Bab 29

128 11 0
                                    

Arumi Syauqina....

Aku memandu kereta tanpa arah tuju. Wajah dan kata-kata Mulhim bermain di dalam fikiranku berkali-kali. Hatiku terasa seperti ditikam dan disiat tanpa henti. Puas aku cuba menangis,namun tiada sedikit pun air mata yang mengalir.

Melihat orang yang kita cintai berubah adalah hal yang sakit. Sakitnya terlalu dalam sehingga mematikan segala rasa. Pada akhirnya aku tidak lagi memilih untuk menangis dan meratap. Cukuplah aku terima bahawa dia bukan dirinya yang dulu lagi dan berundur pergi.

Setelah agak tenang, aku memandu pulang ke rumahku. Bella pasti sedang menungguku dengan risau. Aku meneka soalan yang pertama bakal keluar dari mulut Bella setelah melihat aku sampai ke rumah nanti. Segala jenis jawapan telah aku sediakan. Janjiku kepada diri sendiri hanya satu; jangan menangis. Walaupun seharusnya aku menangis kerana semua ini terjadi, aku tetap perlu kuat demi anak dalam kandunganku.

Sampai sahaja di rumah, aku melihat Bella sudah terpacak di hadapan pintu, menanti dengan riak wajah yang risau.

"Arumi..." Panggil Bella setelah aku keluar dari kereta. Aku membalas dengan senyuman lembut. Kami saling berpandangan buat seketika.

"Bella, tolong jaga aku sampai aku lahirkan anak aku,boleh?" Aku bertanya soalan secara spontan. Air mata mulai bergenang tanpa sempat kutahan.

"Mulhim dah taknak aku,Bella. Mulhim dah benci aku..." Luahku sedar tak sedar. Air mata terus menitis laju. Bella terus menganggukkan kepala dan memelukku.

"Aku jaga kau... Aku jaga kau,Arumi. Kau sahabat aku. Takpe,takpe... Aku boleh jaga kau..." Bella cuba memujukku. Semakin laju air mataku mendengar kata-kata Bella.

"Maafkan aku,Bella. Aku betul-betul dah takde sesiapa dalam hidup aku.." pintaku. Bella menggelengkan kepalanya.

"Takpe Arumi,takpe..." Hanya itu jawapannya.

Langit yang mendung merintikkan air hujan. Semesta alam bagaikan memahami perasaanku saat ini. Luka yang tidak berdarah dan tidak nampak dek mata kasar tetapi cukup membuatkan seolah-olah nafasku hampir berhenti.

Benarkah tiada lagi sinar buat aku dan Mulhim?

***************

Arief Mulhim....

Aku menatap gambar perkahwinan aku dan Arumi. Arumi yang baru sahaja datang ke rumahku sebentar tadi. Arumi yang baru sahaja aku tengking sekuat hati. Arumi yang aku telah lukakan hatinya dengan niatku ingin berkahwin lain atau lebih tepat lagi dengan orang yang pernah aku cinta semasa di sekolah menengah dulu, Syasya.

Tetapi dialah Arumi yang telah cuba sedaya upaya memikatku sejak hari pertama kami bertemu ketika di bangku sekolah dahulu. Dialah Arumi yang mencintai aku tanpa jemu. Dialah Arumi yang sangat takut akan kehilangan aku. Dialah Arumi yang telah bersusah payah mengandungkan anak kami.

PRANKKKKK!

Aku membaling bingkai gambar perkahwinan tersebut ke dinding sehingga pecah. Kedua-dua belah tanganku menggigil menahan rasa sakit dan sesal yang bergabung dalam hati.

Aku gagal,Ya Allah. Aku gagal menjadi seorang suami. Aku gagal menjadi seorang ayah. Entah mengapa aku terus menyinga apabila melihat isteriku sendiri. Aku meraup muka dengan kasar.

Wajah Arumi bermain difikiranku.

"I have a cancer... Pancreas cancer... Stage 4."

Pancreas cancer? Arumi, isteri aku ada kanser??? Stage 4???? Ya Allah, terasa gelap dunia ini. Kenapa aku baru tahu semua ini sekarang????

Hujan lebat diluar menghentikan lamunanku. Aku istighfar berulang kali. Namun bayangan Arumi masih belum hilang dari mindaku. Aku kena cari isteri aku. Aku kena cari dia. Dia sakit. Dia tengah mengandung anak aku. Aku kena cari dia!

Tapi aku tak tahu lokasi rumah yang diduduki oleh isteriku sekarang...

Aku jatuh terduduk.

Aku dah kehilangannya... Aku biar dia pergi dengan sakit yang dihidapinya dan luka yang aku bagi. Aku melihat kedua-dua belah tanganku yang terketar-ketar. Apa yang aku telah lakukan ini?

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now