Arief Mulhim...
Aku memandang lembut wajah polos Arumi yang sedang nyenyak tidur. Segaris senyuman tak lekang menghiasi bibirku. Rindu terhadap bidadari bernama Arumi Syauqina selama 2 tahun lamanya ini masih dalam kurasakan. Tidak ada tanda mahu surut meskipun empunya tuan yang dirindui kini dihadapan mata.
Memikirkan aku telah membuat dia berjauh hati denganku tentang kes semalam,aku langsung rasa serba salah. Aku mencium lembut dahi Arumi. Maafkan abang,sayang. Maafkan abang sebab terpaksa berbohong tentang hal ini...
Ciuman dilepaskan dan perlahan2 aku mengorak langkah menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Alang2 dah terjaga pukul 2:30 pagi ni. Apa salahnya aku solat sunat Tahajud selalu kan?
Sejadah kuhampar dan aku mulakan amalan sunatku seperti yang selalu kubuat jika terbangun dari tidur pada sepertiga malam.
Usai berdoa,smartphoneku berdering menandakan ada panggilan masuk. Sebelah keningku terangkat. Aikk,macam pelik je smartphone berdering pagi2 buta camni. Laju aku bangun dan melangkah ke arah meja lampu dimana smartphone diletakkan. Hati mulai rasa firasat yang kurang baik. Biasanya kalau ada orang call waktu2 macam ni mesti emergency case ni. Nak2 kalau family sendiri yang call.
Tekaan aku tepat. Tertera nombor bapa mertuaku disitu. Dengan lafaz Bismilah dan perasaan yang berdebar2 aku menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum,ayah..",salam kuberi sebagai awal bicara.
"Waalaikumussalam,along...maaflah ganggu along dengan Nana pagi2 macam ni...",suara ayah kedengaran sayu di talian.
"Tak apa,ayah...tak ganggu pun..ada apa ayah call ni ye?",balasku lembut. Ayah mulai teresak2. Soalan aku tidak dijawab. Debaran didada semakin kuat terasa. Ya Allah,minta2lah dijauhi segala perasaan kurang enak ini...
"Ibu masuk ward pukul 1 pagi tadi. Dia sedar dari tidur dan terus muntah darah. Sekarang ni ibu ada di zon merah. Doktor kata ibu kemungkinan besar dah takde harapan nak sedarkan diri."kata2 ayah terhenti. Cuba kuatkan semangat untuk meneruskan ayat seterusnya. Allahu Akbar...jantung aku terasa bagai berhenti berdegup seketika. Sungguh,semua ni berlaku secara tiba2! Ayah kembali teresak2.
"Ayah,ayah kuatkan semangat ye? Jangan berhenti berdoa. Along dengan Nana balik sekarang juga..",aku gagahkan diri untuk bersuara dalam keadaan melawan perasaan yang sangat getir ini.
"Baiklah along... Ayah tunggu...",ayah mertuaku menjawab dengan nada lemah. Talian dimatikan. Aku seakan2 blur seketika. Otak laju memproses kembali apa yang telah kudengar tadi.
"Abang...."
Satu suara memanggil dari arah belakang. Laju aku menoleh ke arah Arumi yang sudah terjaga dari tidurnya."Eh,sayang. Kenapa bangun ni?",aku cuba menyembunyikan khabar duka itu daripada pengetahuannya.
"Saya dapat mimpi buruk...mimpi pasal ibu...",balas Arumi sebak. Aku memandangnya dengan riak terkejut.
"Saya mimpi ibu dah tak ada,abang...saya mimpi ibu dah tak ada...",sambungnya cemas. Aku mengangguk lemah.
"Siapa call abang tadi???",tanya Arumi. Aku menghela nafas berat. Mata Arumi kupandang sedalam2nya.
"Ayah call. Ayah cakap ibu muntah darah dan kena tahan ward pukul 1 pagi tadi. Sekarang ni ibu tak sedarkan di dan ditempatkan di ward zon merah. Doktor kata...",aku menghentikan kata2ku. Terasa perit untuk meneruskan.
"Doktor kata apa,abang???...jawablah,doktor kata apa???!..",desak Arumi. Matanya mulai berkaca. Aku tertunduk. Demi Allah,lidah kelu untuk berkata2.
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Novela Juvenil⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...