jauh dari hospital. Aku lihat Arumi hanya termenung jauh. Mungkin dalam hatinya sedang berperang antara dua perasaan.
"Sayang,abang rasa lapar la.. Kita pergi kedai makan jom..",ajakku memulakan bicara. Haishh,tak syok la bini diam je dalam sehari. Rindu nak dengar suara tau!
"Tak payah la,abang. Bazirkan duit je. Kat rumah ibu dengan ayah tu dah ada macam2 dah. Nanti kita sampai saya masak ye. Abang nak makan apa??",balas isteriku seraya memandang ke arahku. Aku melihatnya sekilas. Matanya masih berair dan merah. Means, dia masih tak stabil. Aku tersenyum lembut.
"Sayang masak la apa2 pun,masakan tu tetap jadi favorite abang...",ujarku ikhlas. Dia tersenyum.
"Mengada la abang ni. Orang tanya lain,dia jawab lain.",komen Arumi sambil terus memandang ke hadapan. Tangan kiriku menggenggam lembut sebelah tangannya. Dia menaikkan kening mempersoalkan tindakanku.
"Sayang,dengar apa abang nak cakap ni... Ibu tengah sakit... Tapi,sayang janganlah terus bersedih macam ni. Trust Allah and believe that ibu going to be okay soon,alright? Abang tak suka la tengok sayang menangis macam ni. Come on la,isteri abang kan kuat!",aku cuba menyuntik semangatnya. Dia tersenyum dan menganggukkan kepala. Aku tersenyum. Macam tu la baru wife aku!
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...