Arumi Syauqina....
"Hari ini kita nak masak apa,ibu?",tanyaku sambil melihat sekilas ke arah ibu yang sedang membasuh pinggan di sinki. Ibu tersenyum memandangku.
"Kita akan masak special.. Untuk anak ibu yang dah 2 tahun ibu tak jumpa ni...",balasnya lembut. Aku turut tersenyum. Ada2 je ibu ni.
Suasana dibiarkan jeda seketika. Aku kusyuk melakukan kerja memotong sayur.
"Nana masih bersedih atas pemergian Ariani???"
Soalan itu terpacul keluar dari mulut ibu menyebabkan aku berhenti memotong. Perlahan2 aku memandang ibu.
"Ariani tu.... Satu2nya adik yang Nana ada,ibu...",hanya itu jawapanku. Aku tertunduk lesu. Air mata menitis setitis demi setitis.
"Tapi Nana cuba,ibu... Nana cuba lupakan kesedihan ni... Sebab Nana tahu... Ariani tak akan pernah dapat dikembalikan...", sambungku sambil mengesat air mata yang mengalir. Ibu hanya tersenyum mendengar kata2ku.
"Sudahlah,Arumi Syauqina... Jangan bersedih lagi... 2 tahun ibu tunggu anak ibu balik... 2 tahun itu jugalah ibu hadapi kenyataan paling memeritkan dalam hidup ibu. Tapi,ibu selalu berdoa kepada Allah.. Apapun yang terjadi.. Biarlah ibu sempat tatap muka satu2nya anak ibu yang masih ada ini...dan sekarang,Allah dah makbulkan doa ibu... Di hadapan ibu kini ialah Arumi Syauqina yang sudah dewasa dan berjaya. Ibu tahu...ibu dah berjaya didik anak ibu...",ujar ibu seraya menitiskan air mata. Bukan kerana sedih,tetapi bangga dengan pencapaianku kini. Aku tersenyum melihat gelagat ibu. Ya,ibu betul. Ibu dah berjaya didik Nana...
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...