Bab 31

185 11 0
                                    

"Aku terima nikahnya Syasya Afiqa Binti Abdul Hamid dengan mas kahwinnya 10 ribu ringgit Malaysia tunai.."

     Suara Mulhim melafazkan akad nikah bergema di segenap ruang Masjid As Solihin. Semua tetamu yang hadir mengucapkan rasa syukur atas penyatuan dua jiwa tersebut. Ada yang merakam saat indah itu untuk dijadikan kenangan.

      Tiba waktunya untuk pengantin membatalkan air sembahyang. Mulhim mengucup lembut dahi Syasya. Manakala Syasya mencium tangan Mulhim dengan penuh kasih. Aku melihat gelagat mereka dari jauh. Sebuah senyuman kuukir dibibir tanda meraikan hari bahagia mereka berdua.

     Kulihat adik iparku, Yaya datang menghampiriku. Dia lantas memelukku dan menangis. Aku terkejut dengan tindakannya yang spontan itu.

"Kenapa ni, Yaya?" Tanyaku hairan.

"Kenapa semua ni jadi sampai macam ni? Yaya taknak kak Nana pergi. Yaya nak kak Nana dengan along je sampai bila-bila.  Tapi kenapa macam ni?" Balasnya sambil menangis teresak-esak dalam pelukanku. Aku mengusap belakangnya lembut.

"Jangan menidakkan takdir Allah,Yaya. Sudah tertulis pada akhirnya along tetap akan kahwin dengan kak syasya... Dan kak Nanalah yang perlu mengundur diri." Ujarku tenang.

        Usai sahaja majlis, aku masuk ke dalam bilik tidurku. Perutku yang mengeras sedari tadi kuusap perlahan. Detik demi detik berlalu, aku dapat merasakan perutku semakin sakit. Satu cairan hangat mulai keluar dari bahagian bawahku. Tidak salah dan tidak bukan lagi, air ketubanku telah pecah.
        

      Perlahan-lahan aku menapak keluar bilik, menuju ke ruang tamu. Suara riuh sanak saudara kedengaran dari jauh namun, aku dapat merasakan langkah kaki semakin perlahan dihimpit rasa sakit yang sangat mencengkam.

"Abang..." Panggilku apabila sampai ke ruang tamu. Mulhim laju memandangku.

"Saya rasa macam nak bersalin dah ni..." Ucapku tenang.

     Kali ini, seisi rumah memandangku dengan muka terkejut. Mulhim terus mengambil kunci kereta dan memapahku keluar. Syasya juga turut membantu mengambil barangan yang berkenaan dan mengikuti langkah kami berdua.

"Nana! Mak doakan semoga Nana dipermudahkan urusan bersalin. Selawat banyak-banyak nak! Dengar cakap doktor. Semoga Allah melancarkan segalanya." Jerit ibu mentuaku dari pintu rumah.

"Terima kasih mak! Nanti Nana balik bawak cucu mak!" Balasku sebelum masuk ke dalam kereta. Syasya dan Mulhim berkali-kali bertanya keadaanku namun aku hanya menjawab aku baik-baik sahaja. Walaupun dalam hati dah nervous tapi lantak la. Tetaplah berlagak tenang ye.

     Sampai sahaja ke hospital, aku dibaringkan ke atas katil dan diusung ke wad bersalin. Sakit yang kurasa sudah mencapai tahap yang tidak boleh ditahan. Aku mulai mengeluarkan air mata sambil cuba mengatur pernafasan agar tetap terkawal.

"Siapa oncall malam ni?" Tanya Mulhim kepada jururawat bertugas.

"Dr Amelyia. Dia otw datang sini." Ujar salah seorang daripada mereka. Mulhim memandangku risau.

"Sayang, breathe. You can do this okay? Abang ada. Sayang jangan risau." Mulhim cuba menenangkan aku. Aku hanya mengganggukkan kepala dan tersenyum.

      Sampai sahaja ke dalam wad,doktor memberikanku suntikan epidural dan aku diarahkan untuk menunggu bukaan sepenuhnya. Mulhim tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buatku. Kepalaku sudah mulai berpusing-pusing.  Suara sekeliling seperti bergema ditelingaku.

"Okay, puan Arumi. Awak dah boleh teran. Cuba untuk ada dengan saya dan ikut cakap saya ye." Ujar doktor yang bertugas. Aku mengganggukkan kepala dan mengikut arahannya.

     Sudah setengah jam berlalu, namun kepala bayi masih belum kelihatan.  Aku mulai berasa lemah dan tidak kuat lagi untuk terus melahirkan.

"Mulhim", panggil doktor Amelyia. Mulhim pergi ke arahnya dan mereka duduk berjauhan daripadaku. Kelihatan mereka berbisik sesama sendiri sambil memandangku dengan riak wajah yang risau. Selang beberapa minit, mereka kembali ke katilku.

