Arumi Syauqina....
Aku memandang sayu ke arah gambar2 aku bersama arwah Ariani. Rupa2nya,dah 10 tahun adik aku pergi... rasa macam baru je kehilangan dia. Sumpah, rasa sebak didada ni tak pernah surut setiap kali aku terimbau kenangan duka tu...
Khalida. Entah ke mana perginya syaitan bertopengkan manusia itu saat ini. Tapi aku harap aku tak akan bertemu lagi dengan dia di dunia ini. Bukan berdendam. Cuma kesakitan yang dia bagi masih aku rasa sampai sekarang.
Mataku tertancap pada gambar terakhir aku dan arwah adikku beberapa hari sebelum kejadian menyayat hati itu. segaris senyum sinis terukir dibibir. Tak sangka kan??? Dari sekecil2 kes buli boleh menyebabkan nyawa adik kita sebagai taruhan...dan aku memang bengap. Aku biarkan adik aku mati ditangan orang yang terlalu cetek pemikirannya...
"Sayang,awak tak patut meletakkan kesalahan pada diri awak lagi atas kematian arwah Ariani..."
Suara Mulhim yang tiba2 menyapa mengejutkan aku. Laju aku menutup kembali album gambar yang berada ditanganku dan merenung ke luar jendela.
"Saya cuma rasa sunyi... tanpa Ariani....itu sahaja.",balasku perlahan. Mulhim mendekatiku dan melutut di hadapanku. Dia menggenggam lembut jari jemariku lalu menciumnya.
"Abang tahu...dan abang dapat rasakannya....tapi sayang... Arwah Ariani sudah lama tiada.. sudahlah... don't blame yourself again...",ujar Mulhim sambil merenung tepat ke arah anak mataku. Aku hanya terdiam. Tak tahu nak balas apa...
"Please sayang... abang tak suka tengok sayang macam ni...",sambungnya lagi apabila melihat aku diam sahaja memandangnya. Aku mengangguk perlahan dan tertunduk.
Mulhim lantas memelukku erat,mencuba untuk memberikan aku ketenangan. Aku hanya memejamkan mata dan menahan air mata daripada mengalir lagi.
"Sudahlah,jangan menangis lagi. Abang akan selalu ada untuk sayang... tak kira la apapun kelemahan sayang... sedikit pun rasa cinta abang tak akan terkurang untuk insan yang telah menjadi isteri abang ini...", pujuknya sebaik sahaja pelukan dileraikan. Aku mengangguk seraya tersenyum lembut. Namun,senyumanku sekali lagi mati apabila aku dapat rasakan sesuatu.
"Something's wrong,sayang???",tanya Mulhim pelik apabila melihat perubahanku. Aku memandang tepat ke arahnya.
"Abang...betul ke abang akan stay dengan saya walau apapun yang akan terjadi???...",tanyaku bersungguh2. Mulhim menganggukkan kepalanya dengan tenang.
"Kenapa??..sayang ragu2 dengan abang ke???",giliran dia bertanya.
"Eh,ke situ pulak abang ni!... err.... saya cuma rasa... saya tak normal...",balasku seraya cuma meluahkan apa yang terbuku dalam hatiku. Berkerut dahi Mulhim memandangku.
"Tak normal macam mana tu?.. maksud???...",tanya dia kehairanan. Aku menghela nafas berat. Tangan Mulhim kugenggam lembut. Mata kami bertemu sekali lagi.
"Abang,saya rasa tak sedap badan la sejak dua menjak ni. Rasa mual...pening... Abang rasa sebab apa ya???",tanyaku bersungguh2.
"Erm...mungkin sayang ada tersalah makan kot...",teka Mulhim. Aku memuncungkan mulut seperti itik dan menggelengkan kepalaku.
"Mustahil. Sebab saya tak makan benda2 mengarut pun sejak balik Malaysia ni...",aku memberi komen. Mulhim kulihat seperti cuba memikirkan jawapan lain yang mungkin sesuai digunakan. Aku tergelak kecil.
"Abang tak rasa saya mengandung???",aku cuba bermain dengan fikirannya. Dia terkedu memandangku.
"Seriouslah???",tanya Mulhim terkejut. Aku menjongketkan bahuku.
"Entah,saya tak tahu. Tapi saya harap begitu. Sebab umur kita dah masuk 25 tahun dan saya rasa kita dah bersedia untuk ada keluarga sendiri.. betul tak???",balasku excited. Namun,aku melihat Mulhim hanya mengangguk tanpa senyum dan seperti tidak teruja mendengar kata2ku. Err...
"Abang.. kenapa macam tak happy je ni??? Saya ada salah cakap ke???",tanyaku pelik. Mulhim menggelengkan kepala dan mengukir senyuman hambar.
"Err...camni sayang... abang tak rasa waktu ni adalah waktu yang sesuai untuk kita fikirkan pasal hidup berkeluarga. Maksud abang,tak salah if sayang expect yang sayang pregnant but please don't hope too much. Abang bimbang jika sayang akan dikecewakan nanti...",panjang lebar Mulhim memberi jawapan.
Aku tunduk dan terdiam. Lidah kelu untuk berkata2. Entah kenapa,jawapan suamiku itu sedikit sebanyak mengguris hati aku. Mungkin aku terlalu berharap???
"Sayang...",panggil Mulhim.
"Saya cuma teringin nak hidup sebagaimana suami isteri yang lain. Kehidupan mereka meriah dan indah dengan adanya anak2 sebagai pengikat kasih sayang antara satu sama lain..tapi... mungkin saya terlalu berharap....",ujarku sayu... Mulhim tidak memberikan sebarang komen tetapi sebaliknya,dia membawa aku ke dalam pelukannya.
"Sayang... kalau kita tak ada anak sekali pun... abang tetap cintakan sayang... sampai bila-bila...", bisiknya lembut. Laju aku meleraikan pelukan dan merenungnya dengan reaksi yang semakin kebingungan.
"Saya rasa setiap kali kita bercakap pasal anak abang akan sebut ayat tu. Kenapa abang??? There's something that I don't know???",laju aku menanyakan soalan. Mulhim tertunduk dan kemudiannya tergelak.
"Sayang,takde apa2 yang awak tak tahu pun. Abang cuma berkata,rileks la..",balasnya dengan riak muka yang cuba sembunyikan sesuatu. Berkerut dahiku memandangnya.
"To be honest,abang...you acting wierd. You've change too much. You're not like before...",jujur aku meluahkan apa yang terdetik dihatiku. Mulhim hanya mengangguk dan membuat muka tak bersalah.
"Ok..",itu sahaja balasannya. Masya Allah... elok pulak dia buat aku rasa berbara waktu2 macam ni!...
"Abang,what's wrong with you??? Kenapa heartless sangat ni??? Tolong la.. saya serious! Saya nak kehidupan kita meriah dengan kehadiran anak2 kita. Kenapa abang macam tak setuju je???",bertalu2 soalan kuajukan. Eh,mana ada marah! Tanya je. Geram sangat ni tau. Mulhim memandangku pelik.
"Jadi,apa masalahnya??? Just go on!.."
See. Sepanjang2 soalan aku bagi sependek2 jawapan dia beri! Okey,can't be patience anymore.
"Masalahnya,abang seperti sorokkan sesuatu daripada saya. Kenapa abang??? Ada benda yang saya tak tahu ke pasal rumahtangga kita ni???",tanyaku lagi. Mulhim hanya buat muka tiada perasaannya.
"Perasaan je tu...jangan diikutkan sangat..to be honest abang cakap..abang tak suka budak2...that's all. Kita fresh graduate so why not tumpu pada pekerjaan kita dulu???",dia memberikan pendapatnya. Aduh,sungguh manis dan puitis kata2 pujukan daripada suamiku yang seorang ini... bikin hatiku makin berapi woooo! Aku memandangnya dengan air mata yang mulai bertakung di tubir mata.
"Abang... kalau saya ada buat salah,tegur. Bukan diam dan pendamkan. Kalau dah tak cinta,kata. Bukannnya membenci dalam diam. Kalau dah tak ada hati pada saya,luahkan sahaja! Jangan paksa diri untuk terus mencintai orang yang sememangnya awak tak boleh terima...",ujarku sepenuh hati. Mulhim merenungku tajam.
"Abang...semasa saya berada di Mesir lagi saya dah buat keputusan untuk membincangkan hal ini dengan abang sebaik sahaja saya habis degree. Saya bayangkan abang turut teruja dan akan support niat saya untuk meriahkan lagi rumahtangga kita berdua... tapi malangnya... lain yang difikir,lain yang terjadi...",aku meneruskan kata2ku. Air mata yang jatuh aku seka. Pandangan dipalingkan ke arah lain.
"Mungkin saya terlalu meletak harapan tinggi. Dan mungkin sahaja belum tiba waktunya untuk kita fikirkan hal ini. Abang betul,kita patut fikir pasal kerja dahulu...",aku mengakhiri kata2ku. Perbualan kami hanya dibiarkan tergantung sepi. Setelah agak reda,aku bangun dan menuju ke pintu bilik.
"Saya pergi sediakan makan malam..",maklumku kepada Mulhim yang hanya tertunduk dan termenung di birai katil. Pintu kubuka dan lantas aku keluar daripada bilikku dan menuju ke dapur.
Air mataku perlahan2 menitis lagi. Mulhim...kenapa????
YOU ARE READING
DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓
Teen Fiction⚠ Ini adalah sambungan kisah cinta hero & heroin DIA PENGAWAS NERD AKU.⚠ Kebahagiaan yang telah terbina atas dasar cinta seorang insan bernama Arief Mulhim kepada isterinya, Arumi Syauqina begitu indah. Namun, keindahan itu nyata tidak kekal...