"Puan Arumi, saya nak kita cuba sekali lagi ye. Please stay with us." Ujar Doktor Amelyia lagi. Aku mengganggukkan kepala. Suaranya sudah mulai sayup-sayup kedengaran.

"Sayang" panggil suamiku. Aku memandang ke arahnya. Jelas kelihatan riak wajahnya yang risau akan keadaanku ketika itu.

"I'm here for you... We can do this okay?" Kata Mulhim. Aku tersenyum. Sekali lagi, cubaan melahirkan dilakukan namun tidak berjaya.

"Enough! she can't do this. Kita kena buat emergency C-section." kata Doktor Amelyia setelah melihat aku tidak boleh melahirkan lagi.

     Aku dipakaikan pakaian khas untuk membuat pembedahan dan dimasukkan ke ditolak masuk ke bilik untuk melakukan C-section. Kulihat Mulhim sudah  berada disitu ketika katilku tiba di pintu masuk bilik tersebut.

"I love you, sayang. Stay strong, sekejap je lagi kita akan jumpa anak kita. Abang mintak maaf abang tak dapat teman sayang kat dalam." Ucap Mulhim dengan perasaan risau dan serba salah. Aku tersenyum memandangnya. Tangannya kugapai dan kugenggam lembut.

"Abang, terima kasih untuk semua kasih sayang abang. Terima kasih untuk semua pengorbanan abang. Maafkan semua salah silap saya selama perkenalan kita dan saya dah maafkan semua silap abang dekat saya. Jadi suami dan ayah yang baik untuk anak kita dan Syasya.  I love you more,pengawas nerd saya." aku membalas kata-kata Mulhim dan menyalami tangannya. Dapat kurasakan Mulhim mengusap lembut kepalaku.

"by any chance...kalau saya tak sempat jumpa anak kita, tolong jaga anak kita ya? Always remind her that I will always love her from far away..." Aku menyambung kata-kata terakhirku. Mulhim kelihatan terkejut dengan ayatku dan ingin membalas, namun katilku telah ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.

"Puan Arumi, saya akan suntik ubat bius... Puan akan tidak sedarkan diri selepas beberapa saat ye." Ucap doktor bedah. Aku mengganggukkan kepala. Dapat aku rasakan jarum ubat bius mulai menembusi kulitku dan beberapa saat kemudian.... Dunia sudah gelap sepenuhnya...

***************

Arief Mulhim.....

      Tiga jam sudah berlalu, aku masih sabar menunggu Arumi keluar dari bilik pembedahan. Syasya juga tidak senang duduk menunggu bersamaku. WhatsApp group keluargaku tidak berhenti berbunyi. Ramai bertanyakan keadaan Arumi namun aku masih belum ada jawapan untuk semua soalan itu.

      Pintu bilik pembedahan terbuka dan kelibat Arman keluar dari tempat itu sambil mendukung seorang bayi. Bayi tersebut diberikan kepadaku.
     

"Tahniah, kau dapat anak perempuan." Ujar Arman tenang. Aku dan Syasya mengucapkan syukur. Mataku memandang bayi itu tanpa jemu. Betul-betul iras dengan ibunya.

"Isteri aku macam mana,Man? Dia okay je kan?" Tanyaku teruja. Arman terdiam lalu tertunduk dengan muka sebak.

"Man? Arumi selamat kan?" Tanyaku lagi sambil memandang tepat ke arah Arman.

"Bro, aku mintak maaf sangat-sangat dekat kau... Oksigen Arumi tiba-tiba drop masa C-section tadi. Aku dah cuba selamatkan dia... aku betul-betul dah cuba selamatkan dia... Tapi Allah lebih sayangkan dia, Rief... Maafkan aku.." Arman menjawab dengan rasa serba salah.

      Aku terduduk saat itu juga. Muka anakku yang masih merah kutatap sekali lagi. Air mata menitis laju.

"Man... Betul ke apa yang aku dengar ni?" Tanyaku dengan suara yang bergetar. Arman cuba membalas soalanku namun fokus kami tiba-tiba terganggu apabila sekujur tubuh dilitupi selimut putih ditolak keluar dari bilik pembedahan tersebut.

      Aku lantas bergerak menuju ke katil tersebut dan menyelak kain putih tersebut. Wajah Arumi yang sudah memejam rapat matanya menghiasi pandanganku. Riak mukanya tenang, seolah-olah sedang tidur dan bermimpikan sesuatu yang indah. Air mataku terus menerus mengalir. Tangannya yang sudah longlai kugenggam lembut dan kucium perlahan.

"Terima kasih sayang. Anak kita dah selamat dilahirkan. Abang janji abang akan jaga anak kita baik-baik... Maafkan abang... Maafkan abang sebab tak boleh selamatkan sayang..." Bisikku lalu membiarkan katil ditolak ke rumah mayat. Hanya pandangan mata yang mampu membawa tubuhnya pergi.

DPNA 2 : Pengawas Nerd Aku Selamanya!✓Where stories live. Discover now